Bot menghampiri Pulau Tenggol. Barang barang kami di angkat oleh pekerja resort. Kami lenggang lenggang kangkung saja.
Ada 3 resort di situ. Tenggol Island Resort. Tenggol Resort dan Tenggol Island Beach Resort di mana tempat kami dah book. Nama semua seakan sama?
Cuaca tak berapa panas sangat masa tu. Kami di beri briefing sikit, kena isi borang. Actually borang tu untuk divers, tapi kami isi juga.
"Bilik U yang atas tu. Warna putih"
Kami di tunjukkan chalet penginapan. Agak ke dalam. Jauh sikit atas bukit. Tapi nampak selesa. Kami tak banyak songeh. Lepas minum dan menikmati persekitaran yang agak segar dengan alam semulajadi, kami terus ke bilik.
Bilik dia agak cozzy. Boleh lah untuk 3 orang. Ada double bed dan 1 single bed. Sesuai untuk BW. Toilet dia pun bersih. Chalet baru.
Kami pose pose berehat sekejap dan segarkan tubuh.
Waktu masih tengahari. Sebentar lagi makanan di sediakan.
Apa kami buat?
Masing masing terbongkang !
Tidur lah.
Dan kami ketiduran tanpa batasan. Letrik tak de siang hari di resort. Tapi BW gigih membuta sambil mengipas kepanasan. Macam pelacur kelas bawahan. Kejap pejam mata. Kejap tangan mengipas.
IH. Gigih. Membuta dalam kepanasan.
Aku tidur kat verandah. Angin ada. Sepoi sepoi bahasa cina. Kejap mari. Kejap lari. Kejap aku rasa air liur aku meleleh dah.
Itu tandanya. Angin ada.
Sambung tidur.
Kami tidur, dan dekat tengahari, pekerja resort tu datang kejut kami.
"Lunch !"
Macam asrama je kan? Heheh tak de la dia saja nak kasi tau tu. Tapi kami tetap membuta ria.
Macam asrama je kan? Heheh tak de la dia saja nak kasi tau tu. Tapi kami tetap membuta ria.
Sampai boleh terlajak lunch. Nasib lauk tak abis. Bangun mamai mamai pegi makan. Lauk pauk versi buffet sedia terhidang. Ada nasik, lauk, sayur, buah buahan dan macam macam. Kira variety juga. Rasanya? So so lah. Dah kat pulau, nak komplain banyak banyak pun tak boleh.
Aku jumpa buai, terus pose pose kacak dan membelai diri sendiri. Tiduran ! Lena.
IH dan BW pose pose kurang kacak dan kurang jelita atas kerusi. Haram. Aku toleh sekali. Dua dua ada. Toleh lagi. BW tak de. Toleh lagi sekali, dua dua dah hilang !
Ke mana mereka pegi?
Argh. Pedulik ! Tidur lagi nikmat. Takkan mereka di culik lanun? Takkan mereka sibuk basuh pinggan di dapur?
Aku bangkit lama lepas tu cari mereka.
Yes. BW dengan gaya pelacur murahan. Baring dalam chalet sambil mengipas. IH? Meniarap tidur dalam keadaan berpeluh peluh.
Masing masing mengantuk. Sampai ke petang juga. Sudahnya lepas solat baru kami cergas sikit. Bangkit dan mula menyedari yang kami berada di pulau dan perlu beraktiviti, bukan sekadar menyapu air liur basi di pipi !
Kami jalan jalan sekitar pulau. Dari pantai sampai ke hujung. Ada resort lain, tapi tak ramai orang. Paling ramai pun resort kami. Ingatnya petang tu ada snorkelling untuk kami, tapi haram. Asyik bawak orang pegi diver. Kejap keluar. Hilang. Pastu balik kejap then keluar lagi.
Kami?
Nak jalan jalan, tempatnya limited. Sudahnya pose pose saja sampai ke petang. Cuaca tak menarik. Hujan. Nak tengok sunset pun tak dapat.
Sambung sedih.
Mula kami merasakan percutian ini separa hampeh !
How?
Malam kami keluar pergi makan malam. Lauk pauknya terhidang juga. Paling tak best, dia hidang kambing. Habis aku rasa nak muntah. Rasa sikit je, pastu tak lalu dah. Layan tengok TV kejap. Dah tak tau nak buat apa, balik bilik je.
