Pages

Wednesday, June 17, 2020

KAZAKHSTAN - Journal of Nomads :: 07 | KOK TOBE

Satu lagi tempat menarik di Almaty yang mana menyajikan pemandangan panorama kota ini dari puncak bukit adalah Kok Tobe.



Kok Tobe yang bermakdus Bukit Biru adalah sebuah bukit di Almaty dengan ketinggian 1100 meter.Kok Tobe kini menjadi salah satu mercu tanda utama di bandar ini, dan ia terkenal di kalangan pengunjung dan pelancong ke Almaty bagi melihat panorama dan keindahan kota.






Asalnya Kok Tobe dinamakan sebagai Verigin dan sejak dulu menjadi lokasi kegemaran penduduk Almaty. Semasa musim panas, orang awam menganjurkan perayaan Hari Mei . Pada musim sejuk, ia adalah tempat yang popular untuk bermain ski dan kereta luncur. Terdapat Menara TV setinggi 372 meter di kaki Kok Tobe ini yang dapat dilihat dari sebahagian besar bandar. 

Menara ini mulanya di bina pada tahun 1978 sebagai menara penyiaran yang mampu memberi liputan siaran di seluruh Kazakhstan dan juga menjadi landmark kota Almaty. Di awal pembinaan terdapat masalah melanda seperti struktur tanah yang tidak stabil sehingga usaha pembinaannya gagal dan kawasan ini terpaksa di tutup. Bermula tahun 2004, kerja-kerja memulakan pembinaan semula dan pengukuhan lereng Kok Tobe dijalankan dan pada tahun 2006, sehingga lah siap sebuah menara di kenali sebagai Almaty Tower. Lepas tu baru lah Kok Tobe ini membuka pusat hiburan rekreasi, yang dinamakan sebagai Kok Tóbe Park.








Kok Tobe Park mempunyai tarikan seperti restoran. feris wheels, gerai gerai jual souvenir dan taman hiburan keluarga.

  





Tarikan lain yang ada di puncak Kok Tobe ini adalah...

Fountain of Desires 


The Fountain of Desires berbentuk buah epal sebagai simbol Almaty. Ramai je yang buang duit dalam kolam tu.




Beatles Statue of Almaty


Monumen The Beatles yang diperbuat dari gangsa oleh pemahat Eduard Kazaryan diletakkan di puncak Kok Tobe pada 15 Mei 2007. Monumen ini dirasmikan sebagai sebahagian daripada pelancaran National Award "Music feature – 2007". 

Ini adalah monumen pertama Fab Four dengan John Lennon dilihat duduk di atas bangku dengan gitarnya, sementara dibelakangnya berdiri Paul McCartney , George Harrison dan Ringo Starr.
  


Ada Alley of Lovers, laluan orang datang berdating sambil berkasih sayang. Roller coaster, Ada gerai gerai permainan, tempat makan dan macam macam lagi...








Ada jugak Zoo, galeri seni, dan tea house.






Bukan lah zoo dengan binatang ganas ganas pun. Petting zoo jer.

Dan paling menakjubkan di puncak Kok Tobe ni adalah layan view sekitar Almaty dan kawasan pergunungan!










Boleh datang layan view atau melihat lampu lampu ketika malam yang bergemerlapan di seluruh bandar Almaty.

Untuk sampai ke Kok Tobe ni ada 2 cara...shuttle bus atau cable car.

Masa naik, aku naik bas dan ambik shuttle dari bawah.



 Dan turun naik cable car.


Menaiki kereta kabel agak menarik untuk lihat view pemandangan pergunungan dan Almaty sehingga lah ke station bawah berdekatan dengan Republic Square.









2 ways to get here: take the cable car from Dostyk & Abay Aves. – 2,000 KZT or take bus 95 or 99, 80KZT to the terminus. From there, take a shuttle bus to the top of the mountain 500 KZT.

Kok Tobe adalah port terbaik untuk view Almaty. Situ jugak la kalau nak beli souvenir sebab kat lain aku macam tak nampak ada jual. So boleh shopping kat atas tu jer.

Sampai cable station kat bawah boleh pekena Starbuck !

bersambung.............

2 comments: