Pages

Saturday, October 29, 2011

Explorasi Kenyir - 4 - Sunrise

Hah !

Sambung lagi. Bila nak abis ni? Hiks. Biasalah, aku ni kan penulis yang malas. Aku tulis bila ada mood je. Pastu sikit sikit tulis. Tak pe la lama lama abis la kan?

Anyway, hari ni aku nak sambung trip Kenyir tu dengan tajuk besar, Sunrise.

Sunrise tu tau apa? Matahari terbit la...

Anyway, kalau aku gi travel tempat tempat relax macam ni, antara waktu yang aku tunggu adalah sunset mahupun sunrise.

Sebab apa tau? Sebab masa ni biasanya cantik dan best nak ambik gambar. Cuaca pun tak berapa panas. Just duduk dan tengok langit sambil shoot apa yang menarik.

Lagipun aku suka ambik gambar sunrise ni sebab matahari dan awan ni biasanya hari hari tak sama. Dia akan muncul dan mencorak warna langit dalam lakaran yang berbeza dan menarik. Dan memang menarik lah.

So masa di Kenyir hari ke dua tu aku dah tak sabar sabar nak bangun pagi nak tengok sunrise. Masa tu memang tak sure kat belah mana matahari jatuh dan matahari naik. 

Tapi pagi tu tak de la aku bangun awal sangat. 

Bukak balkoni nampak macam ni.


Argh !

Aku dah missed beberapa minit dah ni untuk melihat matahari naik. Tak pe. Dan matahari naik tu belah ke kiri sikit dari chalet aku. Maka nya aku kenal keluar.

Waktu ni kiranya dalam pukul 6 lebih lah.

Tengok OR masih tidur. Aku nak kejut dia ajak dia teman aku tak sampai hati. Tak pe lah. Berbekalkan kamera dan masih berboxer aku keluar dari bilik dan mula mengorak langkah selepas basuh muka dan sebagainya.

Aku nak pegi cari port nak ambik gambar sunrise.

So beberbekal kan rokok, kamera dan air, aku keluar bilik dan melangkah.

Suasana masih gelap. Bulan pun masih kelihatan lagi. 

Seram sejuk jugak. Dua tiga kali aku terkejut sebab kawasan hutan kan, so ada la monyet ke  burung ke selalu sergah aku, tetiba je bunyi dia orang kata atas pokok tu buat aku macam nak berterabur lari.

Tapi tak pe. Kena berani kan diri. Tak de kelihatan orang pun lagi, tapi aku yakin aku selamat.


Sepanjang jalan nak menuju ke jetty tu aku nampak chalet chalet lain masih lagi gelap. Ada la dua tiga yang menyala lampunya. Tapi tak de pulak nampak orang berkeliaran.

Aku sorang je kah yang dah bangun?

Tak pe. Ku gagahkan jua langkah kaki ikut sign menuju ke jetty. 

Slow slow.


Dan akhirnya sampai ke jetty jugak.

Ni pandangan pertama. Cepat cepat aku terus snappy. 

Duduk kat tepi tebing tu dan mengambik gambar apa yang patut.

Saksikan la suasana nyaman pagi di Tasik Kenyir itu.








Agak tak puas berada di situ sebab di lindungi dengan pulau kecik tu so aku menapak lagi mencari port lain.

Kali ni port dekat dengan Presidential Suite kat Kenyir tu. Dalam banyak banyak chalet tu, ada lah satu suite yang di panggil Presedential Suite.

Letak dia memang jauh sikit ke tepi tasik. Bilik dia lebih besar dan permandangan dia haruslah lebih lawa.

Berjalan ke sana, berhati hati gak la aku ni sebab takut ada orang kat sana nanti dia ingat aku nak menceroboh pulak. Tapi rasanya tak de orang stay kat situ, so aku ambik port dan ambik gambar lagi.





See?

Matahari pagi tu dah tak di lindungi oleh pulau kecik tu. So aku boleh nampak jelas matahari naik pagi tu.

Masa hari ke dua, aku ajak OR. Sebab dia bising jugak hari pertama tu aku tak ajak dia. Sedar sedar aku tunjuk gambar je pagi tu. 

Jadi hari ke dua bangkit aku kejut dia dan kami keluar sekali lagi pegi dekat port area Presidential Suite dan ambik gambar lagi.

Hari kedua tu kami agak lewat sikit bangun kot. Matahari dah agak meninggi.

Tapi suasana tetap lawa.





Dan begitu la kami menghabiskan masa untuk melihat sunrise di Kenyir dan menikmati keindahan alam yang cantik dan menawan ini.

Kepuasan jelas terpancar, at least kami sempat jugak snappy keindahan pagi di Kenyir dengan jayanya.

Enjoice !





bersambung..............

No comments:

Post a Comment