Pages

Tuesday, August 11, 2020

Jejak Kyushu DAY 01 - 01 MENUJU FUKUOKA

Salam bahagia. Bahagia ke tak?

Cubaan untuk menghabiskan kisah perjalanan Jejak Kyushu tahun lepas ke Fukuoka Jepun.



Highlight dah diserbu teritip di sini : Jejak KYUSHU 2019

Maklumat travel seperti itinerary dan expenses pun dah berkulapuk di sini : Trip Fukuoka 2019 - Itnerary & Expenses. Segala details dan tips dah pun aku kongsi.

Jadi cerita yang nak aku kongsi ni pun dah basi. AWAS ! Jangan keracunan nanti. Tapi boleh lah setakat usha usha gambar jer.

Perjalanan bermula di KLIA 2.





Masa ni first time travel lepas keluat dari hospital. Memang agak keliru nak proceed ke tidak sebab takut kesihatan menganggu trip solo aku ni tapi mengenangkan aku beli tiket begitu murah untuk trip ni jadi tawakal je lah.

Moga moga perjalanan di permudahkan.



Flight malam. OR hantar ke airport. Dia pun macam berat hati nak melepaskan aku pergi tapi bak kata pepatah Hindi.

Deyyy ! Kalau dah tahi lalat sebesar kuali di kaki, tak akan ada yang mampu menghalangi jiwa kembara yang tersemat dalam diri.

* begitu Ashwarya Rai berfalsapah sambil tangan gaul kari.



Dah tak de apa nak buat, terus je ke balai perlepasan. Solat kejap dan lepas tu usha usha kawasan sementara menunggu waktu penerbangan.






Baru aku tau ada movie lounge dekat KLIA 2 tu.

Oh tak lupa beli rokok sebagai bekalan di tempat orang. Kemudian terus ke gate.






Sebab flight dah nak dekat tengah malam. Masuk flight terus terbongkang. 

Hanyut di buai lena sambil dalam hati cuak badak jugak. Tak berapa yakin dengan kesihatan sendiri walaupun aku rasa macam dah OK. 





Aku ambik seat di Quiet Zone jadi agak privacy. 

Sempat makan dan sambung tidur. Sedar sedar mentari pagi dah pun muncul. Layan view perjalanan menuju ke negeri matahari terbit ini.






Layan perasan sehinggalah pesawat mula menurut untuk mendarat di Fukuoka Airport !













Selamat datang ke Fukuoka !

Ini kali ke 2 aku ke sini. First time dulu tak naik flight, jadi kali ni perjalanan agak berbeza. 


Urusan immigration agak ambik masa sebab ramai passengers yang baru tiba. 

Dalam flight ada pengumuman tentang larangan membawa makanan berdaging, aku pun cuak jugak. Tawakal je lah. Ada kastam bukak beg tapi dia tak tanya banyak. Katanya kalau kantoi haru biru jugak nak kena denda.

Dulu boleh je bawak makanan makanan macam ni, tapi maybe ada isu, larangan tersebut kiranya baru dikuatkuasa time tu. Dan aku dah siap beli extra makanan dalam flight dengan harapan nak tapau dan makan nanti bebila aku lapar di hotel.

Nasib tak kantoi bawak Nasi Padang. Kalau bau semerbak ke sah sah kantoi pakcik kastam tu tau. Baru padang muka !

Keluar ke balai ketibaan aku terus ke kaunter information dan selesaikan apa yang perlu untuk trip aku kali ni termasuk pegi tukar duit di money changer.





Aku dapatkan info cemana nak sampai ke city center. Ada beberapa cara nak sampai ke sana dari airport ni. Naik bas atau subway terus ke Hakata Station.

Aku decided nak naik subway je. Since aku beli 2 day pass maka sebaiknya aku gunapakai sebaik mungkin kelak.

Eh tapi jap ! Macam ada sesuatu yang kurang.

Oh !

Patut la rasa kurang bermaya karin. Kandungan nikotin dalam tubuh sudah berkurangan membuatkan aku rasa hambar jiwa raga. Jadi ayuh kita berasap dulu di luar. Apa guna bawak rokok banyak banyak kan?




Lega dapat hirup udara segar.

Dah merokok dan menambah nikotin dalam tubuh, aku cari shuttle yang akan bawak ke domestic terminal sebab subway station ada kat terminal sana. Ada free shuttle disediakan. Naik shuttle bus tu dalam 20 minit jugak.

Sampai di domestik terminal terus ke subway station dan ambik subway ke Hakata Station.





Hanya 2 station dari domestik terminal akhirnya aku selamat sampai di Hakata Station.




Oh. Tempat ni aku pernah sampai dulu. Betul betul terasa bagai dejavu !

Ah….hanya terbayang kisah dahulu 
Esok mungkin berulang kembali….?


bersambung.............

6 comments:

  1. Hahaha part kat klia2 tu ngn atas flight aku mcm feeling plk baca. Mcm aku plk kat situu 😅 sindrom rindu nk naik flight

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar sabar... nanti gi naik flight mainan budak2 kat giant tu. siapkan coins banyak2. kalau sejuk pakai jaket tau...

      hahhhaaa

      Delete
  2. Hakata Station...pernah sampai tapi dlm bangunan je...Osaka-Hakata-Nagasaki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. JR station kat jepun yg besar2 ni kalau merayap pun payah nak abis. x pe lah lain kali boleh gi Fukuoka pulak

      Delete
  3. mu gi 2019, entry 2020 & aku baca 2021... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe.... aku balas komen buleh jengok entry ni semula di tahun 2022

      Delete