Pages

Thursday, June 16, 2011

Backpacking Surabaya Ke Jogjakarta - Episode 4

Perjalanan dari kawasan Surabaya lama menungu ke Jambatan Suramadu memakan masa lebih kurang 45 minit jugak la. 

Jalan jem. Motosikal banyak. Lemas jugak aku di buatnya sebab cuaca panas walaupun dah menjelang petang. 

Sepanjang jalan tu macam macam la boleh tengok gaya kehidupan rakyat Surabaya ni. Pastu ada pasar pasar jual barang barang yang aku tak tahu la, second hand ke atau barang curi ke, siap jual binatang lagi. Orang pun ramai, nak berhenti pun aku tak berapa berani sebab kawasan ni kira dah menghala ke arah arah Pulau Madura.

Tau je la orang Madura ni biasa terkenal dengan temper dia orang ni kan?

So, macam biasa, Andi bawak moto, aku kat belakang dia je. Jalan berdebu, so kena cover muka dan mata, kalau tak habuk masuk. Jadi tak boleh nak berborak sangat. Aku ikut je lah.

Sedar sedar kami akhirnya sampai juga di kawasan Jambatan Suramadu tersebut. Sura dari perkataan Surabaya dan Madu tu dari Madura jadilah Jambatan SuraMadu.


Jambatan Suramadu ni panjangnya lebih kurang 5.5KM jer, tapi ianya adalah jambatan terpanjang di Indonesia.

Sekali pandang macam Jambatan Pulau Pinang je. 

Tak de apa yang menarik di sini, tapi aku yakin, jambatan ni menjadi satu kebanggaan pada penduduk warga setempat. Bak kata Andi, memang tempat ni dah jadi port setiap malam. Ada orang melepak, ada jualan, ada macam macam lah start dari petang sampai ke malam.

Meriah jugak la kawasannya.

Masa aku sampai, kami terus ke belah sana di Pulau Madura tu dulu, tapi pusing macam tu je sebab tak berani nak duduk lama lama. Andi sendiri pun tak berani sebab dia kata, orang Madura ni berbeza sikit dari orang Surabaya. So dia tak nak, aku pun tak mahu.

Cuak seyyy.

So, kami ambik port tepi jambatan ni dan cuba snap snap apa yang patut sementara menunggu waktu senja.









Menjelang petang orang semakin ramai berkumpul di tepi Selat Madura ni. Dah jadi macam pesta dah. Siap ada permainan untuk kanak kanak lagi. Kira bertambah meriah. 

Tapi kami tak boleh lama. Andi dah bagitau aku. malam tu dia kena bersiap siap untuk ke luar kota sebab dia nak pegi ambik gambar pengantin. Sedara dia kawin kot. Jadi aku pun tak de la nak tahan dia lama lama plus aku dah puas ambik gambar kat kawasan ni.

Boleh di katakan kawasan yang menarik. Dan lebih menarik bila mana saat saat aku tunggu untuk shot gambar sunset berjaya di rakam petang tu.







Selesai ambik gambar kami bergerak pulang.

Aku sempat bagitau Andi mintak tolong dia bawakkan aku ke tempat nak beli cenderamata.  Dia bawak aku ke kedai T Shirt, cari T Shirt I Love Surabaya, tapi tak jumpa. Dua tiga kedai kami pegi, tak der.

Pastu dia bawak aku ke kedai jual batik batik lah. Kat situ aku jumpa FM tapi FM sedih gila. Macam lencana sekolah. Yang penting ada magnet. Jadi lah, pada tak der.

Tapi serious tak menarik. 

Keychain pun tak menarik di sini. Mungkin lah sebab kawasan ni bukan kawasan pelancongan so tak de la banyak barang barang macam tu nak di jumpai.

Lepas dapat tu hari dah malam. Aku ajak Andi makan dulu tapi dia tak nak. 

"Kamu bisa hentikan aku di Tunjangan Mall?"
"Bisa"

Dan dia hantar aku ke sana. 

Tunjangan Mall adalah mall terbesar di Surabaya. Mana tak besar 5 buah mall bergabung menjadi satu. 

"Terima kasih Andi"
"Sama sama. Nanti kalau aku ke Kuala Lumpur biasa bawa aku motret di sana ya?"
"Insya Allah"

Mati la janji palsu. 

Tapi dia ada cakap dia nak datang hujung tahun ni. 

"Ini buat kamu"

Aku hulurkan duit 150 ribu rupiah pada dia.

"Ngga usah"
"Ngga apa apa, untuk minyak ni"
"Minyak?"

Haah. Orang Indon panggil apa pun aku tak tau.

"Petrol ! Petrol ! Gas ! Gas !"

Siap tunjuk motosikal dia tu. Tapi aku tahu dia faham lah. Lama lama aku insist dia ambik jugak.

"Ni nanti saya mahu pulang gi mana? Perlu naik taxi?"
"Ngga usah. Dekat aja ni. Dari depan sana, langsung terus sampai ke hotel"
"Oh.. OK"

Ya lah. Aku ikut cakap dia. 

Selepas mengucapkan selamat tinggal, dia blah dan aku masuk mall tu sekejap. 

Saja jalan jalan. Besar sangat tak larat aku nak menapak semuanya. Last sekali aku keluar je.


Aku pun tak de apa nak beli. 

Maka menapak la aku ni balik ke hotel. Jalan punya jalan. Konon la bak kata si Andi ni dekat je. 

Berpeluh ketiak aku okeh nak sampai ! Rasa macam nak pengsan tepi jalan tu suruh orang selamatkan. 

Tidak ! Tidak ! Cramp kaki, ayo yo....

Tapi sempat la sambil sambil tu ambik gambar sini sana.



Sampai kat hotel aku tu sempat la aku singgah beli air sebab dahaga gila.

Letih !

Dan tengok la air apa aku beli tanda pemberontakkan terhadap diri sendiri dan kemarahan mendadak terhadap Andi yang konon konon bagitau aku dekat je jalan kaki tapi rupa rupanya.... boleh buat aku pitam !

Dah lah aku kelaparan makan cuma pagi tadi jer.


6 comments:

  1. air mizone tuh memang sedapppppppppppppp kt indon jer ada.....rasa lychee sedap...ermmmmmmmm

    cepat2 nk tunggu jogja punya trip pulak deh........

    ReplyDelete
  2. ya rose.. sedap...

    tapi teh botol jugak paling inzal

    ReplyDelete
  3. cantik gambar..kamera keturunan apa ni?

    ReplyDelete
  4. mmg ada gaya photographer la bro..nais

    ReplyDelete