Pages

Saturday, August 22, 2020

Jejak Kyushu DAY 03 - 02 MOMOCHI PARK

Masih lagi di Fukuoka Tower.

Fukuoka Tower is Fukuoka's tallest building and the tallest seaside tower in Japan. Commanding the skyline at the western edge of Fukuoka's coast, it is one of the city's most iconic buildings and it is Japan's tallest seaside tower.

Fukuoka Tower, which is 234 meters tall, has three viewing decks, the highest of which is 123 meters, rewarding visitors with impressive views of Fukuoka City and the prefecture beyond. On the second viewing deck is a cafe/lounge area. The view of the sunset from the tower has been voted one of the top 100 nightscapes in Japan.

The tower's mirrored surface is covered with lights that allow it to put on impressive evening light shows. The shows change with the season and to celebrate special events.


Dari area SKY view 123, kelihatan di bahagian bawah kawasan Fukuoka Tower yang terletak bersebelahan laut adalah Seaside Momochi Park.




Itu plan aku nak tuju lepas ni.

Tapi since aku masih di puncak menara, ada 2 lantai lagi yang aku belum pegi.





Tingkat 2 di khusukan untuk restaurant iaitu SKY Cafe manakala tingkat paling bawah more untuk fun & entertaining. dikenali sebagai PLAY 116.














Kalau datang malam, lantai dia bercahaya iluminate nampak macam bintang bintang bergemerlapan. Tapi tak de lah aku nak tunggu sampai ke malam.
















Bosan jugak lagipun sunset macam tak ada, aku pun malas nak berlama lama di atas ni.

Di lantai paling bawah tu boleh jugak view sekitar area.

Dah puas, aku turun. Singgah 7e kat bawah beli kerepek kat 7e dengan air dan aku cross jalan ke arah Momochi Seaside Park.
















Kawasan The Seaside Momochi area ni adalah kawasan dengan banyak bangunan bangunan dengan senibina futuristic dan terdapat juga tarikan pelancongan selain Fukuoka Tower iaitu Fukuoka Yahoo Dome atau Yahuoku ! Dome serta Momochihama Beach.

Momochihama Beach adalah sebuah pantai buatan yang mempunyai facilities seperti beach valeyball dan football. Juga port menarik untuk aktiviti riadah dan jogging termasuk menempatkan sejumlah cafes dan restaurants. Marizon Complex menjadi kawasan komersial kecil yang memiliki banyak kedai kedai kecil dan wedding hall.

Memula macam aku nak explore kawasan pantai tu jugak tapi sebab cuaca macam makin gelap dan hujan mula turun rintik rintik, sudahnya aku decide nak balik je la since nak jalan kaki ke subway station tu pun makan masa jugak. Kang kuyup dan demam lagi, tak pasal pasal aku di hantui dengan lembaga makcik Cinderella yang rajin bebeno nak mengemas esok. Esok aku memang plan nak ke Nagasaki. Tu agenda utama aku sebelum Pulau Kyushu ni aku tinggalkan nanti.

Dari kawasan Momochi area tersebut aku menapak semula balik ke station subway. Kali ni aku ikut laluan berbeza arah aku datang tadi melintasi kawasan Fukuoka Library, Fukuoka City Museum, Momochi Central Park sehingga lah sampai semula di Nishijin Subway Station.






















Sampai di station subway, ambik train terus balik ke penginapan. Agak ramai manusia sebab time orang balik keje.

Sampai kat area Gion, tetiba ketagih nak makan Japanese food macam semalam tu. Intai intai tak jumpa kedai yang menyelerakan. Last sekali balik bilik pekena Biryani Ayam masakan sendiri !












Nak tergelak aku kat TV ada channel porno. Tapi kena bayar kot, aku kan baik so tak berapa lah nak layan mana.

* tiup kuku

Makcik Cinderella masuk kemas bilik. Mesti suka hati terkabul hajat dia nak kemas bilik aku hari ni. Abis baju baju aku dia kemas dan lipat. Pyjamas pun siap atas katil untuk aku.

Esok aku bagi dia chance kemas awal sebab aku nak keluar awal ke Nagasaki. So malam ni kena tidur awal ! 


Di luar jendela, hujan mula turun dengan lebat.....

bersambung..................

6 comments:

  1. Woowwww best ni. Excited tgk trip pi Jepun sbb belum sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti boleh roadtrip ke sana lepas selesai covid... boleh cover banyak tempat

      Delete
  2. thanks share gambar2, nak pergi sendiri entah bila..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome.. ada rezeki dapat la jejak ke sana nanti tu

      Delete