Pages

Monday, September 14, 2020

RANDOM @ KAZAKHSTAN - Tips and Tricks

Korek korek dalam draft ada satu entry lagik aku tak completekan pasal trip ke Almaty Kazakhstan tahun lepas.

Kali ni aku kongsi kan sedikit tips & tricks yang mungkin berguna kalau berminat nak melawat ke sana.

Ayuh kita mulakan dengan kuasa 2 horse power ! Sedia......... mula.

01. Walaupun Almaty tidak lagi menjadi ibu negara Kazakhstan tapi ia masih merupakan bandar terbesar. Bandarnya masih dipenuhi dengan bangunan bangunan style Russia yang lama.

02. Mostly penempatan dan pejabat kerajaan masih style lama lah dan nampak bangunan agak kuno namun ada jugak kawasan yang di bangunkan dengan pencakar langit yang lebih modern ter,masuk mall, facilities sukan, hotel dan juga offices.

03. Bangunan bangunan ikonik dan pusat ibadah dengan senibina dan rekabentuk tersendiri.

04. Dan bandar Almaty mempunyai kawasan hijau yang masih di kekalkan dan taman taman banyak dan sungai sungai yang bersih.

04. Kota Almaty mendapat pengiktirafan kota budaya atas dasar muzik under UNESCO. Entertainment di sini tak kalah jugak. Panggung wayang, acara acara sukan etc semua ada termasuk cafe cafe terbuka.

Kalau bandar besar macam Almaty tu boleh lah rasa vibe modern, tapi belah belah jauh skit memang masih kehidupan yang lebih perlahan. Banyaknya orang bertani dan buat kerja kerja buruh.

Jalan jalan raya pun masih bersesak sesak dengan binatang ternakan.

05 Dan mostly facilities untuk pelancong macam tandas awam masih kurang especially di luar Almaty. Kalau ada pun satu dan kena kongsi kongsi. Jamban pun jamban jirus.

Memang pengalaman lawak pun ya lagi lagi kalau tetiba nak memerut atau nak kencing.

Pepandai lah bawak diri. 

Jalanraya kalau kat Almaty tak de masalah. Tapi ouskirt memang sakit ponggong especially laluan merentas kawasan gunung gunung.

06. Biasanya pasar jualan di outskirt Almaty ni mereka lebih kepada jual barangan makanan seperti sayur dan buah buahan.

Kalau keperluan yang lebih elok memang kena cari kat area town jer.

07. Almaty bermaksud apple. Jadi memang banyak kebun pokok apple di tanam di sekitar bandar.

Tapi kebun kebun ni semua bertuan, tak boleh gak nak petik sebarangan. Sebaiknya mintak permission. Rasanya OK je dia bagi usha dekat dekat. Lagi lagi kalau tau orang kita ni kejakunan dengan pokok apple.

Malah di bandar Almaty, buah apple menjadi ikon bandar ni. Kedai Apple? Ntah. Tak jumpa !

08. Kehidupan warga asal Kazakhstan ni lebih kepada hidup yang nomad iaitu berpindah randah. Now payah nak tengok budaya dan lifestyle mereka yang asal. Tapi lawatan ke perkampungan budaya dapat la nak usha cemana cara kehidupan mereka etc. Hidup dalam ger camp, suka berburu dan mereka gemar makan daging kuda dan minum susu kuda !

Kalau berkesempatan boleh usha kampung budaya mereka yang showcase kehidupan masyarakat asal dulu dulu.

09. Money changers di Kazakhstan ni tepi tepi jalan je. Memang nampak macam kodi jer. Sepanjang blok bangunan memang ada kawasan tumpuan untuk nak tukar duit. Kalau foreigners dia orang mostly accept RMB, Dollar, GBP dan Euro je. Tempat tempat macam ni lah lebih better nak tukar duit dibandingkan dengan di airport.

Tapi kalau nak tukar balik duit yang tak guna, biasanya kat airport je lah. Tapi hati hati kira dengan betul sebab dia orang ni kira main congak congak jer. Mudah sangat kena tipu dengan kiraan.

10. Makanan di Kazakhstan mostly halal sebab negara Islam. Menu dia orang banyaknya berasaskan daging dan sayur sayuran.

Ni antara apa yang aku sempat jamah sepanjang di sana.








11. Airport Almaty kecik je tapi security dia agak tight juga. 

Ada member tak lepas balik sebab dia ada pen yang ada camera tu. Terus kena tahan. Dia orang ingat spy.

Penerbangan pulang dari Almaty menuju ke KLIA dengan Air Astana.










Despite apa pun kekurangan, secara overall aku rasa Kazakhstan still negara yang menarik untuk di lawati.

Goodbye Almaty !

6 comments: