Sambung..............
Seterusnya gambar gambar aku nak share waktu aku pegi Lake Cruise.
Kan aku cakap, pakej aku tu dapat sekali dengan bird watching. Tapi masak la kena bangun pepagi. Aku dah borak dengan orang kat hotel tu, dia kata pagi dia orang akan pick up bawak pegi kat satu tempat untuk tengok beburung.
Mostly burung kenyalang kan.
Tapi tengok keadaan jugak. Tak tentu pun ada burung.
So? Kau orang ingat aku ni rajin?
Plus aku tengok macam banyak je burung burung tu berterbangan dekat area chalet aku tu, so tak payah nak pegi menengok lagi.
Mereka terbang riang tanpa pedoman.
So ada baiknya aku gunakan waktu pagi tu untuk aktiviti lain.
Tengok ikan?
Ikan ikan tu tak de la menarik mana. Dia berenang riang di kawasan kolam dekat dengan lobby hotel.
Apa yang menarik yang kami mahu lakukan adalah Lake Cruise !
Dia ada banyak pakej benarnya. Ada Lake Adventure, Lake Cruise dan lain lain lagi. Memang kami nak ambik Lake Adventure tu tapi penuh, so tak boleh nak muat lagi dah especially abang yang berbadan gagah dan gajah ini.
Jadi kami settle down dengan Lake Crusie.
Bezanya?
Lake Adventure tu dia merayau di tasik dan juga pegi ke Air Terjun Lasir. Which is jauh sikit la dari kawasan Pengkalan Gawi tu. Ambik masa sekitar 4-6 jam.
Tapi sebab penuh, kami ambik je Lake Crusie.
Dia tak pegi Air Terjun Lasir, tapi pergi ke Air Terjun Saok. Kira dekat sikit lah. Dan perjalanannya sekitar 2-4 jam sahaja.
Oh ya. Air terjun Lasir tu amat popular sebab menjadi lokasi untuk beberapa filem termasuk Merong Mahawangsa. Puteri Gunung Ledang dan juga Puaka Nyang Rapik.
Ni pun brader tu yang cerita.
Tapi dia cakap baru baru ni ada shooting filem Bollywood di sana. Memang lawa la kot kawasan tu, tapi memang tak de rezeki kami agaknya.
Tak mengapa lah.
Selepas bersiap siap dari lobby kami di bawa ke jetty.
Jetty ni kira milik resort lah. Tempat di mana pusat sukan air di lakukan. Kami nak berkenu tapi dia kata kenu kena awal pagi. Petang petang sangat pun tak boleh. Ingat boleh la tengok sunset dari atas kenu. Mesti menarik kan?
Juga tiada rezeki kami.
Dari jetty tu, orang dah menunggu untuk sama sama pegi Lake Cruise ni.
Seawal waktu bot mula bergerak, kami berlayar di sekitar kawasan resort dulu. Kalau dari atas chalet kami boleh nampak tasik, kali ni pemandangannya kami dari arah tasik dan melihat susunan chalet ala Kampung Melayu di pinggir bukit di pinggir tasik.
Suasana aman damai.
Menarik juga.
Seterusnya bot membawa kami terus menuju ke Pulau di mana rempah ratus di tanam.
Saksikan keindahan alam sepanjang perjalanan.
Dan akhirnya selepas lebih setengah jam kami di buai oleh ketenangan tasik itu, kami sampai di sebuah pulau yang menjadi tempat di mana, rempah ratus di tanam. Namanya Taman Herba.
Memang ianya di jadikan salah satu tempat untuk di lawati sewaktu di Tasik Kenyir ini.
Di sini memang banyak la pokok pokok herba di tanam.
Ada juga bangsal kemudahan untuk pelancong di mana ada orang rebus air Tongkat Ali.
Aku cuba la minum. Pahit teramat. Rasa nak berguling guling kejap. Tak sanggup rasanya nak abiskan walaupun secawan kecik ni. Rasa pahit, kelat. payau dan macam macam.
Tapi kalau tak mencuba mana nak tahu kan?
So cubaan adalah tak berapa best pun. Sekadar merasakan saja.
Di sekitar Taman Herba ni memang banyak la pokok pokok di tanam. Waktu kami sampai tu pun ada kumpulan pelajar pelajar Perhutanan sedang membuat kajian. So kita orang macam menyebuk nyebuk sama mereka.
Kami habiskan masa lebih kurang setengah jam di situ sebelum bot kami mula bergerak semula meninggalkan pulau tersebut.
Ada satu kisah waktu kami di Taman Herba tu.
Aku ni biasalah, dok pulun ambik gambar. Tengah dok ambik ambik ni, aku perasan ada sorang pakcik ni dok ikut je aku mana aku pegi. Pastu dia tengok tengok pandang aku atas bawah.
Rengsa aku jadinya.
Last sekali aku berhenti dan aku tengok dia.
Motip la pandang aku macam nak makan.
"Sorry. Actually I want to see, what camera you are using. I wanted to buy DSLR for myself, but I dont know which one to buy"
Wah.. Cakap la terus terang.
Ini kan ikut aku macam aku ni pesalah je.
So abang pun bukak kelas mari memilih kamera terbaik di situ. Pakcik tu dah tua pun. Tapi may be dia minta jugak kot, so aku pun dok la borak borak dengan dia sekejap. Dia dengan bini dia, cas cas Nenek tua jugak berbangsa Cina.
Borak dengan dia sekejap then baru kami bergerak bila abang bot tu dah panggil untuk bergerak.
Kemudian bot bergerak lagi.
Kali ni kami sampai ke Pulau yang lain pulak. Besar pulau tu, memula aku ingat tu adalah tanah besar. Tapi rupanya ia adalah pulau terbesar di Tasik Kenyir ini.
Di sini la terdapatnya Air Terjun Saok.
Meh kita melawat meh.
Walaupun mungkin Air Terjun Saok ni tidak sehebat Air Terjun Lasir, tapi kawasan ni kira best jugak la. Yang penting tak ramai sangat orang.
Tapi masalahnya satu je.
Nak sampai ke air tejun ni, kena daki anak tangga.
Ayo. Semput abang ni, macam nak tercabut urat perut. Letih siot. Anak tangga tu mencanak canak. Mahu tiga empat kali berhenti ambik nafas.
Tapi bila sampai kat air terjun ni, wah rasa segar pulak. Best.
Kami lepak lepak kat situ. Hajat nak mandi manda tapi fikir balik, malas lah. Tak bawak kelengkapan pakaian jadi kami duduk je menjamu mata dan bermain main dengan air.
Tenang. Cuma ada bunyi deruan air yang mengalir deras dari puncak bukit tu je.
Dan kami di situ hampir sejam jugak lah. Lepas tu brader bot tu panggil dan kami bersedia untuk pulang.
Tapi untuk pulang ke resort semula tu, perjalanan menempuh Tasik Kenyir yang kehijauan itu memang la mengasyikkan. Air tasik sangat sangat tenang sampai nampak bayang terpantul di permukaan.
Memang mendamaikan.
Masing masing atas bot tu duduk je la feeling feeling sambil menikmati angin segar memupuk ke muka dengan gemalainya.
Hahahhaa.
Nah. Layan ni hah.
Tenang kan?
Ya. Lepas abis feeling feeling tu kami sampai semula ke jetty resort.
Di sana buggy ambik kami dan hantar ke chalet semula tapi kami minta dia hantar ke parking kereta. Kami keluar dengan kereta ke Pengkalan Gawi. Di sana kami makan tengahari. Ada beberapa warung di sana. Tapi FM memang tak de.
Abang sedikit kecewa dan hampa.
Balik ke chalet lepas tu kami lepak. Ketiduran. Ingat nak bangun berkayak, tapi hari dah hampir petang.
So apa lagi? Kami pun cari port untuk menunggu detik dan waktu siang bertukar malam.
Kami memburu senja.
Senja Nan Merah...
bersambung.................
No comments:
Post a Comment