Pages

Friday, June 17, 2011

Backpacking Surabaya Ke Jogjakarta - Episode 5


Ha.. Sambung sini.

Gigih la aku ni menaip entry tapi tak pe slow slow, sebulan lebih trip ni baru nak sambung kan?

Anyway, pagi pagi second day di Surabaya tu aku dah bersiap menapak ke Stasiun Gubeng yang terletak tak berapa jauh dari hotel penginapan aku yang tak berupa hotel tu.

Keji.

Aku tak tido malam tu. Tak boleh tidur. Berpusing pusing dengan aircond yang ala ala meniup sepi tu, dengan nyamuknya, cemana nak lena?

Sudahnya aku paksa diri aku tak tidur sebab kalau tidur aku takut terlajak. Aku kena kejar keretapi jam 7 pagi !

Lewat jam 6 aku bersiap siap mandi semua dah. Bila dah siap segala aku menapak keluar dari hotel, check out dan berjalan ke station keretapi. 

Selamat tinggal Surabaya !

Aku akan datang lagi kalau mahu ke Bromo saja. Kalau setakat nak datang saja saja ke Surabaya ni, idok ler teman. 


Suasana di Stasiun Gubeng dah penuh dengan manusia pagi tu. Memang ramai orang. Dan aku sampai pun 10 minit sebelum keretapi sampai. Dah penuh manusia manusia menunggu mahu ke Jogjakarta. 

Tak kisah lah ramai pun, janji aku dah ada tiket dan seat. Aku akan pastikan aku selamat sampai ke Jogja cukup lah. Tapi aku dah start mengantuk masa tu. Satu malam berjaga buat aku rasa resah dan gundah. Cemana ni? 

Dalam hati berdoa, cepat cepat lah keretapi sampai. Aku nak membuta !

Tak lama menunggu lepas tu keretapi pun sampai. Sebenarnya yang ramai ramai tu masuk gerabak lain, so aku naik ni gerabak eksekutif sikit, so kiranya memang ada seat lah tak perlu nak berebut. Lega rasanya walaupun gerabak aku tu belakang sekali.

Masuk masuk dalam keretapi baru rasa lega. Tak jauh bezanya macam keretapi dari Jakarta ke Bandung yang aku naik tempoh hari. 

Oh ya. Keretapi aku ni nama dia Sancaka Pagi !




Masuk masuk keretapi, dapat seat terus aku rasa weng. Ngantuk gila.

So aku tak tau pun bila keretapi tu start bergerak sebab aku dah pengsan awal awal lagi sebelum keretapi bergerak. Nasib baik tak de orang sebelah aku. So aku letak beg kamera aku kat seat sebelah aku tu.

Tapi !

Ada je yang menganggu. 

Tengah aku tidur tu, tetiba ada orang kejut. Dan dan nak duduk sebelah aku. Tau la kerusi tu je satu kosong, tapi masing masing kan ada seat masing masing. Menyebok je nak kacau aku. Aku ni kalau ada orang sebelah segan lah nak tidur sebab takut berdengkur.

Tapi mengantuk punya pasal, lantak la dia nak duduk sebelah aku pun.

Yang penting abang peluk beg kuat kuat. Takut kena rampok ! Hiks

Tengah lelap, tiba tiba aku perasan ada orang goncang goncang kaki aku.

Cret !!!!

Aku bukak mata. Pose pose kening Ziana Zain sebelah.

"Tiket nya"
"Owh"

Laaa. Baru nak buat muka keji. Rupanya orang mintak tiket. Hiks. Terpaksa lah bukak dua dua mata !

Dan................

Lepas tu aku tak sedar apa. Perjalanan dari Surabaya ke Jogja memakan masa 5 jam dan 4 jam tu aku koma terus !

Hahahaha. 

Bagus jugak tapinya kan? At least aku tak de la bosan ke apa. Tapi memang aku langsung tak ambik tau dengan pemandangan la apa la, yang penting bagi aku. Tidur itu adalah lebih inzal dari segala galanya !

Dan aku betul betul sedar bila keretapi apu tu berhenti !

Oh ya. Di Indonesia, keretapi ni di panggil kereta ! Kereta tu di panggil Mobil. So jangan terconfus dan pelik pulak kalau orang sebut kereta dan merefer kepada keretapi.

