Pages

Wednesday, June 3, 2020

KAZAKHSTAN - Journal of Nomads :: 01 | KUL - ALMATY

Dah lama tak travel mana mana. Dan tak pasti bila pulak boleh travel semula macam dulu dulu.

Oh. Rindu nak naik kapal terbang.

* padam tahik lalat di kaki dengan liquid paper.........

Bersempena dengan bulan Jun, dah kira masuk pertengahan tahun. So aku nak share perjalanan aku ke Cenral Asia iaitu KAZAKHSTAN, negara yang memang aku teringin nak pegi tapi tak sangka dapat pegi !

Highlight dah muncul dulu : Mengintai Bumi KAZAKHSTAN Dari Kota ALMATY.

Dan aku pernah jugak kongsi perihal keindahan negara ini : Jatuh Cintan Dalam Diam @ ALMATY



Kali ni aku share perjalanan kisah trip ni bermula dari perjalanan ke Almaty dari KLIA untuk tatapan korang yang budiman. 

Budiman ke? Siapa nama budiman sila angkat tangan !!!

Sebenarnya trip ni trip company jadi aku tak nak gebang banyak. So layan je lah gegambar ya.








Penerbangan dari KLIA ke ALMATY dengan AIR ASTANA. 

First time nak naik airlines ni. Excited aku nak merasa dan nak puji melambung setinggi langit ke 7.... 

"Air Astana was described by the Centre for Asia Pacific Aviation in January 2012 as having "performed better in its first decade than just about any other start-up carrier".

Tup tup bila check in, katanya flight delayed ! Patut berangkat 10.30 pagi tapi delayed jadi 12 tengahari !

Cheh....

Tak jadi nak puji memuji. 

Sudahnya melepek la di KLIA tu sementara menunggu penerbangan.

Para perokok boleh beli duty free rokok 1 carton untuk kuasa menaga di negara orang kelak !







Delayed disebabkan flight dari Almaty ke KLIA tak sampai lagi.

Rengsa tau tak menunggu !.. Dah tak de aktiviti nak buat. Nasib je tak over rajin take over keje keje mencuci lantai airport tu menghilangkan bosan.




Dah sampai kat bangunan sattelite lepas tu nampak lah fleet Air Astana dah siap sedia menunggu. Kalau tak, mana nak aku sorok kan muka ni daripada jiran tetangga yang dok tanya bila nampak aku bawak beg besar nak gi Kazakhstan ! 

Silap silap kena sindir terpaksa ke negara GoStan. 

Tambah merana jiwa !




Dapat seat duduk diam diam. Oh aku tak duduk Business Class sebab kena tambah duit sendiri. Aku kedekut. Alah 8 jam je. Pejam mata kang tup tup sampai.

Flight agak penuh. Ramai yang ambik flight ke Almaty ni untuk transit ke Istanbul dan tempat tempat lain dalam route Air Astana ni. Tak tau lah maybe murah kot.

Memula sebelah seat aku ada orang, tapi depan aku dekat emergency exit tak de orang, so stewardess tu suruh aku duduk situ sebab kalau kecemasan aku boleh bukak kan pintu. Nampak tak tugas penting di situ kalau berlaku kecemasan?

Aku akur demi berbakti kepada penumpang lain. Ya lah tu berbakti..... port sedap layan tido ada lah !

So aku dapat 3 seats kosong dan boleh berlunjur lunjur.




Pengalaman naik Air Astana bagi aku OK lah. Premium airlines kan. 

Legroom OK. Makanan so so. IFE not bad. Sempat gak layan 2 movies sepanjang 8 jam flight time. Crew pun muka muka sedap mata memandang lah. Takde lah pedih mata.








Makan. Layan movies. Lelap kejap. Makan lagi dan layan view.

Flight route KUL - ALMATY fly over negara ...tan... tan...(Tajikistan, Kyrgyzstan) macam lawa juga.








Tup tup dah nak mendarat.....








Alhamdulillah sampai !

Airport Almaty agak lawa sebab di kelilingi kawasan pergunungan.

Time di Almaty & Kazakhstan adalah 2 jam lewat dari Malaysia.

Welcome to Almaty !



Urusan immigration dengan luggage claim slow sikit. Walhal tak de banyak flight pun sampai. Btw Malaysian tidak payah visa untuk masuk Kazakhstan.

Apa apa pun. Menjelang petang aku tiba di Almaty. Bandar terbesar di Kazakhstan ini. 

Dan trip macam ni senang tak payah pening pening kepala nak memikir. Semua orang uruskan. Cuma yang masalah kalau ada yang selow dan merayap ntah ke mana. Susah nak on time. Asyik asyik hilang jer.

Nasib la airport dia pun kecik jer.



Apa lagi nak buat bila dah sampai ni? Makan lah ! Perut dah lapar...........................

* dasar perut boyak 

bersambung.......................

10 comments:

  1. aku pun nak beli liquid paper lah camni...hukhukhuk!

    ReplyDelete
  2. terbaik, dok cadang nak pi juga. inshaallah lepas covic. tahniah

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... Kurang-kurangnya terubat rindu nak travel bila baca entry ni.

    ReplyDelete
  4. SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. 18 September 2019? Aiseh, 21 September tu ambo pulok fly. Tak jauh dah selisih tu. Tetiba.

    ReplyDelete