Pages

Saturday, March 12, 2011

Trip Medan - Part 2


Malang betul. Sampai sampai aku dah panas hati dengan imigration ni.

Keluar dari airport tengok tengok, hujan pulak !

Alamak ! Tak best !

Stress aku macam ni. Awal awal dah banyak benda yang buat aku jadi tak tentu hala. Mood berpinar pinar. Nak start something dengan mood happy pun tak boleh.

Aku sebenarnya tak tau mana nak tuju. Macam aku cakap, aku dah riki riki sebelum start flight ni, tapi tak banyak info aku dapat melalui internet. So aku punya cara yang tinggal adalah .... belasah je.

Aku cuba nak dapatkan transport dari Airport ke Lake Toba terus. Dalam internet ada cakap, aku boleh naik bas atau sewa kereta atau aku boleh shared van dengan orang lain yang sama sama ke Lake Toba.

Nak naik bas boleh. Tapi aku kena cari station bas dulu. Nak ke sana kena tau jalan jugak. Ada info aku print dari internet tapi macam tak banyak membantu jugak.

Nak sewa kereta untuk aku sorang, macam tak berbaloi baloi. Sewa satu kereta harga dia Rp450 ribu satu trip (RM150). Kalau boleh aku nak save selagi aku mampu. So jalan akhirnya, aku kena cari sharing cab ke Lake Toba tu.

Info yang aku dapat cuma Raja Taxi ! Dia ada sediakan transport secara kongsi ke destinasi di Medan ni.

"Pak. Teksi Pak?"

Aku di hampiri. Ada je yang menunggu di luar airport tu.

"Saya mahu ke Raja Taxi"
"Bisa Pak. Rp 30 ribu"
"Mahal"
"Jauh tu Pak"
"Ngga apa apa"

Aku lari daripada dia. Duduk di satu sudut dan aku nyalakan rokok. Hujan masih turun dengan lebat. Hati terpujuk sikit tengok ada station minyak Petronas depan airport. Hah. Macam kat Malaysia !

Aku fikir lagi, nak naik bas ke macamana ni?

Aku try tanya satu minah yang jalan melepasi aku. Dia kata kalau nak ke Raja Taxi tu kena jalan kaki. Tak jauh tapi hujan !

So aku stay dulu.

Tiba tiba.

"Bapak !!!"

Aku toleh. Ada seorang lelaki melambai tangan ke arah aku. Aku geleng kepala.

"Ya kan? Mahu ke Danau Toba kan?"

Aku angguk. Tapi siapa pakcik ni? Mana dia tau?

"Ya. Ini aja. Ayuh"
"Kamu siapa?"
"Raja Taxi"

Aku pelik. Dia keluarkan kad dan pass name kad dia pada aku. Buat aku rasa lega. Argh. Penyelamat ! Mungkin pakcik tadi bagitau. Sebenarnya memang ada Raja Taxi ni pick up orang kat airport. Tapi kena call dia orang dulu. Kebetulan, driver ni datang ambik orang lain dan dia tahu aku nak ke sana tu yang dia panggil aku.

Ada sedikit rasa lega.

Aku terus naik van tu. Duduk depan sekali. Ada awek naik duduk kat belakang. Van terus meninggalkan perkarangan airport dan bergerak.

"Macet juga di sini ya Pak?"
"Iya....."
"Jadi kita ini langsung ke mana Pak?"
"Ke kantor dulu. Di sana ada yang lain, langsung penuh baru bisa ke sana"

Aku angguk. Sekurang kurangnya harapan aku untuk sampai ke Danau Toba hari ni masih ada !

Tak jauh pun pejabat Raja Taxi tu. Sampai je ada beberapa orang menunggu. Aku di minta beli tiket. Harga tiket dari Medan ke Danau Toba adalah Rp 70 ribu (RM 25). Aku rasa OK.

Dan saat menunggu tu lah yang parah.


Memang ramai orang, tapi sebenarnya bukan semua orang nak ke Lake Toba. Dia sediakan transport ke beberapa destinasi. Cukup penuh 7 orang dalam van 7 seater tu baru dia bergerak. Jadi aku tak leh nak budget masa. Kena tunggu penuh lah, tapi hujan pulak turun mencurah curah.

Aku sampai 9 pagi di airport, pukul 11 baru semuanya memberi sinar. Cukup orang. Hujan pun berhenti maka kami segera bertolak ke Lake Toba.

Tapi van tu siap ada seat number. Dia siap buat pengumuman lagi.

"Bapak Ayub kerusi nombor 1. Siska seat nomor 2, 3 dan 4"

Aku dapat seat no 5 !

Belakang sekali bertiga dengan nombor 6 dan 7 !




Pergh. Pack gila. Van dia Innova tu. Belakang bukan besar pun ruang nak isi semua barang barang. Mula la ada yang memangku atas riba. Seat belakang pun nak bergerak sangat tak boleh. Tersangkut kaki.

Argh. Siksa.

Nak menempuh perjalanan selama 4 jam ni lagi menyiksakan !

Tahan je lah. Tu je lah yang mampu aku buat. Mamat sebelah aku lagi kesian. Dia tengah tengah, atas riba ada barang. Aku pun dah tak leh nak betulkan kaki dah sampai rasa cramp cramp di buatnya. Nak berlunjur pun tak boleh. Ada yang siap bawak anak atas riba lagi sepanjang panjang perjalanan. Haru kan?

Tapi tu lah. Nak buat cemana. Kena terima lah. Kalau nak travel feeling feeling nak bermewah mewah, jangan share van macam ni, sewa je sorang sorang, boleh tidur kat belakang.

Perjalanan melepasi kota Medan agak sesak. Tersangkut sangkut. Bandar Medan besar sebenarnya. Lebih dari 2 juta orang berada di sana. Sesak. Tau tau je la kenderaan yang lalu lalang. Memang menyiksakan.

Aku ingat perjalanan sangkut sangkut macam tu akan buat aku tiba lewat tapi sebenarnya Supir supir di sana memang dah biasa. So, jalan singkatnya, dia orang bawak kereta macam driver F1 !

Gila babi.

Mula mula tu macam nak tercabut nyawa aku. Memang tak de queue lah kalau jem ni. Asal ada ruang je mesti dia pintas. Pastu tak kira ada lori kat depan ke apa, pandai je dia pecut dan cilok masuk. Memang mendebarkan.

Beberapa kali jantung aku hampir terkeluar. Cuak sey.

Tapi nasib jugak aku duduk belakang sekali tak rasa apa. Tapi aku tengok orang lain relaks je. So aku kena relaks kan diri jugak walaupun dalam hati... bunga bunga dalam taman bergoncangan !

"Pak ! Pak ! Aircondnya ngga di pasang?"

Aku dah berpeluh peluh. Memang tak rasa aircond. Semua orang diam. Pelik betul. Aku tak tahan, last sekali aku sound jugak la Supir tu.

"Apa?"
"Aircond nya. Ngga rasa"

Supir tu blur. Aku siap tunjuk tunjuk lagi, buat gaya panas.

Tiba tiba mamat sebelah bersuara.

"Angin !!!!'"

Aku terdiam.

"Oooo. Angin"

Terus Supir tu blastkan aircond.

Dia orang panggil angin kah? Arghhhhhhhhhhh...

Malu nyah !!!!!!!! Cobaan nak menjadi rakyat Indon adalah gagal !!

Abang malu ! Abang malu !

Terus cuba cuba buat buat tido. Tapi tak tido gak. Aku tak nak tidur sebenarnya sebab takut dengkur. Lagi malu. So tahan je lah sambil dok tengok pemandangan sekitar yang tak menarik mana. Kampung kampung dengan bangunan lama lama macam kat Malaysia tahun 80 an dulu aku rasa. Pastu ladang getah, kelapa sawit dan pokok ubi ada di tanam di sepanjang jalan.

Van kami singgah di sebuah kedai. Berhenti kejap lah. Aku lapar. Tapi kedai dia memang mengerikan. Ada warung makan. Pastu ada la kedai jual makanan ringan hasil rakyat Medan pastu ada toilet. Aku duduk hisap rokok. Order teh botol. Minum je lah. Tapi aku tengok semua orang makan.

Pastu macam sedap je. Masing masing berselera. Padahal mee goreng je.

So aku cuba jugak lah.




Aku order benda yang sama. Mee Goreng dia siap ada kuah kacang. Tak sedap lah bagi tekak aku, tapi aku kena makan jugak sebab aku lapar. Makan tak habis. Layan rokok sekejap sebelum kami bergerak semula ke destinasi.



Dari Medan, kami melepasi sebuah pekan bernama Pematang Siantar. Tu je dah makan masa 3 jam. Dan dari pekan kecil tu perlu lagi 1 jam ke Parapat. Parapat adalah tempat jetty di mana aku perlu ambik bot untuk ke Pulau Samosir.

Jalan dari Pematang Siatar ke Parapat memang lagi ngeri. Scenary dia cantik sebab naik bukit dan banyak pokok pokok pine. Cuma jalan la macam ular. Macam kita nak pegi Genting tu. Dan Supir ni bawak memang tak ingat lah, nonong nonong je potong sana sini.

Tahan je lah dan berdoa moga tak de apa apa yang buruk berlaku.




Dan akhirnya, lewat jam 3 petang, dari celah celah pohon pine, kelihatan danau yang membiru. Waktu tu aku tahu, saatnya sudah hampir. Aku akan tiba di destinasi yang aku idam idamkan selama ni. Macam macam yang aku bayangkan, dan kali ini, aku dapat lihat dengan mata kasar sendiri. Ketenangan air tasik seolah olah melambai aku datang !

Welcome to Danau Toba !!!

Keluar dari perut van dengan kaki yang dah lenguh, aku rasa lega. Hiruk pikuk suasana di jetty petang itu. Masing masing dengan agenda tersendiri. Ada yang baru pulang, ada yang baru datang, ada yang ulat ulat yang berurusan dengan pelancong, makcik makcik mundar mandir menjalankan perniagaan.

Suasana yang cukup berbeza. Tapi aku puas. Tasik sudah terbentang di depan mata. Pulau Samosir sudah kelihatan dari tebing tempata aku berdiri.

"Mas. Feery ini ke Samosir ya Mas?"
"Bapak mahu ke mana? Tuk Tuk atau ke Tomok?"
"Err. Tuk Tuk"
"Ya. Yang itu aja. Yang ini ke Tomok Pak"

Ada 2 route ferry sebenarnya. Satu ke Tomok dan satu ke Tuk Tuk. Dua dua tu kat Samosir Island. Cuma tempatnya agak berbeza. Dan ferry ke Tomok tu ada angkut barang dan kenderaan sekali. Yang ke Samosir tu je yang bawak pelancung semata mata.








So aku naik ferry yang hampir penuh. Mungkin bila bila masa saja ia akan bergerak. Ada orang Malaysia yang aku perasan. Ada makcik Melayu yang kawin dgn Mat Salleh buruk dan sibuk sibuk speaking English dengan accent. Siap bawak beg Aishah lagi. Salah tempat kah kau ni Makcik?

Pastu ada young couple aku rasa dia orang honeymoon. Duduk belakang aku. Yang pomp tu memula aku ingat Rafeah Buang skandal lama abang tu. Dari jauh macam ya. Terkejut pulak aku, bila dia dekat dekat, oh. banyak jerawat.. no no no !

Then penuh dengan cina cina lah. Maklum la cuti cuti ni dia orang siap bawak tikar, bantal dan tilam bagai. Macam nak berpicnic jer. Atuk nenek, anak cucu semua ada.

Aku stay je kat seat aku. Layan pemandangan di sekitar.

Air tenang. Ada perahu mundar mandir. Sesekali kedengaran engine bot mengaum dengan aktiviti masing masing. Ada suara kanak kanak bergelak ketawa sambil berenang di Tasik tanpa rasa takut. Mungkin sudah biasa.

Dalam mamai mamai dan sibuk ambik gambar sana sini, ferry mula bergerak.

Tak lama lagi aku akan sampai ke Pulau Samosir !





Perjalanan dengan ferry tersebut memakan masa hampir 1 jam. Ferry kayu je. Geraknya pun slow. Tapi masa yang terbaik untuk menimati keajaiban alam semulajadi. Air yang tenang. Ada pulau dengan kehijauan dari kejauhan. Ada bot bot kecil.

Tenang dan damai.

"Pak. Kacang Pak? Mee goreng pun ada"
"Ngga apa apa"

Aku senyum.

Ada makcik yang siap berniaga dalam ni. Di keleknya bakul sarat dengan jualan.

"Aqua Pak?"

Aku geleng. Senyum sekali lagi.

Dia beredar dari seorang ke seorang yang lain.

Tambang ferry adalah Rp7000 (RM2.50) satu trip. Sesekali kedengaran lagu kaum Batak di putarkan di corong speaker dalam ferry ini. Tak de apa yang boleh di lakukan kecuali menikmati keasyikan dan kedamaian tasik terbesar di Asia Tenggara ini.





Lewat jam 5 baru kamu sampai di Tuk Tuk.

Di sana, tidak ada jetty yang khusus. Ferry akan docking di mana mana resort yang kita mahukan. Kena bagitau lah or just turun bila bila dia docking tu. Banyak chalet kat tepi tepi tasik tu. Aku sendiri tak book mana mana, cuma aku plan nak stay dekat satu Cottages ni yang aku dapat info dari TripAdvisor. So tertunggu dan terhendap hendap jugak lah nak cari kat mana aku patut berhenti.

Dari satu jetty ke jetty yang lain. Akhirnya, kelihatan juga. LekJon Cottages.









Aku turun di situ dan terus mendapatkan bilik. Nasib baik ada bilik kosong. Harga dia Rp100,000 (RM30) per nite. Nasib baik jugak la aku datang hari tu sebab dia kata esok dah penuh. Tapi kalau penuh pun, banyak lagi chalet lain. Kita boleh pilih je mana nak duduk dan harga pun lebih kurang sama je.

Dapat bilik mengadap tasik. Then aku berehat rehat sebentar. Pukul 6 cuaca dah hampir gelap. Tak de apa yang boleh di lakukan lagi. Aku berkira kira apa aktiviti aku nak lakukan esok. Aku tak ada banyak masa. Ambik gambar apa yang patut then berjalan di sekitar chalet.







Kat Samosir boleh sewa motosikal. Aku plan nak sewa untuk pagi esok keliling pulau. Tapi dia kata pulau ni besar. Tak cukup 4 jam nak naik motosikal. Jadi aku rancang pagi je lah. So aku book motosikal dengan harga Rp30,000 sejam. Tapi kalau guna satu hari Rp75,000 (RM25) so aku tak sure berapa jam aku nak guna. May be dalam 3 atau 4 jam sebelum aku ambik ferry balik ke Parapat semula esok.

Motosikal deal. Pagi esok jam 7 aku akan ambik motosikal di situ. Mamat tu bagi sewa motosikal dia je. Aku dah try bawak. OK.

"Di sini di mana tempat makan ya Mas?"
"Bapak mahu makan apa?"
"Ada rumah makan Islam?"
"Oh.. ada. Satu di sana. Satu lagi di sebelah sana"

Rata rata orang Pulau Samosir adalah keturunan Batak. Dan mereka menganut agama Kristian. Jadi aku akan cuak gak la nak makan merata rata. Sebab tu aku kena pastikan dulu.

Nasib baik ada. Dan budak tu dengan rela hati tolong hantar aku ke sana. Sempat sebelum tu borak borak dan aku kasik dia rokok rasa rokok Dunhill Malaysia. Suka dia. Dia tak pernah ke Malaysia tapi banyak cerita la yang dia dengar. Sekadar kongsi kongsi borak borak kosong.

Lewat waktu sudah pun gelap. Aku sampai di rumah makan tersebut. Aku makan nasik dan mengisi perut. Harga makanan malam tu Rp12,000 (RM4). Balik tu aku jalan kaki dalam gelap. Tapi ada banyak kedai di sepanjang jalan. Masuk few kedai souvenir. Tak de FM. Carik T Shirt Tasya kirim pun tak de. Mungkin aku cari di tempat lain je lah.

Ada banyak restoran di buka. Ada BBQ dan macam macam lagi. Pelancong juga ramai. Jadi jalan sorang sorang pun tak de rasa takut. Cuma kena berhati hati lah sebab ada motosikal lalu lalang.

Balik ke bilik, aku ingat nak mandi.

Cuba cuba berbaring atas tilam yang dah melengkung tu. Tak leh nak kata apa. Harga bilik pun RM30 je. Asal boleh lena cukup lah.

Dan aku terus lena tak sedar apa. Bangkit tengok jam pukul 12 malam. Aku kencing dan tutup lampu tak mandi apa pun, sambung tidur dengan seluar jeans je. Tak de kipas tak de aircond tapi cuaca dah cukup sejuk dan mendinginkan.

Dan aku terus terlena di malam pertama dek keletihan seharian dalam perjalanan. Tapi aku puas, sekurang kurangnya Tanah Batak ini, sudah aku jejak dengan selamatnya.

Horas !

11 comments:

  1. nasib ko tak tido dlm van tu meng.. klu x.. mesti sume org bertempiaran lari*larikkk*

    ReplyDelete
  2. Bestnyer baca blog ni..byk info yg bole mbantu..coz next week superwomen pun nak gamble sndiri pi medan jugak..tak ambil mana2 travel agnsi

    ReplyDelete
  3. kalu pegi sorang berhati hati je laaaa

    ReplyDelete
  4. salam..
    sy nk tny. which 1 better.. naek teksi or sewa kete?

    best baca blog ni. pic cantek, n3 pun byk membantu :)

    ReplyDelete
  5. Aizu : Kalau ramai sewa je la kereta. Kalau solo naik je raja teksi tu.

    Tapi kalau sewa kereta tak boleh spend lama lama tapi boleh terus tuju ke si Piso Piso on the way balik ke Medan...

    ReplyDelete
  6. wooo...ini lah blog yg kasi info untuk travelers. saya rancang nak gi medan bersama keluarga. raja teksi ada sewa teksi tak untuk 4 hari 3 malam?

    ReplyDelete
  7. rental tak pasti. tapi kalau baca kat billboard tu macam buleh je.

    cuba cari website kot ada or call direct..

    rasanya dia servis siap sekali dgn supir...

    good luck !

    ReplyDelete
  8. Berapa jauh airport dengan taxi raja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini entry lama... airport skrg dah pindah ke kuala namu.. jauh dari bandar...

      Delete
  9. Tengah skodeng blog abg supermeng.. weekend nk gi Lake Toba.. turun Silangit

    ReplyDelete