Pages

Thursday, July 21, 2011

Sabah Bah Bahagian 3

Hari last di Kota Kinabalu kami bangkit lewat.

Ya lah. Syok tidur di hotel 5 bintang sampai tak nak bangun bangun. Tilam dia inzal okeh. 

Rancangan kami konon nak bangun awal sebab  nak  ke Pasar Gaya. Tapi tu lah, pukul 9 lebih baru bangun, nak berGaya cemana. Gaya atas katil je lah.

Bangkit bangkit dan terus bersiap. Hari ni kami ada lawatan penting. Island Hopping !

Dan nasib baik jugak, sebab flight aku malam, so kami negotiate dengan Shangrila aku dapat check out jam 6 petang without extra cost. Bagus kan? Jadi kami tak payah check out dulu. Plus dari Shangrila tu ke airport dekat je. Malas nak angkut barang barang nak pegi island hopping ni.

Dari Tanjung Aru kami terus ke jetty untuk naik boat.

Jesselton Point.



Sampai sampai kami terus beli tiket.

Dalam tu ada kaunter beli tiket dan memang banyak la perkhidmatan bot ni, boleh pilih je mana yang kita suka. Harga bot pula berbeza mengikut jumlah pulau yang kita nak pegi. Semua sekali ada 5 buah pulau. Pulau Sapi, Pulau Manukan. Pulau Mamutik. Pulau Gaya dan Pulau Sulug. Kalau tak silap aku lah. 

Tapi Pulau Gaya dengan Pulau Sulug tu memang tak ada apa apa lah. Cuma ada toilet je. Pulau Gaya tu ada lah tempat tinggal rumah rumah atas air tu. Tapi kalau nak snorkelling etc, 3 pulau yang lain tu memang terkenal.

Maka kami ambik 3 pulau dengan harga RM 31 seorang. Kalau ambik 1 pulau dalam RM18 harga dia. 

So sila lah buat pilihan yang bijak.

Pastu bagitau dia pukul berapa nak balik so dia orang akan buang kita di satu pulau dan ada hour hour yang dia orang datang pick up sebelum hantar kita ke jetty semula.

Sila advise jugak pukul berapa kita nak balik. Macam aku hari tu, kami bergerak pukul 10  lebih dan plan nak balik pukul 2 petang.  

Nak menunggu bot bergerak ni satu hal jugak. Sebab dia tunggu penuh baru dia jalan. Sempat la kami melantak dulu isi perut kat tempat tu. Pagi tadi tak sempat nak breakfast kat hotel sebab kejar masa. Takut terlewat tak sempat nak pegi pulau pulau ni.



Perjalanan dengan bot meninggalkan Jesselton Point tu memakan masa lebih kurang 15 minit je ke pulau. Destinasi pulau tu akan berbeza mengikut mana orang nak pegi lah. Macam kami hari tu, dia hantar ke Pulau Sapi dulu.

Kami ikut je.

Masa naik bot memang syok jugak sebab nampak pemandangan seluruh Kota Kinabalu dari pandangan laut. 

Perjalanan bot menuju ke pulau tu memang mengasyikkan lebih lebih lagi bila bot bergerak sampai ke Pulau Sapi dan kami nampak pemandangan indah sebegini.




Mendamai kan !

Oh ya. Masa beli tiket kat jetty tu kita kena bayar tax jugak. Lupa dah tax apa tapi tak mahal la. Dalam RM 6 setiap seorang. Dan bila dah sampai ke jetty pulau ni, kena bayar lagi tax untuk Taman Negara ni. Harga dia RM 3.

Peringatan !!

Setiap pulau yang kita lawati, dia akan charge RM 3. Tapi kalau kita dah pegi satu pulau, dah bayar, simpan resit tu nanti pegi pulau lain tak perlu bayar dah. Tapi kami ni tak tau. Setiap pulau kami berenti kami bayar ! Orang kaunter tu pun tak cakap apa apa as macam kami datang dari KK terus ke satu pulau tu je. Bila dah last pulau baru la orang kaunter tu cakap. Tunjuk je resit yang kita dah bayar then dia akan chop.

Semudah tu je lah.

Sampai kat Pulau Sapi, kami berjalan jalan. Ada agak ramai orang di sana. Masing masing sibuk snorkel lah, picnic la. Pulau tu kecik je lah dan orang agak ramai.

Kami menyusuri pantainya dan berjalan jalan. Pantai dia kecik je lah, 10 minit je dah abis berjalan. Cuma syok tengok orang mandi manda je lah.




Memang ramai orang kat situ. Macam macam gaya. Macam macam ragam.

Aku pulak memang tak de plan nak mandi manda ni. Tak syok nak snorkelling. Dia kalau snorkelling dengan bebudak GBS je best sebab buleh gelak gelak dalam air.

Kalau macam ni, tengok orang je lah.

Ada kedai dan facilities lain la kat area pulau Sapi tu. Tapi orang ramai sangat nak bergerak pun susah.

Ada pulak tu banyak biawak. Tapi dia ada kawasan dia lah yang dah di pagar. Ngeri pulak aku tengok.




Kami ambik port tepi jauh dari orang ramai.

Area tak ramai orang sangat lah. Duduk kat situ. Aku belikan air dan kami minum.  

Aku pun bangun je lah. Aku tau dia mungkin nak bersendiri. Lagipun setakat duduk dengan dia dan masing masing dia membatu macam ni, tak syok jugak. Aku bangkit dan menyusuri pulau belah belakang kat kawasan hutan hutan sikit. Ada trekking boleh keliling pulau. Memula aku rasa macam nak trekking la keliling tu tapi fikir fikir, seram pulak especially bila ingat biawak biawak besar macam tadik tu.

Buatnya aku kena kejar, how??

Tak berani.










Sejam lebih jugak kami habiskan masa di Pulau Sapi tu sementara menunggu bot datang ambik kami. Dah janji dalam pukul 1 jugak dia orang akan sampai. 

So agak boring sebab lama menunggu. Duduk je la tengok orang. Macam macam orang. Macam macam ragam.






Dari Pulau Sapi kami bergerak menuju ke Pulau Mamutik.

Pulau Mamutik ni kiranya paling kecil di antara 3 pulau pulau ni. Letaknya tak jauh antara satu sama lain. Tapi Pulau Mamutik dengan Manukan adalah sangat berdekatan, jadi kami ke Mamutik dulu lah.

Kami spend tak sampai sejam pun kat sini sebab tak de apa pun. Pantai dia lagi kecik pada Pulau Sapi. Orang pun tak seramai di Pulau Sapi.

Just lepak lepak jalan jalan ambik gambar je.

Dan ni la pemandangan yang kami lihat di Pulau Mamutik ini.






Dan akhir sekali lepas tu kami ke Pulau Manukan.

Pulau Manukan ni besar skit lah dan paling develop di antara ke tiga tiga pulau ni. Di sini ada juga penginapan tak macam pulau pulau lain yang hanya jadi port untuk snorkelling je.

Perjalanan dari Pulau Mamutik ke Manukan pun tak lama.

Kami tak de banyak masa sebab dah janji nak balik ke KK jam 2 petang. Tapi sebab dah agak lewat bergerak dari pulau ke pulau maka kami pun agak lewat dan call orang di jetty suruh dia ambik kami jam 3 petang je.

Tak de masalah tu.

Dan ini pulau gambaran di Pulau Manukan.







Penat satu hari jugak kami di pulau pulau ni maka lepas tu kami pulang semula ke KK.

Perut lapar !

Maka dari situ kami bergerak dan pegi makan kat Kampung Beringgis. Jauh jugak tu tapi ke belah area airport sana. Dekat dekat dengan Papar ke apa kalau tak silap aku.

Di sana kami melantak dan makan lagi.





Kami order macam biasalah. Ada ketam tapi kali ni order soft crab dengan Udang goreng butter.  

Tapi sedap memang sedap. Dan harga agak berpatutan. Cuma kat sini mahal sikit pada kedai semalam. Adalah dalam RM 64 rasanya.

Makan sampai kenyang lagi sebelum kami decide nak balik ke hotel untuk packing. Hari pun dah petang, aku nak kena ke airport nanti nak balik KL.

Sampai kat hotel sempat lagi jalan jalan menengok matahari terbenam buat kali terakhir sebelum aku pulang.







Habis perjalanan aku di Kota Kinabalu.

Lepas tu kami bergerak terus ke airport.

Masuk boarding then selesai semua urusan aku menunggu pesawat untuk berlepas.

Selamat tinggal Kota Kinabalu.


TAMAT

2 comments:

  1. macam2 guper dan ghayanya gambonyerrr:)...

    cikdu, try pergi ke Mabul...ambik flight ke tawau...org kata pulau snaa lg menarik.......esp bohey dulang....

    patut meg rose 2 kali dah sampai...tp dua-dua kali x dpt pergihuhuh

    ReplyDelete
  2. insya allah meg

    memang ada dlm perancangan .. tunggu masa je lah

    ReplyDelete