Pages

Tuesday, October 11, 2011

Aktiviti Kekeluargaan Di Kuala Selangor

Hola Hoop !

Sila teka di mana kah ini?


* ambik hailer tala ke telinga Yang Mulia.

Ya tepat ! Abang telah melakukan lawatan muhibbah ke kampung halaman asmara uols !

Sebenarnya memang tak de plan pun. Plus aku kan agak busy minggu ni. Busy tido ! Sabtu tu ada kakak aku jemput ke rumah dia sebab buat birthday anak buah aku, so aku ke sana lah.

Ramai betul orang. Kakak aku kata tak jemput orang lain. Padahal bila pegi, macam ulat. Kakak aku pun aku tak nampak.

Banyak makanan dia masak. Ada pulut kuning dengan rendang, mee kari, nasik, kuyah muyah tak payah nak kira la sampai cekodok pun ada !

Dan sepupu sepapat aku pun ramai yang datang. Macam biasalah abang kena keji secara berjemaah. Sebab kejian adalah gagal hadir masa hari terbuka mereka buat dulu tu.

Macam macam alasan aku kasik. Hiks.

Biasalah nak melepaskan diri. 

Tapi kakak aku selalu kever aku baik punya. Dia akan cakap la aku ni busy lah, pegi outstation la, sampai kat kawan dia kakak yang jaga laundry tu pun dia cakap aku pegi luar negeri.

Luar negeri lah sangat. Belum lagi okeh. Masih di dalam negeri je lagi.

Dan aku ni kalau hari weekend, duduk diam diam di rumah boleh jugak. Tapi tu la keinginan memuncak kalau sesekali datang mood nak berjalan jalan.


Hari sabtu hari tu aku tidur seharian. Petang baru keluar rumah.

Hari ahad aku di datangi mood riang nak keluar berkeliaran. Cuacak sangat baik, Langit biru, cerah dan benderang buat aku rasa mood nak outing pegi ambik gambar. Padahal memula nak gi makan je. Pastu aku usul kat OR.

"Yang, jom gi berjalan"
"Gi mana?"
"Kita gi Kuala Selangor nak?"
"Ada apa?"
"Ada monyet"

Seingat aku dulu, aku pernah ke Kuala Selangor dan Bukit Malawati ni beberapa tahun lepas. Masa tu meraikan hari jadi aku lah pegi dengan BW dan CP.

Lama dulu dah. Kita orang pun tak tau apa ada di sana, main redah je.

Dan kali ni, aku terasa nak pegi lagi. So apa lagi, tengahari tu keluar makan dulu then kami langsung bergerak. Cuaca cerah dan agak panas lah. Kesian jugak kat OR sebab dia tak boleh cuaca panas panas sangat, jadi kami tunggu reda sikit dalam pukul 3 baru bergerak.

Dan kami membelah Guthrie Highway lalu masuk ke Latar Highway.

Korang tau Latar Highway tu kah?

Highway baru okeh. Dari Selayang sampai ke Lumut nuh !

Kalau siap nanti senang la nak ke Pulau Pangkor kan? Tu antara destinasi yang aku nak pegi lagi ! Tapi tak tau bila. Actually Latar highway ni belum siap lagi, baru sampai ke Ijok je. Tapi memang kalau ikut highway ni save puluhan KM jugak la dibandingkan ikut jalan lama ke Kuala Selangor tu. Jalan pun smooth. Cuma kena tol 2 kali je. RM2 setiap tol.

Sampai di Kuala Selangor kami terus ke Bukit Malawati !


Jeng Jeng Jeng.

Selamat datang uols ! Lama tak jejak kaki ke sini. Ramai jugak la orang. Sampai je terus aku beli tiket nak naik tram ke atas bukit tu. Harga tiket dia RM3 dewasa dan RM1 untuk kanak kanak.

Kami tak menunggu lama lah. Lepas beli tiket tu terus tram tu siap sedia nak bergerak. 




Tram dah bergerak. Lebih kurang tak sampai 10 minit kami pun sampai di atas bukit.

Sejarahnya atas bukit Malawati adalah kota lama. Dulu ada istana dan juga merupakan kubu pertahanan. Ada banyak meriam atas bukit ni dan beberapa tinggalan sejarah lama.

Memang ramai la orang kat atas tu. Atas bukit tu sebenarnya ada rumah api, ada juga muzium dan beberapa tempat sejarah. Dan paling utama dan menjadi tarikan di atas bukit ni adalah......

Ni hah !

Lotong bukan Lontong !!!!


Banyak okeh species dia orang ni.