Borak borak.
Aku dengan IH memula borak borak gak, tapi letih dan rasa kurang tidur. Last last dua dua koma !
Tak sedar apa.
Sedar sedar dah pagi !
Bangkit manusia ! Kami idamkan aktiviti.
Pegi breakfast. Makan mee goreng dan macam macam lagi. Kenyang.
"So kat mana kita nak snorkell hari ni?"
Tanya kami pada mamat resort tu bernama Robin.
"Tu. Kat batu sana"
Masing masing berpandangan ! Motip. Kami datang jauh jauh suruh snorkel tepi batu depan chalet je ke? Tak de bot bawak kami ke laut lepas ke?
Rengsa. Tapi nak cakap apa. Ambik mask, gogle dan jacket. Kami menapak.
Ya lah. Kali ni memang kami di anak tirikan. Snorkel la sendiri !
* ikan ikan pun menanges tengok kami.
"Tak de orang snorkel sini. Pegi kamu semua balik !"
* perlu ke air mata kami bercampur dengan air laut?
* perlu ke air mata kami bercampur dengan air laut?
Tidak !
Kami yakin. Ikan ikan menanti kami. Mulakan dari tepi. Mula mula banyak karang karangan je. Tak berapa banyak ikan. Semua ikan kekwat !
Perlahan lahan kami beransur ke tengah. Jumpa berbagai jenis ikan. Terus ke belah tengah. Dan di situ.
Welcome to the world of aqua !
Ikan ikan menari riang !
Karang karangan tersenyum girang !
Rumpai laut berwarna warni melambai kami berenang !
Yes. Sangat lawa. Puas hati sikit rasanya. Terubat kekecewaan.
Memang ikan ikan dia dari jenis yang lain. Berbeza dari tempat tempat yang pernah kami pergi. Banyak jenis ikan. Dan banyak banyak ikan. Coral pun masih hidup. Syurga lautan di situ. Tak payah kami diving jauh jauh.
Sampai satu part tu, memang lawa gila. Tapi bila tengok depan. Ya ampun ! Dalam gila. Tak berani ke sana. Pusing pusing kat situ. Tapi cuaca sangat panas. Lebih kurang sejam bergelumang dengan gelora, aku berenang naik ke darat.
Sakit muka. Padahal dah sapu macam macam lotion sebelum tu. Kalau nak rentung tu, orang kata akan tetap rentung juga.
BW dan IH paling lambat. Mereka masih pose pose hebat di lautan. Aku dah pening mata. Panas gila !
Pastu naik ke darat mula pose pose. Ambik gambar sana sini. Air nampak jernih. Permandangan tiba tiba lebih indah dari biasa. Tengok ikan ikan dan karang karangan hati kami sedikit terubat.
Kali ini, baru kami rasa, Tenggol tidak lah terlalu menghampakan !
Bila cuaca dah terik, kami naik ke resort semula. Pose pose mandi dan bersiap siap untuk makan tengahari.
Kami di hidangkan lauk pauk yang boleh di katakan mengenyangkan lah. Makan 3 kali sehari so kira not bad. Choice pun banyak. Jadi soal makan tak jadi masalah !
Yang sedih, cuma tu la sebab kami bertiga je yang snorkell kat situ. Yang lain semua pergi diving. Asyik asyik bot bawak mereka. Kami ketinggalan la.
Pastu pose pose bawah pokok.
Aku duduk kat buai. BW dan IH pose pose mengambik gambar.
Tetiba Robin tu datang lagi.
"OK. Siap siap nak snorkelling. Bot akan hantar you semua kat sana pastu hantar orang diving pastu ambik you semua lepas tu"
Memang dah agak !
Pagi tadi kami di suruh pegi batu sebelah kanan. Petang dia suruh pegi batu sebelah kiri. Cuma beza kali ni, bot akan hantar dan campak kami di situ. Tak seperti pagi tadi kami gigih berenang macam anjing ke sana.
* nanges.
Memang rasa di anak tirikan. Tapi tak pe lah. Tu je choice yang ada.
Kami siap siap dengan kelengkapan. Pastu naik bot dan pekerja dia buang kami di hujung batu berdepan dengan chalet tu jugak. Naik sempat nak duduk je dah sampai.
