Selain daripada Rainbow Bridge di Elmina Park, terdapat sebuah taman rekreasi berdekatan dikenali sebagai Elmina Cenral Park.
Juga terletak di kawasan pembangunan baru Elmina City, taman ini menjadi tarikan terbaru untuk warga berdekatan beriadah sambil menikmati suasana baru di sini.
Taman rekreasi yang besar dan luas di Elmina ini boleh menjadi tempat riadah serta bersantai di hujung minggu. Selain pelbagai kemudahan sukan, ia turut juga mempunyai trek larian dan berbasikal - sesuai untuk dinikmati seisi keluarga terutamanya di waktu petang.
Selain lepak santai ada jugak orang jual aiskerim. So bawak duit kalau anak anak mengaruk nak beli aiskerim !
Satu yang menarik di sini ialah terdapatnya sebuah jambatan ikonik Elmina City. Jambatan ini dapat dilihat sebaik saja memasuki kawasan Elmina City.
Jambatan ini dibina untuk menghubungkan kawasan dari arah Rainbow Bridge ke kawasan Elimna Valley Park. Malangnya time aku datang dulu jambatan ni masih belum di buka untuk laluan.
Di Elmina Valley Park ini terdapat kawasan tasik yang dibangunkan untuk tujuan rekreasi.
Kalau berkesempatan boleh menunggu pemandangan matahari terbenam yang indah di kawasan tasik ni.
Dan tidak jauh dari kawasan Valley Park ini terdapat look out point yang menyerupai seolah olah Tori Gate di negara Jepan.
Jangan risau, kemudahan riadah di sini terbuka untuk orang awam walaupun tidak menetap di sini.
Cuma pepandai la menjaga kawasan dan jangan buang sampah merata rata.
Sayangi alam sekitar kita !
Suasana malam memancarkan limpahan lampu lampu di kawasan jambatan dan menjadikannya kelihatan lebih lawa.
Canteknya tempat ni. Boleh beriadah dengan family.
ReplyDeleteKami di Kapar jauh dari tempat riadah yang best2, paling dekat kena g Setia Alam. Nak sampai ke sana, kalau nak piknik jawabnya sandwich dah habis dulu dalam kereta. hehehe
kapar dekat dah dengan pantai kan> leh ambik angin segar...
Deletekalau nak dtg sini memang jauh skit.. kena picnic bawak nasi minyak la gamaknya... heheh
Cantik kawasan nih .... mungkin nanti nak beli sini ler bila dah tua tua nanti (kalau ada umur lagi ler) ... sebab rasanya kalau duduk Canada nih tua tua susah gak... sebab sejuk sangat waktu winter ... Ingat waktu Winter balik Malaysia 3-4 bulan ....
ReplyDeletegood idea. tapi kalau nak buat rumah rehat baik set rumah kat kwsn kampung skit... bau tenang dan damai....
Deletebau = baru
DeleteAde orang jogging tak malam2?
ReplyDeletemcm gelap kot tapi maybe ada.... mungkin tak ramai lah kot mcm yg dtg melepak petang2
DeleteCANTIK KAWASAN NI
ReplyDeletecantik...
DeleteAda playground x kat sini
ReplyDeletearea ni takde rasanya.. kat rumah rumah tu ada la tapi maybe utk penghuni sini kot
DeleteBoleh fefeeling kat Kyoto
ReplyDeletekena pakai kimono ah
DeleteThank you for this post. I shared the pictures with my friends. They all said its very pretty !
ReplyDeletewelcome.
Delete