Duduk di Tioman semua tidur awal. Tapi kami mendapat rest yang cukup. Best !
Kami bersiap dan terus ke warung makan depan chalet kami. Kelengkapan semua sudah tersedia. Order minum saja sambil borak borak.
Melepak bertiga di warung tu minum minum sambil tunggu bot untuk pegi snorkelling. Kami ambik pakej snorkelling ke 4 tempat. Harga dia RM85 seorang. OK la tu. Tak ada banyak choice sangat, so OK lah.
Tengah minum minum tengok mat salleh sebelah makan mee goreng terus rasa inzal nak juga.
"Kita order nak? Share share?"
MH angguk. BW nak aja. Dia berapa kali ulang alik balik chalet. Tertinggal barang !
Tapi bila nak order tu, abang bot dah bersedia.
Kami bersiap dan terus ke warung makan depan chalet kami. Kelengkapan semua sudah tersedia. Order minum saja sambil borak borak.
Melepak bertiga di warung tu minum minum sambil tunggu bot untuk pegi snorkelling. Kami ambik pakej snorkelling ke 4 tempat. Harga dia RM85 seorang. OK la tu. Tak ada banyak choice sangat, so OK lah.
Tengah minum minum tengok mat salleh sebelah makan mee goreng terus rasa inzal nak juga.
"Kita order nak? Share share?"
MH angguk. BW nak aja. Dia berapa kali ulang alik balik chalet. Tertinggal barang !
Tapi bila nak order tu, abang bot dah bersedia.
Jadi kami batalkan niat nak makan mee goreng inzal tu dan terus ke bot.
Cuma kami bertiga pada awalnya. Best gila. Abang bot tu pun boleh tahan. Yang kelakarnya, si BW tu suka la nak bagi orang makan jajan. Dia pegi sentuh pinggang abang tu, terus abang tu terkejut dan melatah.
Nasib bot tak tertonggeng.
Bantai gelak je.
Bot ambik lagi 2 orang. Couple lah ni.. so mereka berdua ikut serta trip kami snorkelling.
Destinasi snorkelling pertama kami adalah, Pulau Tulai atau Coral Island !
Cantik juga pulau dia walau tak berpenghuni. Lokasinya tidak berapa jauh dari main island Tioman tu.
Sampai sampai terus ke port pertama.
Ya. Ada ramai orang snorkeling di sana.
Aku terus terjun. Tak sabar sabar. BW juga sama. MH masih terkial kial lagi. Dia tak biasa. Excited punya pasal sampai terlupakan MH.
Tapi ikan ikan sangat banyak. Coral dia sangat indah dan masih hidup. Ada warna hijau, purple dan macam macam lagi. Seperti seirama dalam laut yang menyimpan seribu satu rahsia itu.
Pergh. Ayat abang ni.
Tapi memang best. Air pulak tenang je. BW kata the best snorkeling spot yang dia pernah pegi.
Memang cantik. Coral dia masih indah. Ikan dia beraneka rupa dan ragam.
Siap aku nampak ikan berak lagi. Mencecet cecet dia tinggalkan taik dia sambil pose pose berenang laksana tidak ada apa apa yang berlaku !
Kami di situ hampir sejam.
Seterusnya bot bergerak dan kami ke lokasi seterusnya.
Kali ni pantai.
Boleh snorkel kat tepi tepi pantai tu je, tapi kita orang mandi dan main air je. Air dia sangat jernih. Nampak semua ikan ikan berenang tanpa perlu pakai apa apa gear.
Indah juga. Tapi cuaca panas.
Air tenang macam tasik. Ombak kecil mengamit rasa keseronokan kami bertiga.
Mandi puas puas.
Ajar MH berenang sampai dia tetiba boleh berenang !
Pantas !
Kami lepak sambil makan makan jajan yang di bawa sebagai bekalan. Pose pose seksi Zila Bakarin macam biasa dan seterusnya abang bot kata, kami akan bergerak ke destinasi seterusnya.
Kami bergerak lagi. Lokasi kali ni di tengah tengah laut. Ada kawasan berbatu di situ dan kami snorkel di situ.
Ikan ikan kat sini berbeza. Tapi sebab cuaca baik, laut yang dalam pun masih boleh lihat coral coral, rumpai rumpai laut yang indah dan cantik.
Sangat lawa ! Memang lawa.
Agak lama juga kami di situ. MH kejap turun kejap naik. Aku dengan BW tak naik naik. Couple tu sibuk berasmara dalam air buat aku cemburu buta !
Aku skodeng mereka dari dalam laut.
Ya. Mereka buat aktiviti peluk peluk dan tujah tujah !
Tak perlu itu semua.
Ikan ikan lebih menginzalkan penglihatan.
Habis sesi snorkeling di situ, bot membawa kami ke destinasi seterusnya. Makan tengahari di Salang Sayang Beach Resort.
Kami lepak lepak di situ makan tengahari.
Makan Nasik Goreng Salang Sayang. Tak berapa inzal macam depan chalet kami. Agak mahal juga. Tapi makan sambil borak borak.
Time ni banyak mendengar rintihan kalbu MH.
Ya. Dia bermasalah tak sudah. Macam macam nasihat aku dan BW berikan.
Hidup ini adalah satu pilihan dan kita berhak menentukan pilihan kita. Samaada untuk terus bersedih. Atau mulakan hidup baru mengorak langkah dengan kehidupan baru. Mungkin mula mula sukar sebab kita dah terbiasa dengan cara lain. Tapi semua orang pernah mengalaminya. Bakal mengalaminya. Sudah mengalaminya. Nama pun kita manusia. Dalam hidup kita pasti ada pasang dan surutnya.
Macam juga pasang surutnya ombak laut di Salang Beach yang mendamaikan itu.
Menunggu abang bot, kami sempat main beach volleyball.
Penat kutip bola je. Pukul 3/4 kali terus tersadai kepenatan.
No more beach sport. Kami perlu teruskan bersantai saja.
Lepas makan, kami mulakan semula aktiviti snorkeling kami di lokasi baru. Berdekatan dengan sebuah pulau kecil berdekatan pantai.
Coral di sini hampir mati. Cuma banyak gamat berguling guling di dasar laut. Kesepian ! Laksana hati hati yang rawan.
Kami selesai bersnorkelling.
Panas tak usah cerita. Habis perit wajah dan muka. Badan masing masing dah jadi hitam laksana bontot kuali. Krim krim dan losyen dah tak berjaya menahan.
Kami bergerak pulang !
Kami tak terus pulang ke chalet. Kami ada misi lagi.
Mencari FM !
Ya. Orang mabuk laut. Aku mabuk FM.
Kami singgah di chalet tempat couple tu. Kami turun kat situ sebab nak kurangkan masa berjalan dari chalet kami ke Kampung Tekek.
Singgah di Taman Laut dan mandi di situ. Baju kering di badan je dan mula menapak ke area town Kampung Tekek.
Agak jauh. Masing masing keletihan.
Berjalan lah kami bertiga sambil borak borak.
Tiba tiba nampak motosikal orang kampung lalu lalang. Suasana meriangkan ada orang jogging dan berlari larian.
"Stop !!!!!!!!!!!"
Aku tahan sebijik motosikal.
Dia berhenti.
"Boleh tolong hantar ke airport?"
Dia angguk.
Bagus.
"Cepat. Pegi naik. Tunggu kita orang kat sana"
Aku beri arahan pada BW. Kesian BW kalau terpaksa nak menapak jauh jauh begini. Ada lebih kurang 2.5 KM. Jauh jugak tu.
BW selamat di bawa orang ntah ke mana hala. Moga moga orang tu tak buat khianat. Aku dengan MH sambung berjalan.
Jumpa satu kedai.
"Kak. Boleh tanya. Ada bagi sewa motosikal tak?"
Aku buat muka tak malu. Tebalkan muka. Kakak tu berbicara sesama mereka di warung kecil jual goreng pisang tepi pantai tu.
"Ambik motosikal ni"
Hah ! Ada sinar bahagia.
Kami tak payah menapak lagi.
MH bawak dan aku membonceng.
Yippie Yippie Yey !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kami bergerak ke airport, tengok BW tengah tunggu kat tempat bas.
"Jom naik"
"Tiga orang?"
"Hah lah"
"Hahhahaa"
BW bantai gelak.
Aku tengah tengah. MH bawak motosikal. BW kat belakang. Tak abis abis dia gelak. Orang pun pandang tengok 3 manusia gila naik motosikal 3 orang.
