Pages

Sunday, November 27, 2011

Cuti Cuti GBS : Lakaran Laut China Selatan - Part 2

Menunggu bot agak bosan.

Ramai orang sebenarnya yang nak ke Pulau Tioman tu. Jetty packed. Tapi kita orang lepak la sambil melayan perasaan.

Akhirnya bot dan bersedia dan kami bergerak meninggalkan jetty Mersing membelah laut lepas menuju ke Pulau Tioman.




Cuaca baik. Perjalanan pun agak smooth. Kami bertiga duduk, ambik port dalam bot terus terbongkang tidur. Masa ni baru betul betul rasa mengantuk. MH takut dia mabuk. Aku memang tak kesah apa dah. Jangan berdengkur kuat sangat sudah. Nanti orang ingat engine bot tercampak dalam bot.

* nanges.

Akhirnya kami sampai di Pulau Tioman.

Turun dari bot, kami terus menapak ke chalet yang aku dah book. Tempat itu memang menjadi lokasi pujaan aku. Chalet dia tak banyak. Tempat dia isolated. Paling best, air laut hanya di bawah tangga saja.

Naik turun boleh terus ke laut !






Dan scenary dia lawa. Mendamai kan. Mengamit aku kembali ke situ setelah sekian lama.

BW dan MH dah siap siap dengan pakaian renang masing masing.

Laju je mereka berdua berlari siap siap nak pose pose Nurul Huda Abdullah dan May Tan. Abang pun apa lagi. Tukar baju dan seluar dan bersedia untuk kuakan pertama.

Kuak lentang gaya gaia ! gaia ! gaia !

Dan kami bertiga pun mandi la. Best. Tak de orang kacau. Pantai tu macam kami punya. Air nya tenang tak berombak. Macam air tasik. Sebab ada air sungai mengalir ke laut, air tu jadi sejuk sejuk panas.

Best.






Hahha. Tapi fun lah. Mandi sampai dekat maghrib.

Dah gelap. Pastu layan sunset. Indah betul. Terkesima rama rama kami di buatnya. Duduk je dalam air sambil borak sambil bergelak ketawa. Agak terkilan sebab IH tak de. Sebab aku nak dia rasa apa yang kami rasa. Begitu juga dengan CP. Tapi masing masing ada komitmen tersendiri dan kami perlu faham.

Lepas mandi laut, kami naik ke bilik. Bersiap siap. Lepas solat kami turun pegi makan.

Kedai makan pun dekat je. Ramai mat salleh kat situ.

Ada menu istimewa di situ. Chicken Fried Rice dia. Sedap gila. Dulu aku dah makan memang terkenang kenang so salah satu sebab aku ke situ lagi sebab nak makan nasik goreng dia lagi. BW dan MH order mee apa ntah. Inzal juga.

Kami makan sampai kenyang.

Barang di ingat, kedai kat Pulau ni tutup awal. Tempat kami tu agak relaks skit memang tak de aktiviti malam. Riuh rendah bunyi muzik bar ada tak jauh dari situ, tapi langsung tak mengoda kami untuk turut serta.

Masing masing perlukan masa untuk berehat !



Kami uruskan pasal hal snorkelling esok, balik bilik dan melayan perasaan sendiri.

Aku pose pose atas katil sambil pintu terbuka. Angin malam menerpa, membisik rasa kasih rasa rindu.



Jangan di ucap selamat tinggal
Pada diriku yang menantikanmu
Telah kau tunai seribu janji
Satu kau mungkiri hidup bersamamu

Tidakkah kau kasihan kepadaku
Yang mengharapkan cintamu
Mengalir air mataku
Merintih dalam pilu bila kau berlalu

Serikan semula mahligai hati yang lara
Bertahun lama ku tunggu
Bertaut cinta yang satu (lalu)
Berikan ku cinta sembuhkanlah luka lama
Selagi kasih membara
Daku setia selamanya

Tidakkah kau kasihan kepadaku
Yang mengharapkan cintamu
Mengalir air mataku
Merintih dalam pilu bila kau berlalu

Jangan di ucapkan perpisahan
Sayup suaramu menghilangkan rindu
Pasrahku di dalam kerinduan
Kasihku padamu subur di hatiku

Dan aku sebenarnya dah lama hanyut di buat lena dalam asmara................. !

6 comments:

  1. abang meng dh jd doktor cinta pulak...

    cayalah abg meng..

    ReplyDelete
  2. Chalet mana abang stay tu eh? Mcm menarik je... Awal bulan hari tu saya ke sana dan duduk di Paya Beach Resort... Boleh share, sbeba InsyaAllah nak kesana lagi sebelum puasa... =)

    ReplyDelete
  3. Oh, lagi satu.. Kedai mana yg Inzal makanannya tu? Nak try jugak... ;)

    ReplyDelete
  4. FAH : check this out

    http://www.bamboohillchalets.com/


    Paya tu ok tak? nak repeat tioman juga tapi nanti la.....


    Kedai inzal tu dekat ABC chalet.. right before bamboo hils tu..

    ReplyDelete
  5. Wah okay jugak tu bamboo tu, cuma t=takut panas waktu siang sebab tak ada aircond... Paya okay, saya ambil package RM249/head 3H2M... Diner/Bfast/Lunch/Diner/Bfast and snorkeling dkt 2 tmpt. Lepas tu add on lg RM50 utk tambah lagi 3 tempat dan naik speedboat instead bot yg mcm bot nelayan tu... Makanan pulak bg saya memang puas hati dekat resort tu...

    ReplyDelete
  6. FAH : haah tak de aircond.. tapi tepi laut angin pantai ok....

    paya menarik ke? ok la nanti nak cuba.. ( ntah bila tak tau )...

    ReplyDelete