Pages

Wednesday, November 30, 2011

Abang Pulang

Harro !!

Apa khabat semua?

Abang telah selamat kembali dan pulang ke pangkuan setelah pegi berhoneymoon dengan Selena Gomez di sebuah tempat yang dirahsiakan.

* mati lah...

Sangat letih. Sangat goyang. Sangat tak tahu nak cakap apa. Kami GBS semua terdampar keletihan ni.

Kami semua dah macam anak keling paria sebab kulit mulus setiap insan telah dijajah oleh sinaran mentari oh Korea dan membuatkan kami semua bertukar warna.

Tapi jangan risau.

Warna je berubah, tapi hati kami tetap samah.

Nanti aku muncul lagi dengan update lebih terkini. Sekarang ni masih rasa nak pengsan lite lite.

OK. Preview !

Ini semua gambar yang sempat di snap menggunakan handphone saja. Gambar lain belum di edit lagi.

Tunggu.....................










Tuesday, November 29, 2011

Cuti Cuti GBS : Lakaran Laut China Selatan - Part 4 (Final)

Hari terakhir di Tioman kami semua bangun awal pagi.

Kami mandi buat kali terakhir pagi tu.

Bestnya air dia. Tenang. Kami mandi puas puas !

Hampir satu jam berendam dalam air, macam macam gaya dan aksi akhirnya kami naik dan lepak lepak di chalet saja.

Chalet ni best. Kami ambik bilik yang paling besar. Boleh muat 4 orang. Ada 2 katil queen. Ingat IH jadi ikut serta. Tapi kami bertiga pun cukup selesa dah.

Duduk di balkoni masing masing melayan perasaan sendiri.

Suasana sungguh damai dan menyamankan.






Ini lah ketenangan yang kami cari. Di sini lah tempatnya, tidak di mana mana lagi.







"Dah siap semua?"
"Dah kot"
"Check balik sekali lagi kot ada yang tertinggal"
"OK"

BW buat satu round lagi. MH ikut serta. Kerja aku? Memberi arahan. Aku dah check dengan mata aku. Semua clear.

Kami menapak. Check out di reception dan terus singgah di warung. Masa untuk santap buat kali terakhir.

Kami lepak. Order lagi nasik goreng inzal tu.




Serious Inzal !

Tengah makan lepak lepak tu, tetiba nampak bot.

"Tu ke bot nya?"
"Ntah. Agaknya lah kot"
"Jom"

Dan kami pun bergegas. Kelihatan bot datang menghampiri jetty.

Masak. Nak pegi ke jetty tu agak jauh jugak. Lebih kurang 800 meter.

Akhirnya sampai juga. Ah ! Lega !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sekarang kami boleh tidur lena.

Suka suka suka.

Bot mula beredar. Dari satu jetty ke jetty yang lain singgah mengambil penumpang. Memang ada terlebih orang, nasib ada kerusi lain di sediakan. Masing masing antara kami buat bodoh tak tahu apa.

Janji lepas.




Bot semakin jauh meninggalkan Pulau Tioman yang penuh bererti buat kami bertiga. Menongkah arus pulang ke pengkalan. Umpama camar yang pulang ke pelabuhan. Mencari pangkuan kerinduan.

Aku kerinduan pada OR !




Bermusim tinggalkan perlabuhan

Layari hidup sendirian
Kembali kumencari fajar suci
Mengisi sepi hati ini

Seperti camar pulang ke pangkuan
Merindu kedamaian dulu
Begitu harapan ku terhadapmu
Semoga kasih belum layu

Di hati ini sering melagukan rindu
Senyum tangismu di mata ku
Andai waktu bisa menemukan semula
Akan kubina kasih dulu bersamamu

Siapa yang menduga segalanya
Suratan takdir Maha Esa
Sepintas kutemui senyumanmu
Memberi daku sinar baru



Kami sampai di jetty Mersing lewat jam 2 petang.

Melangut dan buat apa yang patut. Lepas asar kami bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Kami ikut laluan Rompin dan Muadzam Shah dan keluar di Seremban dan akhirnya tiba di Kuala Lumpur jam 10 malam.

Keseluruhan perjalanan trip kali ni adalah seperti berikut.

