Pages

Wednesday, October 14, 2020

#traveldalamnegara : Pulau AUR, Mersing

Mendengar nama Pulau Aur pasti ramai yang tertanya tanya di mana kah lokasi pulau ini terletak? Kalau masuk rancangan Who Wants to Be A Millionaire keluar soalan macam ni mesti ada yang guna talian hayat.

Bagi yang tak tau, Pulau Aur terletak di Mersing Johor. Lokasinya lebih kurang 70 KM dari Mersing dan merupakan pulau paling jauh kedudukannya dari tanah Semenanjung Malaysia !

Pulau Aur ni sebenarnya terletak dalam satu gugusan pulau dengan beberapa pulau lain termasuk Pulau Dayang, Pulau Lang dan Pulau Pinang tapi Pulau Aur ni sahaja yang berpenghuni. 

Ada perkampungan di sini dengan kemudahan sekolah rendah, pondok polis dan pejabat kesihatan. Kemudahan ini hanya diperolehi di salah sebuah kampung yang ada di sini iaitu Kg Teluk Berhala.

Dahulunya perjalanan ke Pulau Aur ini memakan masa lebih kurang 6 jam dengan bot kayu. Atas sebab itu lah pulau ini jarang dikunjungi dan diletakkan sebagai destinasi popular seperti pulau-pulau yang lain.

Kini perjalanan dapat dipendekkan dengan kemudahan speed boat yang memakan masa lebih kurang 2 jam. Itu pun memang punah ranah peranakan kalau terpaksa meredah lautan yang bergelora. Siap sedia muntah melahak kalau jenis yang mabuk laut.

Jadi persediaan fizikal dan mental memang perlu kalau nak berkunjung ke sini.

Namun disebabkan lokasinya yang agak jauh dari tanah besar, kemudahan yang ada di sini juga agak limited. Signal telco cuma ada Maxis saja tu pun bukan 3G pun. Yang lain lain boleh campak je hp dalam laut bagi ikan tengok. Public phone pun zaman bila pun tak pasti lah tapi macam dah tak berapa nak berfungsi.

Nasib baik kemudahan letrik dan air bersih tersedia. Lain lain tu memang kena back to basic je lah. Tapi jangan pulau gi berak tepi pantai sesuka hati korang. Cari lah tandas yang berdekatan.

Pulau Aur ini turut diwartakan sebagai Taman Laut Malaysia jadi sebarang aktiviti merogol ikan atau perbuatan khianat adalah dilarang !

Kalau kantoi, selain boleh kena denda RM 5000, maybe kena berenang sendiri balik ke Mersing !

Salah satu landmark ikonik Pulau Aur ni adalah batu berbentuk berhala yang muncul di puncak bukit. Dan mungkin atas sebab tu, kampung ini di namakan Kg Teluk Berhala.

Salah sebuah lagi kampung yang ada di Pulau Aur ni adalah Kg Teluk Sebukang.

Walaupun penduduk yang tinggal di pulau ini kebanyakannya nelayan, dan pulau ini nampak aman damai, sebenar sejak zaman dulu, pulau ni menjadi lokasi dikatakan perairan tempat askar Perancis dan England berperang sekitar 100 tahun dulu. Dan dalam kawasan laut ini jugalah dikatakan banyak kapal karam yang masih menyimpan harta.

Di kawasan ini jugak banyak diadakan latihan ketenteraan khususnya antara tentera Singapura, Malaysia dan Australia. Pernah berlaku sebuah pesawat tentera Australia terhempas di pulau ni tahun 1999 dulu.

Selain tu pulau ni di kunjungi oleh pencinta aktiviti skuba selain dari yang datang nak ber snorkeling atau menikmati alam semulajadi di perairan pulau yang masih belum terancam terutamanya di Pulau Lang yang berdekatan.

Masih dara lagi okeh ! Ikan ikan pun semua sunti lagi.

Terdapat beberapa chalet penginapan untuk para pengunjung di Pulau Aur ni tapi rata rata semuanya with basic offerings. Kipas je takde aircond. Dan kebanyakkan chalet yang ada hanya di buka mengikut permintaan biasanya during weekend saja.

Antara beberapa penginapan di pulau ni.

Namun biasanya yang menjadi pilihan adalah Bluewater Holiday Resort di Teluk Berhala..... dan

dan juga Sebukang Bay Resort di Teluk Sebukang.

Memang orang datang ke Pulau Aur ni kena bersedia untuk kemudahan yang simple simple jer. No socmed nothing... memang betul betul jumpa damai. Nak mandi, nak snorkeling kat laut yang serba biru atau berguling atas pasir tanpa pedulikan orang sekeliling, semuanya boleh di buat tanpa orang memandang serong. 

Nak viral kan pun takde telco line jadi anda selamat !

Selain tu aktiviti best di pulau ni adalah melayan senja dan melihat matahari terbenam serta menyaksikan kerlipan bintang yang bergemerlapan ketika malam kerana kawasan di sini kurang pencemaran cahaya.

Pastinya kedamaian dan ketenangan yang di cari ditemui di Pulau Aur ni.

Tapi kalau rasa Pulau Aur ni dah cukup lawa. Anda salah ! Tunggu nanti dayang buat kemunculan. Sayang dayang tak? Dayang sayang kamu tau !

Sabar na....tunggu turn.

2 comments:

  1. Haritu plan nak pi pulau mersing, aur ni in the list la. Skli mmber dgr xde internet terus jd krik krik 🤣

    ReplyDelete
  2. wow, pondok public phone! lama tak nampak (tetiba terasa tua bangka...)

    ReplyDelete