Kami singgah di tempat pertama. Duty free shop. Cari FM.
Hampeh. Tak cantik. Tak ada choice. Mahal !
Jalan lagi. Masih bertiga. Sesekali ada bonggol dan MH terpaksa berhati hati. BW tak henti henti ketawa. Orang kampung memandang kami yang gila macam ni. Polis pun ada.
Boleh ke? Boleh ke?
Argh ! Belasah je.
Cari FM tak jumpa jumpa. Akhirnya kami ke Berjaya Tioman Resort ! Mungkin ada sesuatu yang menarik di sana.
Naik lagi motosikal bertiga.
Masuk buat muka tak malu. Macam tak de apa apa yang berlaku. Tapi di situ, Sultan Pahang datang. Ada acara hendak di rasmikan.
Ada kami kisah?
No. Dia bukan part of agenda kami. Muka selamba je 3 orang ni, parking kat depan lobby. Turun dan merayap. Tengok pantai. Tengok kawasan sekitar.
Ah. Mengamit rindu aku di sini.
Aku pernah ke sini dulu. Banyak kenangan zaman lama lama.
Puas merayau, kami rasa nak blah. Hari dah beransur petang. Kembali ke lobby dan MH cuba nak start motosikal tu.
Tak boleh.
Sudah !
Cuba lagi. Tak boleh juga.
Aku cuba. BW cuba. MH berkali kali cuba. Motosikal tu dah terlock handle dia. Tak boleh nak on. Macamana ni?
Pelancong keluar masuk dan memerhati. Kami buat bodo dah tak tahu nak buat apa lagi.
"Kenapa?"
Ada teguran dari Pak Guard.
Orang hotel kalut sebab kami kat situ. Nak halau tak boleh tapi menyemak kan mata.
Hiks.
Akhirnya tuan motosikal datang. Bertiga. Dia orang jahanamkan terus tengkok motosikal tu. Nasib baik boleh, tapi kami lah rasa bersalah.
"Tak pe. Tah payah risau. Kat pulau ni tak de orang nak curi"
Brader tu tenangkan kami. Dia risau tengok muka aku rengsa semacam. Nasib baik lepas tu OK dan dia hantar kami semula ke Taman Laut. Dari situ kami menapak balik ke chalet di ABC.
Kami lepak makan lagi. Masih pekena nasik goreng inzal tu dan kami makan sampai kenyang. Balik bilik dan berehat saja. Masing masing komplain muka dah gelap.
Abis tu borak borak lagi. Makan mangga. Sembang. Melayan perasaan. Dan akhirnya masing masing kepenatan dan berehat.
Hari yang indah. Mengembirakan. Penuh dengan macam macam kisah. Itu lah bebudak GBS ni kalau bercuti macam-macam hal.
Esok hari terakhir. Rasa puas bercuti kali ni. Rindu mahu pulang tapi sayang nak tinggalkan tempat secantik pulau Tioman ini. MH tak nak balik..
Ku rindukan dia
Ku mahu belaian manja
Ku ingin selalu di sisinya
Inikah bahgia
Inikah kasih asmara
Bernyanyilah hatiku dengan cinta
Ku tak ingin lagi berjauhan
Usah kau hampiri perpisahan
Seharusnya kau mengerti kasih
Hanya engkau di hatiku
Andai mampuku menyentuh awan
Akan ku pinjamkan satu bintang
Dan ku pancar seri yang gemilang itu
Kasih ke wajahmu
Ku berjanji sayang
Ku menunggu dikau pulang
Membawa cintamu yang terindah
Dengarlah kata hati
Oooo... oooo...
Ku rindukan kasih Dia
Ku mahu belaian manja
Takkan ku lupa cinta pertama
Ku tak ingin lagi berjauhan
Usah kau hampiri perpisahan
Seharusnya kau mengerti kasih
Hanya engkau di hatiku
Andai mampuku menyentuh awan
Akan ku pinjamkan satu bintang
Dan ku pancar seri yang gemilang itu
Kasih ke wajahmu
Ooooo...
Ku berjanji sayang
Ku menunggu dikau pulang
Membawa cintamu yang terindah
Dengarlah kata hati
Dengarkanlah kata hati
Dengarkanlah bicaraku
No comments:
Post a Comment