Trivia 1.
Dan orang sebelah aku kiri dan kanan pun menguap sama.
Dan orang beraya tak putus putus. Kami tak de masa nak posing.
Malam raya hari tu aku makan pil selsema sebab aku dah rasa selsema !
Pastu aku ting tong. Bangun pagi siap siap nak gi semayang raya aku dalam keadaan separa sedar. Lepas solat dan masa khutbah aku rasa aku menguap macam naga.
Dan orang sebelah aku kiri dan kanan pun menguap sama.
Apa kah???
Trivia 2.
Dek kerana mengantuk mata, balik rumah lepas solat tu, selepas sesi bersalam salaman, aku terus tido.
Aku tidur dengan baju Melayu tu dari pukul 10 pagi sampai 6 petang. Pastu bangun makan jap then tidur balik dari pukul 9 malam sampai 6 pagi esoknya.
See? Best tak hari raya aku?
Tiduran dalam sepi.
Trivia 3.
Dah lah masa pagi raya tak sempat bergambar. Belum sempat apa apa, kamera pun tak pasang lagi, orang dah datang beraya.
Dan orang beraya tak putus putus. Kami tak de masa nak posing.
* nanges baling tripod tepi dinding.
So tahun ni gambar raya keluarga adalah tiada !
Trivia 4.
Sepanjang hari aku membuta ria tu, beberapa kali kakak aku kejut. Ada orang datang beraya. Aku keluar bilik dengan keadaan toya, bersalaman dan cakap sepatah dua, pastu bagi angpaw raya, pastu aku sambung tidur dengan inzal tanpa mempedulikan apa apa.
Ting tong gila.
Trivia 5.
Masa aku bangun kol 6 petang tu, aku gi dapur, Makcik Mona kat dapur. Aku tanya dia.
"Mak ! Apa yang telah berlaku kepada dunia sekarang ni?"
Makcik Mona adalah koma sekejap.
"Pegi basuh muka nuh !"
Makcik Mona tetiba datang amok. Anak dia adalah sewel dan mengarut di hari raya !
Pedulik............... !
Pedulik............... !
Dan terimalah koleksi gambar raya bertemakan, persiapan hari raya.
Oh. Makcik Mona marah aku, dia kata aku ambik gambar pokok Aloe Vera dia dan dengan niat aku mahu mematahkan pokok dia.
Mak aku dah tak sayang aku. Dia lebih sayangkan pokok Aloe Vera dia. Dah la dia kata aku sewel ambik gambar bawang.
"Mak memang tak tau Art !"
"Ak ! Ak ! Abis patah pokok mak jap lagi tu"
"Mak memang tak tau Art !"
"Ak ! Ak ! Abis patah pokok mak jap lagi tu"
* nanges tepi tong tahik !
buah yg berjuntai juntai tuh terung ka ????
ReplyDeletemcm mana cikdu boleh tidoooooooooo saja eh ???? x aci nih ....meg susah nk tido wooooooooooo bagi tips pleasseeeeee
makan ubat selsema la meg...motip x mau pegi ke pharmacy berdekatan..
ReplyDeleteyang terjuntai tu nama dia... petola ular atau dalam bahasa italy...
Toela Ulor