Pages

Tuesday, September 6, 2011

Selipar Cinderaya....

Masa pagi nak pegi solat Aidilfitri kat Masjid. Dah siap siap pakai baju semua ni. Then keluar rumah terfikir. Cemana aku nak gi masjid? Takkan nak pakai selipar raya?

Kalau hilang?

Errrk..


Selipar baru ni. 

So, aku check belakang kereta. Ada selipar Nike.

Ambik lah walaupun tak sedondon dengan baju.


Tup tup nak pakai, putus pulak.

Aku lupa. Aku buh dalam boot kereta hari tu sebab nak gi tampal. Tapi sampai sudah terlupa.

Abis tu cemana?

Cari cari selipar satu rumah tak de yang boleh di bawak ke masjid. Takkan aku nak sauk selipar baru baru. Yang lain lain semua orang dah pakai. Ayah aku, abang ipar aku, anak buah aku.

Sudahnya.... korek korek belakang kereta..........

Yey ! Jumpa selipar pegi semayang Jumaat.

Gembira di hati bukan kepalang.

Ambik ambik tengok...........


Motip tak serasi bersama? Motip tak Ajai dan Nurul anymore?

Dah la satu besar satu kecik. Pastu brand lain lain lak tu.

Cemana dia berada dalam kereta aku?

* nanges. 

Nak tak nak, abang redha je pegi masjid dengan selipar aneka ragam ni. Dah lambat lagi pun. Bedal je lah.

Kau orang ado?

Tapi tak kena curik okeh!

Hahaha. Ntah ntah orang pandang pun tidak. Kena keji lagi ada.

2 comments:

  1. apa yang penting niatttttttttt :)..... patut cikdu pakai selipar lawa.....dah nama raya kan....hiks :):)

    ReplyDelete
  2. mana buleh meg.

    kalau ilang?? abg nanges depan masjid panas kaki

    ReplyDelete