Habang muchol kali ni dengan gaya kurang sara sebab tak cukup tido.
Bermuka zomba ni !
Dalam busy busy ni kena jugak fikir kan? Aku dah apply cuti untuk trip hujung bulan ni. Tapi memula cuti aku tu kena reject !
Sebabnya aku apply cuti masa public holiday ! Kan Deepavali kan? Hiks. Mana la aku tau.
Anyway, bulan ni aku bakal pegi Perth kan? Tau tak? Tak tau? Apa? Tak ambik tau? Lantak korang lah ! Hahahaha. Tapi tu la perancangan sikit sikit je lah ni. Oz Dollar sekarang mahal. Aku dah check hotel mahal siot ! Satu malam kalau duduk hostel pun dah AUD80 ! Kalau RM tu dah dekat RM200 ! Boleh duduk hotel best kat Malaysia ni.
Pening aku. Mati la ikat perut bulan ni. Plus aku nak gi tour lagi, nak berjalan jalan.
Lebih parah, time aku nak pegi Perth tu, masa yang sama ada Mesyuarat CHOGM kat sana ! Tu yang buat serba serbi mahal tu.
Anyway, tak pe lah. Aku plan slow slow ni. Apa apa pun nanti, aku belasah je lah. Macam tak biasa main redah sesuka hati mak bapak je aku ni kan?
Dan trip GBS macam yang aku cakapkan. Bulan depan kami semua bakal ke Koh Lipe !
Korang tau tak Koh Lipe tu kat mana? Nuh !! Di Thailand tu. Plan nya, kami akan ke Langkawi naik flight di mana tiket pun dah di beli awal awal dulu, then dari situ naik ferry sampai ke Koh Lipe.
Trip ni memang aku suruh GBS lain yang uruskan. Aku ikut kan je lah.
IH dan bookkan hotel di Koh Lipe. Now BW lah berhempas pulas nak book ferry dan juga penginapan di Langkawi.
Aku excited kalau nak gi travel dengan GBS ni sebab dah lama tak travel bersama sama.
So hopefully semuanya akan lancar lah.
Tapi penat la, now aku dah merasa kurang excited pasal travel ni. Ya la kalau dah tetiap bulan nak kena travel how?? Mati la kan?? Tu la dulu aku ni over sangat !
* ketuk kepala sendiri.
Hah. Kau orang pun boleh ketuk kepala aku, tapi slow slow okeh !
Sebenarnya aku ni sangat la sibuk orangnya. Cuma tu lah. Kena pepandai cari masa dan bahagi masa, tak mahu nanti yang di kejar ketinggalan yang di kendung keciciran.
Tapi abang kendung perut besar ni tak tercicir cicir pun?
Tetap memberat !
No comments:
Post a Comment