Pages

Tuesday, December 15, 2020

NOV 2020 | November2Remember

Highlight sebulan di bulan November...



Suasana campus aku time fall. November bermula lah musim luruh. Bila bunga dan daun daun berguguran....

Rindu !


Bulan November berlalu pergi,....

Ada beberapa acara kecil kecilan walaupun masih dalam PKP. Semuanya acara makan makan keluarga jer.





Masakan kampung. Mengubat rindu dendam pada kampung halaman. Abis PKP dah ni, kena balik kampung melawat mak Bonda di kampung halaman sana...

Rindu jugak pokok nangka aku... Mesti tengah berbuah lebat dan ranum.


Tengah carik carik masa nak pulang ke desa.

Acara selebrasi birthday pun ada juga di bulan November yang lalu...












Bulan Nov jugak tak te rezeki nak berjalan. Ada beberapa penginapan yang telah di tempah terpaksa di batalkan...



Ya.... dah plan nak merayap pun punah harapan. Tergendala rancangan nak makan angin dalam negara sekali pun. Jauh sekali nak ke luar negara.

Jamu mata dengan pemandangan dan gambar kawan kawan je lah. 











Keindahan di Pa-bong-piang Rice Field Terrace, Maechan, Chiang Mai, Thailand. 

Gambar oleh member aku, awek-awek Siam yang merayap dan membakar dendam kesumat pada aku yang tak berjaya sampai ke sana lagi. Sepatutnya aku join sekali.

Insha Allah. Satu masa nanti !

Sepanjang PKP di bulan Nov selain bekerja seperti biasa, aku sibuk cat rumah dan deko deko working area aku...

As usual ulang alik ke Ikea mencari idea...sambil isi perut.



Menukar ruang dinding dari ini.....



Jadi cam nih !

Tengah time time mood membuak buak nih !..Baru la rasa gah sikit nak online dari rumah...


Apa apa pun, covid tak covid aku tetap busy dengan kerja... Sempat ada event lagi di KL walaupun tak lepas nak merentas ke destinasi asal, Langkawi !






Busy gak la dengan projek, tak sempat nak bernafas atau bermasa santai WFH macam orang oran lain.

Tapi bila ada masa terluang, aku layan Netflix je la manjang...


Layan movie & series !

Favourite series this year. Aha... The Queen's Gambit ! Sesungguh aku melayan cerita nih.. Aku jarang layan series kat Netflix ni sebab takut ter hook up. Tapi yang ni serious best !

Sambil sambil tu tertengok gak Emily in Paris.. Just pengubat rindu nak travel. Tetiba kota Paris yang hancing tu pun aku jadi rindu rinduan.....














Sepatutnya aku ada trip ke Paris tahun ni, tapi sebab covid ni, terpaksa posponed. Harap tahun depan masih ada sinar harapan untuk jejak kaki ke sana lagi !


Shuh ! Shuh ! Covid, blah cepat cepat please... Kaki aku dah kurap dan kegatalan nih !


Begitu lah berlalunya aktiviti dan acara yang agak terbatas sepanjang bulan November.


November 2 remember !

5 comments:

  1. Meng, ko budak Washu ke? Hahhaha x sangka kita penah berjiran

    ReplyDelete
  2. kst mana rumah kpg ada swimming pool tu..menarik..

    ReplyDelete
  3. November 2020: aku balik Greece (dgn kebenaran polis ler)... balik yg sangat2 berbeza dari kebiasaan & tak mungkin akan sama lagi walaupun boleh balik di masa akan datang.

    ReplyDelete