Pages

Saturday, July 23, 2011

............... dan Masih Bergetah

Ola !

Aku officially bertambah umur setahun.

* guling guling atas lantai.

Well.. Masih 20 lebih. Muda lagi kan? Tapi tu belum campur dengan waktu tidur semua ! Campur waktu tidur terus jadi 3 series.

* nanges dan tua.

Tapi aku tak rasa aku tua mana. At least jiwa aku masih muda. 

Apa yang penting aku happy.

Dan aku rasa sangat happy dengan apa semua yang aku dah kecapi selama hidup 34 tahun ni.

Nak kata benda yang aku sesalkan dalam hidup, aku rasa tak ada. Aku redha je terima apa yang Tuhan bagi. Nak kata aku kecewa dengan perjalanan hidup aku pun, aku rasa sedikit pun tidak. Memang ada perkara perkara yang pernah berlaku dalam hidup yang lepas buat aku jadi tak tentu arah. Tapi tu semua pengajaran. Sedikit sebanyak aku belajar jadi orang yang lebih baik dari hari ke hari.

Sekurang kurangnya aku berjaya membahagiakan diri sendiri dan orang orang di sekeliling aku seadanya.

Memang tak nafikan, aku jauh ketinggalan kalau nak di bandingkan dengan lelaki lain yang dah pun beranak pinak. Tapi bagi aku semua tu tak penting. Tu bukan la tujuan aku pun, apa apa yang berlaku dalam hidup ni aku terima dan redha seadanya. Aku single ke, aku kahwin ke, aku bujang ke, atau bercouple, ada anak ke, atau belum di kurniakan anak, atau ada anak tapi macam tak de anak, semua semua tu cuma lah fasa dalam kehidupan dan apa apa pun dan bagaimana pun aku saat ni, yang penting aku bahagia dan gembira.

Dan aku bersyukur pada Tuhan dalam usia aku saat ni, aku kecapi almost apa yang aku mahu dan impikan.

Kesihatan.

Aku rasa alhamdulillah. So far aku masih sihat. Tak tahu la kot ada apa apa yang berlaku yang aku tak tahu. Tapi aku masih berupaya untuk terus hidup tanpa perlu menyusahkan orang lain dan aku harap aku terus di kurniakan kesihatan yang baik untuk hari hari mendatang.

Memang ada jugak la merisaukan seperti pertambahan berat badan yang macam gajah tebu ni tapi tu semua tak buat aku risau mana. Nanti aku pegi lah sedut lemak kat mana mana.

Dan alhamdulillah, aku jarang sekali kena penyakit penyakit yang buat aku terdampar lesu tak bermaya. Setakat demam batuk tu biasalah. Dah nama pun perokok tegar.

Aku bersyukur. Bersyukur sangat sangat. Dan harap harap Tuhan kekalkan apa yang aku ada ini supaya aku boleh terus hidup dan merasai kenikmatan ini.

Eh tapi aku ada lah sakit sakit belakang. May be salah tidur kot. Dan sakit sakit seperti perut selalu memulas lah, penghadaman kurang baik. Tu semua aku rasa angin lah jugak. Tak pe. Aku menyimpan azam ni nanti, nak bersukan ke apa ker supaya tampak lebih sihat dan kacak daripada biasa.

Tapi tu lah. Tak tahu bila.

Hiks.

Pekerjaan.

Dari segi pekerjaan. Alhamdulillah. Walaupun sekarang bukan lah 100 peratus aku happy tapi aku bersyukur. Janji cukup makan pakai. Alhamdulillah. Memang tak di nafikan rezeki aku tetap ada dan mencurah curah. Tuhan bagi aku rezeki secukupnya untuk aku, dan orang orang di sekeliling aku. At least aku boleh buat banyak benda yang aku nak buat dengan rezeki Tuhan dan aku dapat bantu orang lain seadanya yang aku mampu.

Cukup cukup bersyukur.

Kehidupan.

Well. Aku tak rasa hidup aku sunyi atau membosankan. Tidak !

Alhamdulillah. Aku ada OR dan anak anak. Aku ada kawan kawan yang aku perlukan time aku memerlukan. Aku ada skandal skandal yang boleh menghiburkan time aku dambakan. Ops. Aku ada semuanya time aku mahu. Cuma aku je yang suka memilih untuk bersendiri bila bila aku rasa aku lebih gemar bersendiri dan mereka mereka semua ni memahami aku seadanya.

Dan itu lah yang aku mahukan pun.

Tapi aku tau, masa orang lain tak akan selamanya untuk aku. Manusia ni datang dan pergi dalam hidup kita. Tapi aku rasa aku OK. Aku boleh terima keadaan ini seadanya. Aku yang memilih untuk semuanya jadi begini dan aku akan bertanggung jawab atas apa jua kesinambungannya nanti.

Sedikit pun aku tak rasa sunyi dan bosan dalam hidup aku sehari hari.

Aku gembira. Gembira dan bersyukur sebab ini lah yang aku mahukan dan aku dapat sesuatu yang kekal sebegini sekian lama.

At least aku malas nak sakit sakitkan kepala untuk fikirkan perihal benda lain sebab aku masih ada banyak benda untuk di fikirkan.

Tanggungjawab

Well. Kita hidup ada tanggung jawab !

Banyak OK. Tanggung jawab pada Tuhan yang selalu aku abaikan. Samaada dengan sengaja atau tidak.

Tanggung jawab untuk keluarga yang aku kena jaga sebab aku lah pembela keluarga. Pada OR yang dah terpikul di bahu dan batu jemala.

Tanggung jawab pada kawan kawan yang ada. Selagi boleh aku cuma untuk membahagiakan mereka.

Dan tanggung jawab pada masyarakat, selagi mampu aku akan berbakti dengan cara aku sendiri.

Serta tanggung jawab aku untuk diri sendiri. Memastikan diri aku sentiasa happy. Menjaga peribadi dan sebagainya.

Pendek kata, tanggung jawab tetap ada. Dan dari hari ke hari, semakin besar walaupun tak nampak di penglihatan mata kasar tapi aku tahu, sedikit sebanyak aku cuma menyumbang apa yang patut dan perlu.

Pencapaian

Kalau nak nilai pencapaian dari segi harta benda memang aku tak ada. Tapi bagi aku tu bukan pekara asasnya. Aku percaya dalam hidup ini, apa yang kita kecapi memang lah pengukur kabahagiaan dan kemampuan kita. Tapi seharusnya apa yang aku lalui hari hari selama ini, itu yang lebih buat aku rasa pencapaian aku lebih sempurna.

Aku belajar dari keadaan jatuh. Bangkit dan bangun. Aku belajar dari menjadi orang yang tak sabar, terus tabah dengan apa yang Tuhan kurnia. Aku belajar untuk redha apa yang Tuhan kurniakan dan cuba memperbaiki diri dari hari ke hari.

Itu lah pencapaian yang aku perlu fikirkan.

Yang lain lain tu, masanya akan tiba. Aku percaya. Ia akan tiba.

Apa apa pun, aku rasa aku happy dengan hidup aku. Tu paling utama. Aku tak mahu menyusahkan orang. Aku tak mahu menyakiti hati orang dan aku akan sedaya upaya membahagiakan orang lain dengan cara yang aku mampu.

Moga moga Tuhan memberkati apa yang aku ada. Moga moga Tuhan tambah apa yang sedia ada. Moga moga Tuhan kekalkan apa yang aku kecapi sekarang dan tabahkan hati aku untuk terus melayari bahtera kehidupan ni

Terima kasih Tuhan. Terima kasih semuanya.

Terima kasih atas kurniaan ini.

Meng
Masih Bergetah dan berseluar getah - sebab size tali pinggang tak muat dah.


6 comments:

  1. selamat menyambut ulangtahun kelahiran supermeng :)

    ReplyDelete
  2. cikdu.......selamat hari kelahiran.....masih bergetah gittew...may Allah bless u sokmo....

    meg confuse....berapa hb actually nih ??? hahaha rasanya dah 2 3 4 5 kali wish hahhahaa

    semga selalu tulis sokmo untuk kami...
    yadaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  3. bakpe meg tanya.. nak bagi hadiah microwave kah???

    birthday abg ni sepanjang tahun !

    * koma tepi kedai seng heng

    ReplyDelete
  4. microwave seng heng murah la........

    tahun lepas promo mase bulan pose....x sampai RM300 PUN.......elok lg sampai la ni....


    moip bg tahu cikdu???/ nanti senang OR nk guna.....jgn dia panaskan cikdu sudah hahahaha ::)

    ReplyDelete