Tambang bot - RM35 per trip seorang. Pergi balik RM70.
Chalet - RM120 per night. Kami ambik yang paling besar. 2 malam. RM240.
Snorkelling - RM85 seorang.
Minyak dari KL - RM100 pegi balik.
Tol - RM50

Lain lain stok duit makan dan riadah lain. Itu saja ! Bahagi 3 orang tak sampai RM300.

Apa yang penting, kami semua gembira dan tujuan trip ini tercapai.

Tak sabar sabar untuk trip GBS akan datang !

Sekian, TAMAT.

Monday, November 28, 2011

Cuti Cuti GBS : Lakaran Laut China Selatan - Part 3

Duduk di Tioman semua tidur awal. Tapi kami mendapat rest yang cukup. Best !

Kami bersiap dan terus ke warung makan depan chalet kami. Kelengkapan semua sudah tersedia. Order minum saja sambil borak borak.

Melepak bertiga di warung tu minum minum sambil tunggu bot untuk pegi snorkelling. Kami ambik pakej snorkelling ke 4 tempat. Harga dia RM85 seorang. OK la tu. Tak ada banyak choice sangat, so OK lah.

Tengah minum minum tengok mat salleh sebelah makan mee goreng terus rasa inzal nak juga.

"Kita order nak? Share share?"

MH angguk. BW nak aja. Dia berapa kali ulang alik balik chalet. Tertinggal barang !

Tapi bila nak order tu, abang bot dah bersedia.





Jadi kami batalkan niat nak makan mee goreng inzal tu dan terus ke bot.

Cuma kami bertiga pada awalnya. Best gila. Abang bot tu pun boleh tahan. Yang kelakarnya, si BW tu suka la nak bagi orang makan jajan. Dia pegi sentuh pinggang abang tu, terus abang tu terkejut dan melatah.

Nasib bot tak tertonggeng.

Bantai gelak je.

Bot ambik lagi 2 orang. Couple lah ni.. so mereka berdua ikut serta trip kami snorkelling.

Destinasi snorkelling pertama kami adalah, Pulau Tulai atau Coral Island !

Cantik juga pulau dia walau tak berpenghuni. Lokasinya tidak berapa jauh dari main island Tioman tu.

Sampai sampai terus ke port pertama.

Ya. Ada ramai orang snorkeling di sana.

Aku terus terjun. Tak sabar sabar. BW juga sama. MH masih terkial kial lagi. Dia tak biasa. Excited punya pasal sampai terlupakan MH.

Tapi ikan ikan sangat banyak. Coral dia sangat indah dan masih hidup. Ada warna hijau, purple dan macam macam lagi. Seperti seirama dalam laut yang menyimpan seribu satu rahsia itu.

Pergh. Ayat abang ni.





Tapi memang best. Air pulak tenang je. BW kata the best snorkeling spot yang dia pernah pegi.

Memang cantik. Coral dia masih indah. Ikan dia beraneka rupa dan ragam.

Siap aku nampak ikan berak lagi. Mencecet cecet dia tinggalkan taik dia sambil pose pose berenang laksana tidak ada apa apa yang berlaku !

Kami di situ hampir sejam.

Seterusnya bot bergerak dan kami ke lokasi seterusnya.

Kali ni pantai.

Boleh snorkel kat tepi tepi pantai tu je, tapi kita orang mandi dan main air je. Air dia sangat jernih. Nampak semua ikan ikan berenang tanpa perlu pakai apa apa gear.

Indah juga. Tapi cuaca panas.

Air tenang macam tasik. Ombak kecil mengamit rasa keseronokan kami bertiga.

Mandi puas puas.

Ajar MH berenang sampai dia tetiba boleh berenang !

Pantas !

Kami lepak sambil makan makan jajan yang di bawa sebagai bekalan. Pose pose seksi Zila Bakarin macam biasa dan seterusnya abang bot kata, kami akan bergerak ke destinasi seterusnya.

Kami bergerak lagi. Lokasi kali ni di tengah tengah laut. Ada kawasan berbatu di situ dan kami snorkel di situ.

Ikan ikan kat sini berbeza. Tapi sebab cuaca baik, laut yang dalam pun masih boleh lihat coral coral, rumpai rumpai laut yang indah dan cantik.

Sangat lawa ! Memang lawa.





Agak lama juga kami di situ. MH kejap turun kejap naik. Aku dengan BW tak naik naik. Couple tu sibuk berasmara dalam air buat aku cemburu buta !

Aku skodeng mereka dari dalam laut.

Ya. Mereka buat aktiviti peluk peluk dan tujah tujah !

Tak perlu itu semua.

Ikan ikan lebih menginzalkan penglihatan.

Habis sesi snorkeling di situ, bot membawa kami ke destinasi seterusnya. Makan tengahari di Salang Sayang Beach Resort.

Kami lepak lepak di situ makan tengahari.

Makan Nasik Goreng Salang Sayang. Tak berapa inzal macam depan chalet kami. Agak mahal juga. Tapi makan sambil borak borak.

Time ni banyak mendengar rintihan kalbu MH.

Ya. Dia bermasalah tak sudah. Macam macam nasihat aku dan BW berikan.

Hidup ini adalah satu pilihan dan kita berhak menentukan pilihan kita. Samaada untuk terus bersedih. Atau mulakan hidup baru mengorak langkah dengan kehidupan baru. Mungkin mula mula sukar sebab kita dah terbiasa dengan cara lain. Tapi semua orang pernah mengalaminya. Bakal mengalaminya. Sudah mengalaminya. Nama pun kita manusia. Dalam hidup kita pasti ada pasang dan surutnya.

Macam juga pasang surutnya ombak laut di Salang Beach yang mendamaikan itu.

Menunggu abang bot, kami sempat main beach volleyball.

Penat kutip bola je. Pukul 3/4 kali terus tersadai kepenatan.

No more beach sport. Kami perlu teruskan bersantai saja.







Lepas makan, kami mulakan semula aktiviti snorkeling kami di lokasi baru. Berdekatan dengan sebuah pulau kecil berdekatan pantai.

Coral di sini hampir mati. Cuma banyak gamat berguling guling di dasar laut. Kesepian ! Laksana hati hati yang rawan.

Kami selesai bersnorkelling.

Panas tak usah cerita. Habis perit wajah dan muka. Badan masing masing dah jadi hitam laksana bontot kuali. Krim krim dan losyen dah tak berjaya menahan.

Kami bergerak pulang !

Kami tak terus pulang ke chalet. Kami ada misi lagi.

Mencari FM !

Ya. Orang mabuk laut. Aku mabuk FM.

Kami singgah di chalet tempat couple tu. Kami turun kat situ sebab nak kurangkan masa berjalan dari chalet kami ke Kampung Tekek.

Singgah di Taman Laut dan mandi di situ. Baju kering di badan je dan mula menapak ke area town Kampung Tekek.

Agak jauh. Masing masing keletihan.

Berjalan lah kami bertiga sambil borak borak.

Tiba tiba nampak motosikal orang kampung lalu lalang. Suasana meriangkan ada orang jogging dan berlari larian.

"Stop !!!!!!!!!!!"

Aku tahan sebijik motosikal.

Dia berhenti.

"Boleh tolong hantar ke airport?"

Dia angguk.

Bagus.

"Cepat. Pegi naik. Tunggu kita orang kat sana"

Aku beri arahan pada BW. Kesian BW kalau terpaksa nak menapak jauh jauh begini. Ada lebih kurang 2.5 KM. Jauh jugak tu.

BW selamat di bawa orang ntah ke mana hala. Moga moga orang tu tak buat khianat. Aku dengan MH sambung berjalan.

Jumpa satu kedai.

"Kak. Boleh tanya. Ada bagi sewa motosikal tak?"

Aku buat muka tak malu. Tebalkan muka. Kakak tu berbicara sesama mereka di warung kecil jual goreng pisang tepi pantai tu.

"Ambik motosikal ni"

Hah ! Ada sinar bahagia.

Kami tak payah menapak lagi.

MH bawak dan aku membonceng.

Yippie Yippie Yey !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kami bergerak ke airport, tengok BW tengah tunggu kat tempat bas.

"Jom naik"
"Tiga orang?"
"Hah lah"
"Hahhahaa"

BW bantai gelak.

Aku tengah tengah. MH bawak motosikal. BW kat belakang. Tak abis abis dia gelak. Orang pun pandang tengok 3 manusia gila naik motosikal 3 orang.

Kami singgah di tempat pertama. Duty free shop. Cari FM.

Hampeh. Tak cantik. Tak ada choice. Mahal !

Jalan lagi. Masih bertiga. Sesekali ada bonggol dan MH terpaksa berhati hati. BW tak henti henti ketawa. Orang kampung memandang kami yang gila macam ni. Polis pun ada.

Boleh ke? Boleh ke?

Argh ! Belasah je.

Cari FM tak jumpa jumpa. Akhirnya kami ke Berjaya Tioman Resort ! Mungkin ada sesuatu yang menarik di sana.

Naik lagi motosikal bertiga.

Masuk buat muka tak malu. Macam tak de apa apa yang berlaku. Tapi di situ, Sultan Pahang datang. Ada acara hendak di rasmikan.

Ada kami kisah?

No. Dia bukan part of agenda kami. Muka selamba je 3 orang ni, parking kat depan lobby. Turun dan merayap. Tengok pantai. Tengok kawasan sekitar.

Ah. Mengamit rindu aku di sini.

Aku pernah ke sini dulu. Banyak kenangan zaman lama lama.






Puas merayau, kami rasa nak blah. Hari dah beransur petang. Kembali ke lobby dan MH cuba nak start motosikal tu.

Tak boleh.

Sudah !

Cuba lagi. Tak boleh juga.

Aku cuba. BW cuba. MH berkali kali cuba. Motosikal tu dah terlock handle dia. Tak boleh nak on. Macamana ni?

Pelancong keluar masuk dan memerhati. Kami buat bodo dah tak tahu nak buat apa lagi.

"Kenapa?"

Ada teguran dari Pak Guard.

Orang hotel kalut sebab kami kat situ. Nak halau tak boleh tapi menyemak kan mata.

Hiks.

Akhirnya tuan motosikal datang. Bertiga. Dia orang jahanamkan terus tengkok motosikal tu. Nasib baik boleh, tapi kami lah rasa bersalah.

"Tak pe. Tah payah risau. Kat pulau ni tak de orang nak curi"

Brader tu tenangkan kami. Dia risau tengok muka aku rengsa semacam. Nasib baik lepas tu OK dan dia hantar kami semula ke Taman Laut. Dari situ kami menapak balik ke chalet di ABC.





Kami lepak makan lagi. Masih pekena nasik goreng inzal tu dan kami makan sampai kenyang. Balik bilik dan berehat saja. Masing masing komplain muka dah gelap.

Abis tu borak borak lagi. Makan mangga. Sembang. Melayan perasaan. Dan akhirnya masing masing kepenatan dan berehat.

Hari yang indah. Mengembirakan. Penuh dengan macam macam kisah. Itu lah bebudak GBS ni kalau bercuti macam-macam hal.

Esok hari terakhir. Rasa puas bercuti kali ni. Rindu mahu pulang tapi sayang nak tinggalkan tempat secantik pulau Tioman ini. MH tak nak balik..



Ku rindukan dia
Ku mahu belaian manja
Ku ingin selalu di sisinya

Inikah bahgia
Inikah kasih asmara
Bernyanyilah hatiku dengan cinta

Ku tak ingin lagi berjauhan
Usah kau hampiri perpisahan
Seharusnya kau mengerti kasih
Hanya engkau di hatiku

Andai mampuku menyentuh awan
Akan ku pinjamkan satu bintang
Dan ku pancar seri yang gemilang itu
Kasih ke wajahmu

Ku berjanji sayang
Ku menunggu dikau pulang
Membawa cintamu yang terindah
Dengarlah kata hati
Oooo... oooo...

Ku rindukan kasih Dia
Ku mahu belaian manja
Takkan ku lupa cinta pertama

Ku tak ingin lagi berjauhan
Usah kau hampiri perpisahan
Seharusnya kau mengerti kasih
Hanya engkau di hatiku

Andai mampuku menyentuh awan
Akan ku pinjamkan satu bintang
Dan ku pancar seri yang gemilang itu
Kasih ke wajahmu
Ooooo...

Ku berjanji sayang
Ku menunggu dikau pulang
Membawa cintamu yang terindah
Dengarlah kata hati

Dengarkanlah kata hati
Dengarkanlah bicaraku

bersambung

Sunday, November 27, 2011

Cuti Cuti GBS : Lakaran Laut China Selatan - Part 2

Menunggu bot agak bosan.

Ramai orang sebenarnya yang nak ke Pulau Tioman tu. Jetty packed. Tapi kita orang lepak la sambil melayan perasaan.

Akhirnya bot dan bersedia dan kami bergerak meninggalkan jetty Mersing membelah laut lepas menuju ke Pulau Tioman.




Cuaca baik. Perjalanan pun agak smooth. Kami bertiga duduk, ambik port dalam bot terus terbongkang tidur. Masa ni baru betul betul rasa mengantuk. MH takut dia mabuk. Aku memang tak kesah apa dah. Jangan berdengkur kuat sangat sudah. Nanti orang ingat engine bot tercampak dalam bot.

* nanges.

Akhirnya kami sampai di Pulau Tioman.

Turun dari bot, kami terus menapak ke chalet yang aku dah book. Tempat itu memang menjadi lokasi pujaan aku. Chalet dia tak banyak. Tempat dia isolated. Paling best, air laut hanya di bawah tangga saja.

Naik turun boleh terus ke laut !






Dan scenary dia lawa. Mendamai kan. Mengamit aku kembali ke situ setelah sekian lama.

BW dan MH dah siap siap dengan pakaian renang masing masing.

Laju je mereka berdua berlari siap siap nak pose pose Nurul Huda Abdullah dan May Tan. Abang pun apa lagi. Tukar baju dan seluar dan bersedia untuk kuakan pertama.

Kuak lentang gaya gaia ! gaia ! gaia !

Dan kami bertiga pun mandi la. Best. Tak de orang kacau. Pantai tu macam kami punya. Air nya tenang tak berombak. Macam air tasik. Sebab ada air sungai mengalir ke laut, air tu jadi sejuk sejuk panas.

Best.






Hahha. Tapi fun lah. Mandi sampai dekat maghrib.

Dah gelap. Pastu layan sunset. Indah betul. Terkesima rama rama kami di buatnya. Duduk je dalam air sambil borak sambil bergelak ketawa. Agak terkilan sebab IH tak de. Sebab aku nak dia rasa apa yang kami rasa. Begitu juga dengan CP. Tapi masing masing ada komitmen tersendiri dan kami perlu faham.

Lepas mandi laut, kami naik ke bilik. Bersiap siap. Lepas solat kami turun pegi makan.

Kedai makan pun dekat je. Ramai mat salleh kat situ.

Ada menu istimewa di situ. Chicken Fried Rice dia. Sedap gila. Dulu aku dah makan memang terkenang kenang so salah satu sebab aku ke situ lagi sebab nak makan nasik goreng dia lagi. BW dan MH order mee apa ntah. Inzal juga.

Kami makan sampai kenyang.

Barang di ingat, kedai kat Pulau ni tutup awal. Tempat kami tu agak relaks skit memang tak de aktiviti malam. Riuh rendah bunyi muzik bar ada tak jauh dari situ, tapi langsung tak mengoda kami untuk turut serta.

Masing masing perlukan masa untuk berehat !



Kami uruskan pasal hal snorkelling esok, balik bilik dan melayan perasaan sendiri.

Aku pose pose atas katil sambil pintu terbuka. Angin malam menerpa, membisik rasa kasih rasa rindu.



Jangan di ucap selamat tinggal
Pada diriku yang menantikanmu
Telah kau tunai seribu janji
Satu kau mungkiri hidup bersamamu

Tidakkah kau kasihan kepadaku
Yang mengharapkan cintamu
Mengalir air mataku
Merintih dalam pilu bila kau berlalu

Serikan semula mahligai hati yang lara
Bertahun lama ku tunggu
Bertaut cinta yang satu (lalu)
Berikan ku cinta sembuhkanlah luka lama
Selagi kasih membara
Daku setia selamanya

Tidakkah kau kasihan kepadaku
Yang mengharapkan cintamu
Mengalir air mataku
Merintih dalam pilu bila kau berlalu

Jangan di ucapkan perpisahan
Sayup suaramu menghilangkan rindu
Pasrahku di dalam kerinduan
Kasihku padamu subur di hatiku

Dan aku sebenarnya dah lama hanyut di buat lena dalam asmara................. !