Dah memang menjadi tumpuan orang ramai. Lotong lotong ni tak de la ganas. Mereka hidup meliar je atas pokok kat situ. Tapi, mungkin dah jadi kebiasaan, pelancong yang datang akan bagi mereka makan. So mereka ni dok kejar la especially kalau nampak ada yang bawak kacang panjang.

Tu makanan dia. Kat atas tu ada orang jual pulak kacang panjang dengan harga RM1 se ikat. Ramai la yang beli so lotong lotong ni gembira dan tambah riang lah.

Dia orang akan sanggup berebut. Bergaduh sesama mereka demi kacang panjang. 

Awas ! Kalau dah ada seikat kat tangan tu, silap silap kena curi dengan dia orang ni. Dia orang ni penuh dengan tipu daya. Tapi tak de la menganas tak tentu pasal. 

Ramai dia orang ni. Ada yang siap beranak pinak lagi. Anak anak dia cute jugak lah. 

See capapan.






Yang kelakarnya, tengok bakul penjual kacang panjang ni.

Dia letak harimau. Memula aku pelik jugak, pastu aku tanya abang jual tu, dia kata lotong lotong ni takut dengan harimau. Tapi ada jugak lah yang dah biasa tu dia orang tak ambik port dah. Dia orang curik jugak.

Tapi memang cute la harimau ni bagi lotong lotong terpedayah.


Seronok jugak duduk atas bukit ni. Kawasan dia agak luas jadi ada tempat untuk berehat dan menikmati keindahan alam. Berangin pulak tu, memang sesuai duduk melepak sambil menikmati kesegaran angin pantai. Kalau dari atas Bukit Malawati ni memang boleh nampak Selat Melaka.

Memang not bad. Sesuai je untuk beriadah dan jalan jalan dengan keluarga.





Sejam juga la kami melepak kat atas bukit tu.

Akhirnya kami turun semula ke bawah. Ada lagi taman taman lain yang baru di buka. Taman Ikan dan sebagainya, tapi kami malas nak singgah dah. Orang pun agak ramai. 

Oh ! Ada Fridge Magnet okeh di jual. Tapi agak mahal la. Seketul RM5 ! 

Lepas tu kami bergerak meninggalkan pekan Kuala Selangor tu. 

Destinasi kami?

Ke Pantai Remis !

Dulu kan kami pernah makan seafood di Jeram tu, now kali ni nak cuba makan di Pantai Remis pulak. Sempat la aku google kejap nak carik mana Pantai Remis tu.

Tak jauh pun, ada dalam lebih kurang 15KM dari pekan Kuala Selangor tu.

Sampai sampai dah petang dan orang ramai gila. Memang ramai gila orang dah macam pesta pulak. Nak masuk pun payah, inikan pulak nak parking. Tapi nasib kami baik jugak lah, jumpa parking. Jalan jalan tepi pantai tengok orang ramai. Ramai yang melepak di situ. Memang meriah. Siap ada jualan macam pasar malam.




Menikmati keindahan alam yang mengasyikkan.

Indah kan? Damai dan tenang. Tapi sebenarnya orang ramai. Kereta pun banyak lalu lalang. Kami cari port tempat makan dan duduk di tepi pantai tu. Ada beberapa kedai menjual makanan orang pun agak ramai lah. Lagi petang lagi ramai yang bertandang.

Di gigi pantai, kelihatan ada yang bermain main dengan air. 

Ada yang memancing. Ada yang sekadar menikmati angin pantai. Kanak kanak lebih riang. Suasana begitu mengasyikkan.

Wah.. Hebat tak metafora abang?



Gambar atas tu 4 orang anak hindu.

Turun turun dari kereta semua berseluar pendek dan tak berbaju. Lari terus pegi pantai. Air kat sini bukan elok sangat untuk mandi mana tapi may be dia orang tak kisah mana.

Badan semua satu saiz. 

Kulit sah sah satu tone.

Tengok tu, berjalan pun lebih kurang je. 

Kami lepak makan di kedai makan ni. Order makanan yang ada. Ada jugak la ikan bakar apa semua tu, so kami order apa yang cepat je lah.





OK lah makanan dia, boleh tahan. Tak de la inzal mana tapi sebab feel dia best tepi pantai so makan pun kira okeh lah.

Cuma ada ayam halia aku order, rasa sedap. Tapi ayam tu semua tulang temulang je. Motip la sangat orang ni. Air dia pun not bad especially air buah buahan.

Lepak dan makan sampai kenyang sambil menikmati waktu senja.

Sesekali aku ke pantai untuk ambik gambar.

Menikmati keindahan alam sehingga sinar matahari menghilang dari pandangan.

Nikmat kurniaan Tuhan.




2 comments: