Pages

Monday, March 16, 2020

Nasi Vanggey TTDI

Ada peminat Nasi Vanggey di sini?

Hentak hentakkan kaki cepat. Lagi kuat bunyi gelang kaki lagi afdhal !

Mari ku bilang, kalau nak makan Nasi Vanggey ni tak perlu ke Ipoh lagi dah. Sekarang banyak cawangan dia di luar Ipoh. Salah satunya adalah di TTDI, KL.



Hari tu nampak signage dia pastu terasa nak makan tengahari nasi Vanggey ni. Nak gi Ipoh macam tak lalu. Jadi, pekena yang dekat sini...

Ayuh !

Lokasinya dekat dengan Balai Bomba TTDI. Kalau terbakar kepedasan lepas pekena kari, boleh terus lari mintak bantuan !





Kunjungan kami agak lewat skit time tu jadi orang tak ramai dan lauk pun banyak dah kehabisan.










Not bad lah. Boleh tahan macam rasa Vanggey Ipoh tak lebih tak kurang. Cuma pilihan kurang sebab datang lewat. Tapi asal ada ayam goreng bagi aku dah memadai.

Abis licin menjamu selera.

Cuma harga agak mahal skit. Maybe faktor lokasi la kot.



Untuk makluman, Nasi Vanggey di luar Ipoh di miliki oleh Muslim bumi. Jadi tak perlu ragu ragu.


Selain dari nasi Vanggey, ada jugak nan cheese, satay Kajang, Western dan macam macam lagi especially waktu malam. Memang sesuai nak lepak lepak bersama rakan dan taulan.

Dah kenyang makan Nasi Vanggey, usha pasar minggu kat Taman Tun jap.





Restoran Nasi Vanggey TTDI
Address: 38, Jalan Tun Mohd Fuad 2,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur
Phone: 03-7731 4217

fb :  Nasi-Vanggey-TTDI

Open everyday, closes at 2 AM

Sapa yang hentak kuat sangat lantai ni tadi? Dah merekah ni. Sila simen semula.

6 comments:

  1. Kalau peminat nasi vanggey ni senang nak makan lepas ni. dah tak jauh nk g cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.... tapi kalau ke ipoh lagi mencabar dan mencapai kepuasan tahap maxima

      Delete
  2. SM, ambillah gambar resit mcm dulu. Boleh budget2 nak tahu harga... :)

    ReplyDelete