Pages

Friday, October 9, 2020

PD2020 - 04 | Kafe KAMPUNG KAW

Sepanjang berada di PD tak de banyak masa kami keluar menikmati makanan di luar. Satunya sebab malas nak cari parking bila balik hotel nanti. Jadi kami opted either in room dining jer. Ada gak guna grab dan food panda tapi makanan tak sampai sampai. 

Terpaksa cancelled je order. 

Malas pun satu gak sebenarnya nak keluar. Tapi sempat sekali berkunjung ke Kafe Kampung Kaw. Port makan yang agak terkenal di PD ni.


Ya ! Nama dia Kafe Kampung Kaw !

Kampung aku? No ! I aint no kampung people.... I is from Hitaly.... 

Waze je nak sampai sini.


Tempat ni memang jadi tumpuan so expect orang selalu ramai especially time tengahari.

Bersedialah untuk menunggu turn. Apa kata main buai dulu sambil nyanyi lagu buai laju laju.


Kalau buai tak gerak laju tu tandanya dah obese. Tak reti reti nak menahan diri dari makan?

Tapi tempat ni ramai orang, mesti lah sedap. Mampu nak menahan diri? Godaan nafsu tu. Jadi abaikan berat badan atau apa jua halangan. Dah sampai, kita kena lah mencuba !....








Nampak tu orang ramai gila?

Usha menu dan makanan makanan yang ada.




Menu yang top kat sini adalah Nasi Lemak kambing, kambing bakar dan geng geng kambing. Patut tukar nama Kafe Kampung GOAT ! 

Eh tapi daging KAW ( lembu ) pun ada juga.

Since masa kami tiba banyak makanan yang dah abis stok, jadi makan je la apa yang ada je. 

Nasib baik la aku bukan penggemar kambing jadi tak de lah kecewa mana.







Alhamdulillah kenyang. 

Overall bagi aku makanan dia biasa biasa je lah. Tak de lah sedap melampau tapi boleh je nak mencuba.




Dah abis makan dan buat pembayaran maka kami blah je lah. Orang pun tak henti henti datang. Ayuh, kita pulang ke pangkal jalan !

Kaw juga.... pulang lah sama !



Takde salahnya mencuba kalau berada di PD ni.

Kafe KAMPUNG KAW
PT3038, Jalan Haji Sirat, 
Kampung Baru, 71050 Port Dickson, 
Negeri Sembilan

Waktu operasi dari 8.30 pagi sampai 2.30 petang jer. Isnin tutup..!


Better datang time pagi untuk breakfast.

bersambung..............


3 comments:

  1. Bagaiman rupe kuih gemok tu Meng?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu gambar 3 ketul tu... mcm kuih biasa je cuma dia gebu pastu makan cicah dgn kuah kuah.. ada pilihan kuah kuah la

      Delete
  2. laa betul la kuih gemok, aku ingat kuih gomok. haha

    ReplyDelete