Trip ke Tenggol ni adalah idea aku. Aku pun tak tahu mana datang idea ni. Selama ni may be sebab aku tak tau wujudnya Pulau Tenggol. Tak pernah check dalam peta. Tapi bila aku dapat tahu, terus aku aim.
Trip GBS yang seterusnya adalah Tenggol.
Aku ada terbaca. Tenggol ada syurga para divers. So aku assume, kalau diving cantik, snorkelling pun mesti piaw punya. Lagipun, mana mana GBS pun, tak de lesen nak diving, jadi kami settle down dengan snorkelling je.
Aku tanya GBS.
"Let's uols. Tenggol !"
Rata rata mereka pun tak de idea mana Tenggol tu.
Aku kena beli jiwa mereka dulu. Tapi bagi BW yang memang nak berjalan, bawak ke belakang jamban pun dia ikut. Janji bawak dia jalan jalan. Sadis tak pompuan ittew?
MH tak boleh nak join sebab dia nak balik kampung. Nanti Mak dia nak berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji. CP seperti biasalah. Orang bekeluarga ni susah juga nak di ajak ke sana ke mari.
Sudahnya, hanya aku, IH dan BW.
Bertiga pun baik juga.
Keinginan nak ke Tenggol memuncak bilamana aku rasa aku perlukan rehat ! Aku mahu berenang bersama ikan ikan. Menari nari dalam laut itu melihat mereka menari sama. Mereka kacak dan lawa. Mereka bewarna warni. Mereka ikan ikan yang aku dambakan. Sudah lama tak pegi snorkelling, jadi ketagihan.
Aku suruh IH riki martin. Dia jalankan tugas dia dengan baik.
"Jadi tak?"
Aku ingat dia tanya aku.
"Confirm. 2 minggu lagi kita pegi"
Senang dengan GBS ni. Tak banyak hal. Jadi aku dah perutukkan masa yang terbaik. Aku dah book semua orang dan aku dah atur jadual aku.
Jadi IH dah book. Bayaran dah buat. Untuk 3 Hari 2 Malam. Termasuk penginapan, makan dan bot serta 2 kali snorkelling trip. RM375 setiap seorang.
OK lah. Plus kami tak reti nak jangka apa apa sebab rata rata tak ramai yang pernah ke sana.
Hari yang di janjikan, aku pulak sibuk dengan kerja kerja di site. BW dah awal awal lagi kemas beg dia. IH pulak masih ada trip dengan company, jadi dia balik Jumaat tu dan malam tu dah bersiap sedia nak bertolak ke Dungun.
Malam mereka menanti. Dan aku masih di site menjalankan tugas tugas hakiki.
Macamana ni? Takkan aku nak biarkan mereka mengelupur di site ni buat kerja dan aku pose pose bagitau.
"Aku nak blah. Aku nak pegi pulau berehat rehat. Kau orang buat kerja baik baik !"
No !
Aku masih ada rasa kasih mengasihani. Aku kesian setiap seorang daripada mereka. Jadi sudahnya lewat jam 1 pagi aku dapat idea.
"Aku kena blah beb. Kena balik Italy. Atuk gua tenat"
Dah benda alah tu datang secara sepontan. Dan sepontan dengan itu aku dapat pelepasan. Aku boleh je nak blah, tapi aku tak sedap hari. Mungkin dengan cara menipu begitu buat aku rasa sedikit tenang.
Ya. Atuk aku memang sentiasa sakit. Dah tua. Aku memang nak ke Italy. So apa bezanya? Cuma kali ni, aku tak akan jenguk ahli keluarga, tapi aku akan jenguk, ikan ikan di lautan !
Malam tu aku balik untuk bersiap. Sempat capai apa yang patut, BW dan IH tiba rumah aku. Mereka juga rengsa. Takut tunggu aku balik nanti mereka tertidur sampai pagi.
Bot menunggu kami jam 9.30 pagi ! Kami kena berada di sana. Jam di kotaraya waktu itu sudah menunjukkan pukul 2 pagi !
Masih ada masa. Kena cepat cepat bertolak !
IH dan BW dah rengsa. Kesian mereka. Aku pun bersalah. Takkan sebab aku, mereka tak dapat pergi? Duit pun semua dah bayar.
Jadi pukul 2 pagi, kami mula bertolak.
IH drive. Aku dah suruh dia tidur cukup cukup. BW pun sama. Tugas dia penting, kena jadi co pilot. Dia perlu selalu berjaga untuk menemani IH ! Aku pulak pose pose di belakang. Aku mengantuk dan sangat letih.
Mata rasa gagal nak di buka. Tubuh sangat penat. Otak sangat letih.
Aku berharap pada mereka berdua saja. Bawa aku ke Dungun. Celik celik mata, aku mahu tiba di Dungun !
Aku cuba tidur gagal !
Perut lapar.
Sudahnya kami berhenti di Mc D Gombak. Beli makanan dan lepak tepi tembok dan makan !
Sewel. Perjalanan tak jauh mana dah pose pose gembira dan suka ria makan tepi jalan sambil berborak riang.
Sebab lama tak berjumpa.
"Eh. Kita ni jauh lagi nak berjalan. Jom borak dalam kereta !"
Baru lah masing masing terhegeh hegeh masuk.
Aku sambung pose pose di belakang ! Inzal juga sebab aku sorang sorang. Aku boleh tidur secara akrobatik tanpa batasan !
Di depan, BW dan IH berborak borak. Sesekali aku dengar mereka berborak. Kejap pasal itu, kejap pasal ini. Kejap mengumpat aku. Dia ingat aku tidur agaknya !
Hello ! Kalau bunyi guruh tak berdentum dalam kereta tu. Selagi dengkur aku tak lagi kuat pada petir !
Maksudnya aku belum tidur.
So jangan sesiapa berani mengumpat aku.
Mati lah. Aku harap terjaga lama. Kejap kejap aku membuta terus. Tersedar beberapa kali, aku minta IH berhenti untuk kencing.
Pundi kencing pulak tak terdidik !
Sekali IH berhenti dekat Temerloh.
Aku kencing. Tapi IH dah ting tong ! Sudahnya kereta tersadai di R&R dan kami semua tidur.
Ah. Macam ni sampai bila nak sampai Dungun?
Tapi aku sendiri pun tak boleh nak bukak mata. Tak dapat membantu mereka.
Sudahnya tiga tiga koma !
Sedar sedar, kereta dah bergerak. IH memandu lagi. Aku tak tau apa berlaku. Aku cuba tidur, tak berapa lena tapi tetap hanyut. Sekali sekala aku dengar suara mereka berbual bual.
Pastu aku lelap.
Sedar lagi, senyap !
Kereta tersadai lagi dan mereka semua tidur !
Aku pun dah tak tau kat mana. Aku keluar kencing dan hisap rokok. Biarkan saja mereka tidur. Sampai jam berapa aku tak tau, lepas tu aku dengar enginer menderu dan kereta bergerak semula.
IH berhenti solat subuh. Masa tu dah pagi. Kami berkira kira, masih sempat lagi sampai Dungun.
Menjelang pagi, masing masing dah bangkit. Aku dah rasa segar sikit tubuh. Perjalanan pagi di teruskan, kali ni, kami terus membelah jalan jalan kampung dan akhirnya tepat jam 9 pagi, kami tiba di Kuala Dungun !
Terus ke jetty Rajawali.
Ingat macam dah kena tinggal. Park kereta. Kena bayaran RM5 satu hari. Pastu pergi tanya orang bot, dia kata masih ada 4 orang belum tiba. Kami pose pose dulu.
Masing masing kelaparan !
"Aku kena beli rokok nih !"
"Kat mana?"
"Ntah"
Aku cari cari, tiada kedai di situ. Silap aku tak beli kat Petronas masa BW berhenti kencing. Dah aku di serang rasa bersalah. Kalau beli rokok kat Pulau, sah sah mahal. Tu pun kalau ada. Kalau tak de?
"Kau jimat cermat lah"
Pesan IH.
"Gila. Mana cukup"
Aku berkira kira. Nampak satu awek naik moto.
"Kak. Kat mana nak beli rokok?"
"Luor nu ada"
"Jalan kaki sampai tak?"
"Sapa. Tapi jauh gok"
Garu garu tetek. Cari akal !
"Akak bawak saya boleh?"
"Hmm ambik la muto ni"
"Boleh?"
"Boleh"
Argh. Terima kasih Tuhan ! Ada perempuan bermotosikal yang baik hati.
Dia turun. Aku terus panjat moto dia. Dah lama aku tak bawak moto. Siap pakai helmet lagi ni.
"Jangan lupa carik makanan. Lapar"
Pesan BW.
Dalam otak aku satu je. Aku kena merempit sekarang.
Vroom !!!!!!!!!!!!
Mereka melambai lambaikan tangan dan aku hilang dari pandangan.
Di luar simpang aku kejakunan. Nak tuju mana ni? Perlu ke aku cross jambatan ni dan cari di belah Kuala Dungun? Macam jauh pulak. Tapi kakak tu kata ada kat luar simpang. Jadi aku jalan ke depan. Yes !
Nampak pakcik jual rokok.
"Dunhil ada Pok?"
"Ada. Wape nok?"
"Bui 3 kotok"
"Woh. Parok teh"
"Nok gi pula"
"Oooo"
Dia bagi aku tiga kotak Dunhill 20. Aku hulurkan note RM50. Aku tanya pakcik tu kat mana ada jual makanan. Pakcik tu kata.
"Depang nu sikek. Kat sipang !"
Good !
Aku pakai helmat. Bonceng lagi moto kakak tu. Eh. Kakak ke adik? Hahaha suka suka aku je !
Sampai kedai makan.
"Mende ada kak?"
"Nasik minyok. Mee ada, Nasik Lemok pung ada"
Aku congak congak !
Yes. Aku beli 2 bungkus nasik minyak. 2 nasik lemak. 2 mee goreng. Siap ada ayam goreng semuanya ! Harganya. RM17.
Aku hulurkan note RM10 2 keping. Kakak tu sibuk nak cari duit balance. Sibuk anak dia menangis lagi sebab makan sambal pedas pastu sapu sapu hidung dia. Hidung dia merah dan dia kerengsaan.
"Tak pe lah kak"
"Eh. Duit lebih ni"
"Tak pe lah"
Aku cepat cepat berjalan ke motosikal.
"Eh budok nih !"
Eh akak ni. Nak bagi duit lebih pun tak nak ke? Tapi dia panggil aku budak ! So aku feeling feeling muda. Helmet ada visor masih boleh menutup noda dan cela di wajah !
Aku kembali ke arah BW dan IH. Bot masih menanti yang tak kunjung tiba lagi.
Kami masih ada masa. Duduk bawah pokok, belasah makan nasik minyak. Sebungkus Nasik Lemak aku bagi kat adik motosikal tu. Dia diam je. May be dia lapar. Tak pe lah.
Kami pun lapar. Jadi kami belasah makan. Kenyang ! Inzal juga. Sebelum bot dan bersedia nak bergerak. Kami cepat dan tangas. Beg semua dah di masukkan ke perut speed bot bersaiz sederhana itu.
Masa tu kami pasti.
Tenggol ! Kau akan kami jejaki sebentar lagi !
Perjalanan dari Jetty Rajawali, Kuala Dungun ke Pulau Tenggol memakan masa selama 45 minit.
Cuaca agak mendung. Dari darat lagi, tiada sebarang pulau kelihatan. Besar mana pulau Tenggol ni pun aku tak tahu.
Perjalanan agak sempurna. Ombak tak kuat sangat. Ada lebih kurang 12 orang sama sama dalam perut bot. Masing masing nak ke sana.
Aku, BW dan IH?
Sambung lena.
Ngantuk gila. Especially IH. Kesian dia.
"Tu dia"
Tiba tiba dari jauh kelihatan. Berbalam balam pulau Tenggol memanggil kami datang !
bersambung...
No comments:
Post a Comment