Pagi pagi aku dah bangkit !
Sejuk. Selimut ada 2 tapi tak mampu nak panaskan aku. Bangkit je gosok gigi. Nak mandi. Tak de air panas. Gila !
Sejuk gila air dia.
Ah. Cancel la mandi. Bukan ada orang nak cium pun ! Tapi tak mandi pun tetap boleh wangi ! Kan?
Pastikan semua dah siap sedia. Aku cari cari short aku. Alamak ! Tak bawak. Aku bawak sehelai seluar jeans yang aku pakai tu je lah. Mampus. Terpaksa aku pakai jeans ni sampai balik la nampaknya. Aku ingat aku ada bawak.
Isk rengsa.
Tengok jam. Hampir pukul 7. Aku dah janji dengan budak moto tu pukul 7. Tak pe ada masa lagi. Aku lepak lepak tepi tasik, snap picture tunggu matahari terbit. Suasana hening. Air tasik langsung tak berkocak. Cuma ada beberapa sampan nelayan kecil sudah keluar pagi hari mencari rezeki. Ah. Ini lah gambaran yang aku ingin saksikan. Dan ini lah yang aku perolehi.
Terima kasih Tuhan di atas keindahan seperti ini....
Hampir jam 7 pagi. Aku tunggu depan reception chalet. Budak tu masih tak ada lagi. Oh. Nama dia Eric.
"Nyari apa Pak?"
"Eric ada?"
"Belum tiba. Ngapain?"
"Saya mahu nyewa motosikal sama dia. Janji jam 7"
"Oh.. ambil aja yang lain"
Pakcik tu suruh aku ambik motosikal lain.
"Tapi saya sudah janji sama dia. Ngga apa apa. Saya nunggu aja"
Aku tunggu dan terus tunggu. Snap pic apa yang patut. Suasana masih belum rancak. Mungkin kebanyakan orang masih lena di buai pagi.
Sedang aku menunggu tak lama Eric muncul.
"Wah.. Awal sekali Pak"
Aku sengeh. Dia turun dari motosikal dia. Sebenarnya dia keja di LekJun tu jugak. Tugas dia adalah naik ferry ke Parapat nanti dia pegi cari lah orang supaya tidur kat chalet tu. Tapi hari tu chalet dah penuh jadi dia buat kerja kerja di Samosir je lah seperti kemas bilik dan sebagainya.
"Ini ya Pak. Map nya. Bapak mahu ke mana?"
"Ke mana yang lebih cantik?"
"Kalau mahu motret. Bapak ke sini aja. Terus... Jalannya baik. Tapi jangan lepasin kawasan ini. Jalannya ngga elok. Batu batu. Kalau di sebelah selatan sana, bapak terus naik ke bukit, sana juga cantik"
Aku mendengar penuh teliti. Dia cuba membantu aku sebaik mungkin.
"Sempat ngga? Saya mahu pulang ke Parapat jam 11?"
"Gitu ya? Langsung bapak ke sini aja. Bisa"
Aku setuju. Dia bagi aku kunci motor. Aku bagi IC aku kat dia. Then dia bagi aku map.
Siap sedia. Misi akan bermula, sekarangggggggggg !!!!!
Dari kawasan Tuk Tuk, aku menyusuri ke utara Pulau Samosir.
Mendamaikan.
Ada sawah bendang. Ada kanak kanak riang bermain di jalanan. Aku memandu berhati hati. Sudah lama tak bawak motosikal buat aku rasa lain macam. Slow slow.
Dan misi photo hunting bermula.
Dari satu sudut ke sudut yang lain aku cuba mencari pemandangan yang terindah. Seawal tu agak kecewa. Ada je yang tak kena. Masih belum biasa dengan kamera agaknya. Teringin nak ambik gambar orang orang Samosir tapi aku takut. Kang kena tetak pulak. Lense tak cukup panjang nak zoom.
Tapi aku cuba mana yang dapat je.
Menyusuri Tuk Tuk dan ke Amberitta. Singgah di satu tempat menarik untuk di lawati. Si kawasan ini terdapat rumah batak dan stone chair, di mana ketua ketua batak bersidang di atas kerusi batu zaman dulu kala. Masa aku sampai masih awal pagi. Tak ada orang pun. Singgah ambik gambar lepas tu terus blah !
Perjalanan masih jauh.
Terus ke Shangri La sampai ke Samonindo. Lagi ke atas aku bergerak, lagi cantik view dia buat aku teruja.
Perjalanan masih jauh.
Sampai satu saat aku rasa aku dah jauh gila. Nanti tak sempat nak balik pulak.
Perjalanan dengan motosikal agak ngeri sebenarnya.
Jalan kecil. Ada kenderaan seperti van lalu lalang dan dia orang ni bawak memang macam sial. Asyik asyik kena hon je. Cuak jadinya aku ni.
Macam semalam waktu naik Van ke Parapat tu, aku rasa macam naik Van jual tilam. Kejap kejap supir tu hon. Kejap kejap hon. Hon ni macam dah biasa je bagi dia orang. Tapi aku lak yang bawak moto ni tiba tiba kena hon lalu tersasar ke tepi.
Kena gigih !
Gigih naik bukit. Gigih la menyusuri jalan jalan tak de orang ni sampai nak cuak aku di buatnya. Fikir jugak bukan bukan, what if la apa apa jadi. Masa ni lah aku imagine, GBS ada. MH bawak BW naik moto. IH bawak aku naik moto satu lagi dan kami sama sama redah Pulau Samosir ni.
Mudah kerja.
Tapi itu imaginasi je ! Dah lewat. Dia orang mesti tengah feeling feeling di kampung halaman. Jadi misi ini aku kena tangani sendiri.
Pastikan jaya !
Dah terlalu jauh rasanya aku pergi. Aku berpatah semula menyusuri jalan yang sama pulang ke Parapat. Sempat lagi singgah ambik gambar mana mana port yang aku rasa lawa. Jumpa jugak lah. Tapi siap masuk dalam semak aku ni. Gatal gatal jadinya. Keji gila aku rasa. Dah lah tak mandi !
Akhirnya perjalanan pulang ke Parapat lebih mudah. Aku tengok jam masih ada masa. Lalu aku ke Tomok.
Di Pulau Samosir ni ada 2 kawasan sejarah. Satu di Ambritta tadi yang mana ada stone chair tempat ketua ketua batak berdiskusi zaman dulu dulu kala. Aku sempat singgah dah ambik gambar. Masih awal, tempat tu pun tak de orang lagi.
Di Tomok ramai orang sebab dah lewat pagi. Aku tak terus ke kawasan kubur Batak tu lagi. Sebaliknya aku terus naik ke bukit nak tangkap gambar lagi.
Terus dan terus.
Takut.............
Balik ke Tomok baru aku berhenti di kawasan Kubur Batak tu. Ada orang jual jual di situ. Jumpa T shirt dan FM kat situ. Yey ! Tapi FM biasa biasa je lah tak de yang lawa pun. Asal ada so aku beli apa yang patut sebelum aku bergegas sebab dah lewat nak naik ferry balik ke Parapat.
Eric ada di situ, jadi aku bagi dia kunci moto dan kemas apa yang patut. Check out dan tunggu ferry di jetty depan chalet aku tu.
Lama aku menunggu. Eric kata ada setiap sejam sekali. Tapi haram. Ada ferry lalu. Penat aku lambai tapi dia tak berhenti pun. Hampir aku putus asa.
Sambil tunggu tu aku transfer gambar masuk dalam laptop. Tak sempat habis pun, ferry datang. Dia siap bunyi kan hon lagi. Apa lagi...
Melambai lambai penuh gemalai la abang..
Nyah ! Sini nyah ! Aku nak pulang !!!!!!!!!!!!!!
Bye Bye Samosir Island.....
bersambung...
bersambung...
No comments:
Post a Comment