Pages

Wednesday, March 10, 2021

SERI HARUMAN Musim PKP

Sapa kata time PKP kita tak perlu berwangi wangi. Korang sanggup duk rumah dan berbau logi taik? Mesti lah tak kan? 

Jadi untuk itu, walaupun PKP ke apa ke, ayuh je lah kita berwangi wangi.

Tetiba keluar gambar bunga. Apsal eh? Okey. Mukadimah je dulu tu. 

Lama entry ni aku simpan sebab kumpul perfume yang aku beli.

Aku tak jual perfume lah. Aku beli untuk diri sendiri atau untuk bagi hadiah kat orang je. So mana yang aku boleh bagi review aku review je lah. Mana tau boleh jadi panduan bagi yang mencari perfumes nanti.

Mari la ke mari hey hey hey. Yang wangi jer. Yang bau longkang sila beratur belakang belakang.....

01. MONT BLANC EMBLEM

Bau dia agak fresh woody. Tapi aku lebih suka Mont Blanc Explorer. Bau dia lebih mantul. Tapi OK gak lah Emblem ni kalau daily use pun. Cuma tak tahan lama mana. Ni pun aku bagi orang.

02. CK OBSESSION COLOGNE for Men

Addictive and long lasting, Obsession sets a sexy, provocative mood with a unique blend of heady, spicy, woody and floral notes on a sweet, seductive base of oriental vanilla and amber. 

Bau dia agak lasting jugak. Tapi rasanya yang for men dah discontinued. Ni pun aku dapat yang tester punya. Memang hajat nak bagi orang tapi orang yang aku nak bagi tu tak jumpa jumpa lagi sampai ke sudah ! 

Punya lah sibuk masing masing.

03. CK ETERNITY for Men



Bau dia agak floral tapi tak ada bau bau woody jugak ler. Tak syak lagi. Bau nya sedap dan jadi kegemaran aku sejak dulu. 

Tapi bau dia memang tahan dan sedap hidung menghidu....

Aku dapatkan tester unit ni untuk hadiahkan pada orang. Sapa eh? IH kot. 

04. AZZARO WANTED

Kalau buntu tak tau nak beli perfume apa, cari la yang Azzaro !

Apa apa lah yang Azzaro punya perfume confirmed tak akan mengecewakan. 



Yang ni pun aku just nak try je. Not bad lah.

Harga pun tak mahal. Lagi lagi beli yang tester.

05. DOLCE & GABANA Light Blue for Men.



Panas panas cuaca bau dia memang mesra hidung. Jadi aku beli dan pakai untuk diri sendiri. Kalau nak lagi power aku rasa yang Intense lebih padu baunya. Tapi yang ni not bad juga.

Bab bab perfume-perfume ni D&G memang selalu tak silap ramuan.

06. DIOR HOMME Intense


Perfumes DIOR kalau tak best memang bukan 'dior' lah tu.

Aku try Intense parfume kali ni. Mantul abis. Ada bau woody dan ujung ujung tu macam bau buah pear pun ya. Tapi aku suka !



Tapi harga dia memang agak mahal dari perfume biasa. Dan lasting boleh tahan. Tak leh pakai selalu, banyak kucing mengekor.

Tersilap menggodakah aku ni ?

07. BENTLEY for Men Intense.


Aku beli perfume ni sebab saja nak cuba je. Suka suka. Sebab nak beli kereta Bentley sah sah tak reti nak bawak !


Tapi percaya lah. Perfume Bentley ni harga memang murah juga. Tapi bau dia.. ya ampun sedap gila ! Dan boleh bertahan sampai ke esok. Percayalah !!!! 

Mula mula memang bau dia agak kuat skit. Bau ala ala spicy sandalwood. Tapi lama lama dia akan mesra dengan bau. Cuma jangan sembur banyak banyak sebab bau dia memang kuat ! 

Sebatu orang boleh tau aku dah nak sampai opis.

08. TRUSSARDI Uomo



Ni satu lagi. Nama je jawa tapi Italiano okeh !

Aku pernah pakai yang PYTHON dulu memang suka betul bau dia. Ni try yang ni pulak. Bau dia memang padu. Lebih sesuai waktu malam atau majlis formal. Bau dia agak fresh macam lemon dan Bergamot skit.

Bau dia memang tahap tahap Tuan Sadri ! CEO Megah Holdings yang akan datang.

09. 212 VIP BLACK for Men by Carolina Herrera.



Makcik Carolina Harrera ni set perfume dia memang bleh tahan gak. Dan yang ni tak terkecuali. Lagi best sebab perfume hat ni aku dapat free, orang bagi !

Bau dia fresh vanilla macam serasa jiwa muda je. Shreet shreet macam tu sedar sedar dah abis dah.

* menangis sambil hulur tangan minta lagi....

10. DYLAN BLUE by VERSACE



Fresh and sesuai untuk semua occasion. 

Memang sedap. Dah masuk list one of favorite perfume aku ! Yang EROS pun padu tapi yang ni memang tak mengecewakan.

So cukup masuk list 10 perfumes aku untuk tahun 2020/2021. Ada yang dah abis pakai ada yang masih pakai dan ada yang tinggal botol sajer.

Aku bukan pakar tapi apa yang aku boleh bagi nasihat.

01. Jangan beli perfume yang dekat Insta, FB tu semua. Dia orang akan claim ori reject, ori apa benda semua lah. Jangan percaya ! No No No ! Not even dubai stock ke hapa. Beli kat kaunter dan pastikan yang ori ! Mahal skit tak per. Janji puas hati.

02. Boleh beli yang tester. Murah skit. Mana nak cari? Sekarang kan boleh beli online jer. Even yang dari USA pun. Eh sana tak de yang tak ori. Nak mati kalau jual barang tiruan. Tapi kalau beli tu jangan beli banyak banyak. Nanti kena cukai kang, tersadai lah perfume tu tak di tuntut.

03. Beli kat SOGO time ada Sales pun Okey. Lagi lagi kalau korang adalah ahli kariah Sogo. Tak pun tumpang je sesapa belikan. 

Aku pun sempat menumpang.




D&G INTENSO untuk diri sendiri. 

D&G kan dah ku bilang. Pastinya tak kan mengecewakan juga. 

Oh pasti yang tanya, takde ke perfume untuk pompuan? Ada !

VICTORIA's SECRET BOMBSHELL. 


Sudah tak menjadi rahsia lagi so Victoria dah tak leh keep sorang sorang diri lagi. Macam lah boleh bawak masuk kubur resepi ramuan dia tu.

Aku rasa aku suka dan semua pompuan pun suka. 

Macam banyak gak aku beli perfume untuk pompuan tapi macam tak de gambar pulak. Ke sebab aku bagi hadiah kat orang so tak sempat nak snap?

Okey. save the best for last. Favourite perfume aku untuk tahun 2020/2021?



Ya ampun dia punya sedap bau dia tu, sampai tidur rasa nak peluk botol perfume ni je rasa.

L'HOMME PRADA 

This is a high quality, super fresh, little bit spicy peppery scent with a clean Iris note. One of the best designer fragrances out there. Clean, fresh, yeat sweet and long lasting. For spring, summer, office & formal events.

Yang tak tahan harga pun boleh tahan lah mahal. Tapi sememangnya THE BEST !

1 comment: