Pages

Friday, July 24, 2020

Akhirnya... JUMAAT Ku Yang Pertama.........

Sejak dari masa PKP, memang tak boleh nak ke masjid. Apatah lagi hari jumaat untuk tunaikan solat Jumaat.


Sebab lama sangat tak solat Jumaat di masjid waktu waktu solat Jumaat bertukar menjadi ....

Waktu tidur !

Buntu.....lalu tidur lagi...

Kekadang lupa hari tu hari Jumaat.

Jadi tidur dan tidur lah jawabnya...

Dan bila sesi solat Jumaat di buka...

Memandang sepi orang ke masjid sedangkan giliran aku tak tiba tiba...

Mennggu dan menunggu lagi...( dengan mata berkaca)

Kehadiran ke masjid selalu tak mendapat kelulusan

Berduka cita tak dapat pelepasan.. Tetap menaruh harapan...

Sampai hampir mental di buatnya bila cuba cuba walk in tapi tak dapat kebenaran masuk ke masjid !

Namun !!!

Saat yang di nanti nantikan tu pun tiba bila dapat message di wassap macam ni !



Yahoo !! Sujud syukur.

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya doa aku di kabulkan. Tu pun member yang apply kan. Gigih aku ke Cyberjaya untuk solat Jumaat buat julung julung kalinya setelah sekian lama.

Lama tak datang sini dan bersolat Jumaat sampai aku terlupa toilet kat belah mana !



















Alhamdulillah. Setelah sekian lama menanti.... ini lah Solat Jumaat pertama selepas PKP.

Minggu minggu berikutnya tak dapat dapat lagi dah. Kalau tumpang solat fardhu pun kena belah belah luar je kalau timing orang dah abis berjemaah.

* sigh...

Cepat cepat lah Covid ni reda supaya kita sama sama boleh kembali mengimarahkan masjid.

10 comments:

  1. Alhamdulillah. Dapat giliran. Suami sy dah 2x boleh solat jumaat. Hari ni tak sure la. Semoga cepat la covid ni berlalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.... minggu lepas pun dapat lagi.. harap lepas ni ada peluang yang berterusan

      Delete
  2. Alhamdulillah tahniah sebab dapat giliran 🌟

    ReplyDelete
  3. Tahniah Meng....sedihkan kalau whatapps kita tak ada reply dari pihak masjid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Memang sebak terharu dapat peluang keemasan cam ni

      Delete
  4. asal kucing je..tido...asal tido je kucing...tp kucing rambut elvis tu terpaling comel walaupun comot 😁

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, tahniah. Tp masuk 2021 ni x boleh balik dah... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... dekat di mata tapi tapi tak leh nak jejak.... moga sentiasa dekat di hati

      Delete