Kami di bekalkan sebuku roti.
Apa lagi?
Terjun je la kami bertiga. Pastu bot hilang. Kesian kan?
Tapi ada aktiviti yang lebih inzal. Cuaca panas masa tu. Snorkeling pukul 2 petang ! Tapi ada roti, kami bagi ikan makan. Babi ikan ikan tu, tamak haloba. Gigit tangan aku. Sakit juga sebab mereka ramai.
Tengah syok syok melayan, datang sekor, ngap jari aku.
Pastu ngap lagi.
"(*^(^(&%"
Sebenarnya nak maki ikan tu. Nak sebut babi !
Tapi mulut penuh sebab dok pakai mask dan gogle. Nangis tak puas hati tak leh maki ikan.
Ikan ikan tu memang celupar. Bulu kaki pun dia gigit. May be dia ingat cacing !
Tapi memang banyak ikan. Banyak gila. Kami jumpa tapak sulaiman, gamat tu memang banyak la.
* nangis jumpa sedara mara.
Pendek kata, OK la snorkeling kat situ. Tak berapa jauh dari pantai dan kawasan berbatu. Ikan ikannya berbeza dari site yang pagi tadi kami terjah sebelah sana.
Lebih sejam kami snorkell. Dengar bunyi guruh, kami pun berenang ke tepian. Tak tunggu dah bot datang. Lembab ! Tapi adik bawak bot tu ada datang tengok tengok kita orang, tapi masa tu kita orang belum puas berenang. Last sekali dia blah.
Naik ke darat dan bersiap siap. Mandi manda dan berehat lebih kurang sebelum kami ke pantai semula sebelah petangnya. Bosan giler. Panjat panjat bot. Unggah unggah dengan harapan bot bergerak. Pastu pose pose model seluar dalam dan bra sampai penat.
Pastu konon si BW ajak aku lumba lari.
"Kalau kalah?"
"Kalau kalah?"
"Kalau kalah?"
Dia lak sibuk tanya aku. Padahal dia yang ajak aku.
"Merangkak balik sini"
"OK"
"OK"
Pastu bersedia la ni. Aku, IH dan BW.
"1......2............."
Baru 2 je IH dan BW dah bertempiaran lari. Cis ! Main tipu.
"Hooi !"
Aku menjerit. Belum sempat apa apa aku tengok BW tergolek dog makan pasir. Haha. Kelakar gila. Konon nak jadi G Shanty. Belum apa apa dah tersungkur ke lembah hina.
Aku tak tahan nak gelak. Ingat nak ambik gambar time dia jatuh, tapi tengok G Shanti bangkit uols ! Bangkit untuk berlari ke garisan penamat. Gigih ni.
Abang apa lagi. Tak jadi nak ambik gambar. Dah sudahnya, G Shanti terus terusan makan pasir.
Tewas !
Pastu tak nak merangkak balik. Tipu je BW tu.
Hajat nak tengok sunset. Gagal lagi. Cuaca tak berapa bagus ! Sedih.
Tapi ni je la yang kami bayangkan !
Petang tu kami dah rengsa. Rasa kebosanan melanda jiwa. Kalau boleh nak balik ke darat time time tu juga. Menyesal tu tidak lah, cuma tak puas hati.
Bot kami keesokkan harinya. Malam tu kami dinner then balik bilik lepak lepak terus membuta. Hujan turun lebat, sampai pagi pun aku tak sedar. Sedar sedar bangkit dan rasa tak sabar nak balik ke darat.
Lepas sarapan, kami paling pantas bersiap.
Memang dalam hati, masing masing dah tak sabar nak pulang. Dah tak de apa yang boleh kami lakukan di Tenggol ni. Ada pengacara 8TV Quickie kat pulau tu. Aku tak kenal, IH je lah yang kenal. Rata rata divers berbangsa lain, kami je Melayu yang ada. Ada sepasang mat salleh dan awek dia sama. Tu je la buat kami ilang bosan, usha usha mereka macam orang sewel.
Nasib baik ada GBS. Kami sesama kami je yang berjaya memeriahkan suasana. Sekurang kurangnya, kami tak kesunyian dan masing masing ada untuk menghiburkan.
Selamat tinggal Tenggol. Kami mahu pulang !
bersambung
No comments:
Post a Comment