Pages

Tuesday, October 20, 2020

OCT 2020 | TEN-talizing OKTOBER

Oktober adalah bulan birthday anak dara aku ni. 

Carik pasal kalau tak selebrate atau aku buat buat lupa. Merajuk lah nanti budak ni.

Dan sempena birthday dia, awal awal lagi dia dah book hadiah apa dia nak. Sana sini aku mencari mana nak belikan hadiah yang dia nak tu.

Much better dari dia asyik dok ulang ulang nak baby sebab kebosanan lah kot dia sorang je kat rumah. Apa dia ingat baby boleh order kat Shoppee dan Lazada agaknya? Tapi aku OK jer cuma pihak pengilang masih belum mahu produce lagi. Operasi pengilangan masih belum dibuka untuk produksi besar besaran.

* mata ke atas tangan di bahu

Last last gigih ke KL kami pegi mencarik !

Hah ! 

Pegi kedai mainan, haruslah hadiah dia nak tu mainan !

Hah ! 

Jenuh masuk dua tiga kedai. Puas kenen kenen belikan yang lain, tak mau gak dia. Akhirnya terjumpa juga apa yang dia nak tu.

Ya. Dia nak skuter letrik. Hish budak budak zaman sekarang basikal dah too mainstream, terus nak skuter letrik !

Masalahnya takde stock. Ada yang display jer tapi kondisi tak baru. Jenuh pulak nak tunggu tokey tu gi ambik stock kat mana ntah. Nak tunggu pasang lagi etc. Berkematu lah aku menunggu kat depan kedai tu.

Sempat la dia test ride dulu. Nasib baik la ada jugak walaupun bukan kaler yang memula dia nak.

Puas hati dia.

Apa apa pun as long as dia happy, OK lah. Tapi aku tau anak aku ni keinginan dia kejap je. Kang dia bosan semuanya masuk store !

Ikut perangai sapa ntah.

* pandang kiri kanan

Dan untuk acara selebrasi, kami menginap di ibukota sambil santai santai di Opus Residence Kuala Lumpur.

Penginapan jenis Service residence dengan view yang memukau pandangan mata !

Penginapan yang selesa walaupun berlaku satu tragedi Oktober di sini. Tapi tragedi yang terjadi ni berpihak dan memberi kelebihan pada aku lah !

Facilities yang tak kurang hebat !

Dan tak dilupakan acara makan makan dan potong kek.

Selesai acara selebrasi anak dara kesayangan ni. Lain lain ada gak acara selebrasi dia dengan BFF lah. Kat sekolah lah dan tak putus putus lagi dia nak selebrate dengan orang orang yang berdekatan.

Mengalahkan aku yang artis antarabangsa nih !

Dan ada masa kena teman dia berskuter pulak.

Teman dia ride, aku tumpang tumpang merayap. Dia syok la berskuter, aku yang mengah nak kejar.

Nasib baik tak kena kejar dengan monyet ! Ahaks.

Apa apa pun, happy birthday anak ku sayang. Semoga kekal sihat dan menjadi anak yang baik.

Papa loves you to seluruh KL dan serata kawasan lembah klang, setinggi menara MerdekaPNB118 turun naik turun naik lif berkali kali... and....... sejauh to the moon and back !

Semoga rahmat Allah sentiasa bersama mu. Amin.

9 comments:

  1. Happy birthday Princess, sama dengan untie ye tragedi Oktober.

    ReplyDelete
  2. Happy Birthdayyy Pwincesssss...

    Meng apa tragedi oktober ko tuuu...cer citeee..cerr cite...

    ReplyDelete
    Replies
    1. * ikat headband pakai muffler, start moto besar... cue lagu awieeeeeeeee


      TAK SANGGUP LAGI AKU............................

      Delete
  3. Happy birthday Princess..dpt hadiah skooter..
    Jln Raja Laut tu mmg heaven utk kanak2, penuh dgn kedai mainan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.

      Tu la hadiah dia nak. dah tu nak dan dan tu jugak nak... nak tak nak terpaksa la demi anak..

      hahaha

      Delete
  4. cantiknya gambar stadium merdeka & PNB118..geram je tengok...hehe...remind me of the subject properties to be valued by year end ni...huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la mcm bangga terlajak pulak dok pandang bangunan tinggi tinggi ni. tapi fikir balik.. utk apa laaaa

      nasib cantik

      Delete
  5. nak wish birthday dah belated sangat, tumpang doakan semoga jd anak yg solehah & penyejuk mata/hati supermeng

    ReplyDelete