Aku sedar tu train stop. Pastu aku tengok orang berpusu pusu keluar. Alamak???

Mana ni? Aku dah terlepas kah???? Cuak ! Tapi seingat aku, train ni memang last stop dia di Stasun Tugu di Jogja. 

Tengok orang kiri kanan ada lagi. Oh. Rupanya masa tu train stop kat Solo.

Lega sikit. Tau Solo tu tempat apa? Pernah dengar lagu Bengawan Solo? Hah tu la pekan Solo tu. !

First plan aku dulu memang nak singgah Solo ni, tapi lepas aku baca baca sikit, kat Solo ni tak de apa apa pun yang menarik. So abaikan. Tak perlu aku buang masa di situ.

Lepas tu, keretapi bergerak semula dan masa ni la aku rasa segar sikit. Mula la aku bangun dan merayau. Pegi hisap rokok antara gerabak, dan berjalan ke hulu ke hilir tanpa pedoman.

Tak lupa mencapap di sini sana.



Dalam train tak di sediakan makan tapi ada makanan di jual lah. 

Aku pun sebab tido punya pasal, langsung tak ambik tau, tapi aku nampak la ada macam jurujual yang menjual makanan dalam train tu. Harga tiket keretapi dari Surabaya ke Jogja berjumlah lebih kurang RM33. Tu Executive Class tu. Ada lagi Business Class dengan Class biasa yang jauh lebih murah dari tu. Aku pun tak tau berapa harga dia. Belas belas ringgit kot.

Dan ! Nak tengok ni, kelas kelas dalam train ni? Meh sini aku tunjuk. Bermula dari Executive Class, then Business Class dan Third Class !






Nampak? Executive Class yang aku naik tu macam keretapi kita kita kat sini la. Agak comfortable jugak lah. Dan Business Class tu macam kita naik bas pegi Sungai Choh je kan?

Business lah konon.

Dan Third Class tu ! Tak de kerusi OK. Dia cuma kabin kecik yang passenger dia duduk atas lantai sajork ! Nampak terselit budak pompuan dalam tu duduk? Aku rasa student la kot. Elok je dia duduk diam diam dalam tu. Aku nak ambik gambar ni pun cuak jugak sebenarnya. 

Tu lah boleh nampak betapa jurang perbezaan masyarakat di sana. Tapi tu juga lah kenyataan yang perlu di terima. Kalau kat tempat kita mesti dah kena carut dalam paper keretapi gaya macam ni kan?

So. Dari Solo nak sampai ke Stasiun Tugu di Jogjakarta tu dalam masa 45 minit. 

Aku pun dah tak sabar sabar nak turun. Dah letih duduk dalam keretapi walaupun membuta je sepanjang jalan.

Dan akhirnya. Jeng Jong Jeng.

Sancaka Pagi tiba juga di Stasiun Tugu, Jogjakarta tepat jam 12 tengahari !

Yey !






Keluar dari Stasiun Tugu tu aku blank sekejap tak tau nak pegi mana.

Aku dah book hotel dan aku rasa hotel aku tu kat area area station ni je. Memang aku ambik yang dekat dekat tu je. Tambah pulak hotel tu sekitar kawasan Malioboro je so memang tu la pilihan yang tepat. Harga pun aku dapat murah. Tak sampai 100 satu malam.

Kira OK la kan?

So keluar dari station tu, aku merayau kejap. Seperti biasalah, pakcik pakcik Becak ni mengekor je suruh naik becak dia. Aku buat keras. Dan tip abang masih boleh di guna pakai iaitu, sumbat telinga dengan earphone !

Tapi bukan setakat pak Becak tu je mengacau. Orang jual madu lah. Jual baju lah. Macam macam. Agak merimaskan jugak la, tapi buat bodo je lah jalan menonong dan buat muka garang !

Padahal cuak sebab tak tau hotel kat mana.

Tapi aku ada map semua aku dah siapkan, so aku jalan jalan cari kawasan sekitar, rupanya hotel aku tak de la juah mana pun. Sekangkang kera je dari station tu. 

Dan ketibaan aku memang di tunggu tunggu. Apa lagi, dapat bilik. Hip hip horrey ! Rasa macam nak inzal sampai ke siling.

Best dapat katil ! Lupa segala kisah ngeri tidur di Surabaya kelmarin tu.



  
Best !

Dan aku terlelap dekat sejam jugak.

Memang aku saja lelap sebab cuaca di luar panas. Nak gi jalan jalan pun aku rasa malas. Tunggu petang petang sikit. 

Dan lepas segar sikit rasa badan tu baru aku bangkit, mandi dan siap kan diri. Dan kini aku nak menjelajah ke Malioboro yang terletak sepelaung je dari hotel aku ni.

Malioboro ni merupakan jalan utama di kota Jogja yang pada asalnya menjadi tempat untuk orang letak letak bunga sebab jalan dia tu kiranya laluan secara terus dari Istana Kraton ke Gunung Merapi ! Tapi sekarang ni, Jalan Malioboro dah menjadi syurga membeli belah untuk pelawat dan pengunjung kota Jogja ni. 

Sepanjang jalan yang lebih kurang 2KM tu, memang banyak kedai kedai menjual cenderamata seperti batik, baju, selipar tak lupa jugak warung makan, ada mall, hotel dan istana presiden. Jalan dia bermula dari Stasiun keretapi Tugu tu terus je ke pintu masuk Istana Kraton di bahagian Selatan.





Orang memang ramai. Baik penjual, pembeli, pemain muzik tepi jalan, pengusaha kedai makan semuanya laksana pesta di sepanjang jalan ni. 

Dan becak becak pun ada lah. Tahan je la telinga asyik kena panggil suruh naik becak tu. Dan yang bestnya, ada kereta kuda jugak. Berbeza macam kereta kuda di Gili Trawangan dulu tu, kuda kuda kat sini, berak tak bersepah sangat.

Ada lah bau bau skit, tapi tak de la macam di Gili sana nuh !

Apa yang korang cari, mostly ada kat sini kecuali Mak dan Ayah ! Sebab Mak dan Ayah ada di rumah kan? 

Hi Makcik Mona !

Eh. Aku pegi Jogja tak bagitau mak aku pun !

Tapi ! Ada lagi yang susah nak cari. Fridge Magnet !!!

Adus. Keliling aku mencari. Nasib baik la BW dah cakap awal awal tak payah cari sangat sebab memang susah nak dapat kecuali di satu kedai Mirota Batik di hujung sekali yang ada lah jumpa tapi keji je FM dia. Tak semenggah mana.

Orang pulak ramai dalam tu, nak tak nak aku angkut je lah. Cepat cepat aku blah. Nasib la aku ni bukan la kaki shopping pun dan tak de niat pun nak pegi shopping.

Jauh jugak la aku berjalan, dari Stasiun Tugu tu turun sampai ke Kraton. Tapi aku tak masuk pun Kraton tu. Tak de nya aku minat nak masuk tempat tempat macam tu ada menari menari ni. Buang masa aku je. Jadi aku gi jalan jalan intai dari luar je ambik gambar pastu aku patah balik.








Penat. 

Tapi tetap tak nak naik becak tu walaupun harga RM1.50 sajork !

Kedekut tak? Hiks. Dan aku tak makan apa apa pun hari tu sebab aku tak jumpa benda yang aku rasa nak makan. Biasalah aku kalau travel memang tak berapa makan sangat pun. Apa ada aku belasah je. Aku cuma beli biskut dan air Jungle Juice. Air jambu batu. Sedap gila.

Balik bilik dah petang terus terbongkang kepenatan !

Esok awal awal pagi aku kena bangkit awal sebab aku dah janji dengan Pak Uther dan dia akan ambik aku pukul 6 pagi !

3 comments:

  1. aduss...penat tulis komen tadi......

    tgk gambo2 nih .... teringat jogja...wahhh aku mau pulang next week hehee :)..mau pesan ape2 cik du???

    dah yer..FM hanya ada di Mirota saja...aiya..dulu kan pernah dpt FM jogja hehee..

    ce cite lagik..ce citer huhu :)

    ReplyDelete
  2. ya la FM basikal tu je ler yang ader.

    ReplyDelete
  3. cikdu, gambo takde

    ReplyDelete