Pages

Tuesday, July 7, 2020

GBS Gets TOGETHER

Acara paling di nanti kan. 

Acara gilang gemilang bila GBS bersidang....................

Lama weh tak berjumpa sua. Lebih pada 3 bulan. Sepanjang PKP masing masing update diri secara maya je. So kali ni, pertemuan pasti jadi....!

Banyak gossip riang perlu di kongsi dalam sesi bawang membawang !




Now masing masing dah ada di kota, jadi kami mengadakan majlis get together di lokasi terulung iaitu di Shah Alam.

IH dan BW ambik aku dan kami ke rumah MH.

Selaku tuan rumah, MH dan bersiap sedia dengan juadah nak menjamu anak tekak tetamu yang kelaparan datang ni.

BW bawak kudapan. IH bawak kereta. Aku nak bawak apa?




Last sekali jumpa gerai buah je. Nak beli durian takut kena keji, last sekali beli mangga jer !

Janji nak datang lepas zuhur, lepas asar baru kami tiba. Biasalah masing masing ambik masa yang lama untuk kelihatan menawan setelah lama tak muncul dan menatap wajah masing masing.

Penampilan perlu di jaga ! Kalau tak kawan kawan cerca.








Bukan setakat menjadi host, MH siap sedia dengan juadah ala ala raya walaupun.............

Dipersilakan ke pentas hidangan menjolok mata dan selera.











Kudos pada MH yang gigih membuat persiapan walaupun sekadar order saja !

Dah nama jantan, mana nak masak beria ria kan? Lagipun dia tak cukup kaki tangan. Tak pe lah. Makan tu no dua yang paling penting....

Mana pisau? Meh potong bawang bersama sama !!!!










Busy memotong bawang sampai ke senja. Macam macerita masing masing. Al maklumlah sekali sekala berjumpa. Masing masing berebut mic nak cerita itu ini. 

Nyaris nyaris tak jadi tragedi sampai berbunuhan !

Dan MH buat kejutan.... 

Lepas maghrib, siap sedia dengan manisan celebrate birthday aku.




Oh terharu rasa. Menitis airmata. Tup Tup Tap...

As usual, bukan aku sorang yang celebrate birthday bulan Julai ni. BW dengan CP juga..

Bagi mengelakkan penyakit kencing manis, aku cuma makan ni jer...


Lagi pun aku yakin dan percaya kemanisan tetap sebati dengan diri sendiri dan jiwa raga ini. Ewah !

Lagi lagi bertambah usia ni. Bertambah manis orang kata. Kalau semut nampak, boleh histeria datang nak hurung aku yang bertambah kacak dan tetap bergetah saban tahun dan setiap masa.

Malangnya CP tak dapat join kali ni. Dia ada balik sini tapi terpaksa pulang ke kampung sebab mak dia tak sihat. Tolong doakan moga emak CP cepat sembuh. Insha Allah.



Menjelang malam hari, sesi membawang agak kendur masing masing kekenyangan dan tak daya bertahan lama. 

Tanda tanda penuaan semakin menyerang.

Lewat malam, kami bersurai !

Siap MH paksa kami tapau bawak balik makanan yang ada. Dan aku risau berlaku tragedi siku menjadi buruk sebab dengan mangga yang aku bawak tadi, dia paksa aku bawak balik semula.

Aku harap siku aku kekal mulus dan tak menggerutu.

Moga bertemu lagi dalam masa terdekat ni....Terima kasih sahabat sahabatku ku. Aku tak ramai member tapi yang ada ada ni memnag cukup membahagia kan !

Aku menunggu kejutan lagi dan lagi..................... Jangan lupa ya. CASH & JEWELRY only !!

* blow rambut Rapunzel; nak flip rambut sendiri tak reti !

4 comments:

  1. Oooo penutup jamban MH ke yang ko acah2 tingkap kapal terbang tu?ko dah pasang balik lum tu lepas guna?sian MH kang carik penutup jamban dia hilang!

    hahaha ayat hujung hujung kau tu aku suka...dah tua baru aku realise tak perlu banyak kawan pun...sebab dulu aku taksub ramai kawan, the more the merrier katanya...hahahaha....eh meng aku ada kejutan untuk kau tau!ko tunggu tau...tungguuuu...






    #laripibalutkasutjoggingbertatahswarovski

    ReplyDelete
    Replies
    1. penutup jamban tu aku bawak balik peluk sambil tidur ( sebab rindu nak travel naik kapal terbang )

      * berdebar debar tunggu poslaju datang hantar parcel... (dah siap siap beli head band nak jogging dgn kasut baru )

      tracking number pls??

      Delete
  2. weh, dekat dooh doh dgn rumoh ambo

    ReplyDelete