Pages

Thursday, March 5, 2020

AMBASSADOR ROW HOTEL SUITES by LANSON PLACE | 01 - Hotel & Facilities

Masa untuk beristeri-rehat ! Eh. Beristirehat.

Staycation over the weekend, kali ni kami tak mau pegi jejauh. Jadi ke KL saja dan memilih Ambassador Row Hotel Suites by Lanson Place sebagai penginapan.

Only ten minutes from the Petronas Twin Towers and Golden Triangle, Ambassador Row Hotel Suites by Lanson Place is located in the heart of the diplomatic quarter with comfortable one to three bedroom suites.






Lokasinya di Jalan Ampang.

Memang penginapan ni kira dah lama, tapi aku ada baca most of bilik dia dah refurbished dan di naik taraf dan under Lanson Place Management. Jadi rasanya tak salah lah nak mencuba.



Ketibaan kami di sambut mesra. Parking di sediakan di belah basement. Agak banyak kosong dan mudah jugak.

Dah park terus ke lobby untuk urusan check in.

Layan suasana di area lobby dulu !








Lobby style hotel lama yang agak grandis. 

Terpaksa menunggu sikit sebab reception area agak busy time tu. Banyak area boleh lepak lepak sementara menunggu turn. Ada welcome drink di sediakan.







Urusan check in tak lama mana. Dapat bilik terus kami bergerak ke Executive Floors di mana suite yang di tempat sebagai penginapan di sini.

Sebelum tu, usha beberapa facilities yang ada di Ambassador Row Hotel Suites by Lanson Place ni....




01. Fully Equipped Gymnasium with Saunas and Aerobics Room (Open 24 Hours).





02. Swimming Pool. 

Ada outdoor pool with sun lounging area. Tapi budak budak tak nak mandi sebab segan kot. Pool dia depan area lobby. Ada restaurant lak kat depan tu.







03. Spa

Dekat area pool dan lobby.



04. Meeting Rooms.

Ada 3 meeting rooms di sini.




05. Children’s Playroom




06. Self-service Laundromat, Internet E-Corner & Convenience Store


07. Duta Lounge (exclusively for Executive Floor guests).

Macam tak de orang. Ada kudapan di sediakan tapi macam tak berapa menarik sangat.





08. Covered Car Park with CCTV Surveillance


09. Ambassador Row CafĂ© (7:00am to 11:00am). 

Di sini tempat kami breakfast. Spread dia OK lah tapi orang agak ramai dan seat sangat limited.





10. Viewing area/Lepak area

Yang menarik di hotel ni, ada 2 tempat yang boleh lepak santai dan jadi viewing area selain daripada area lobby tu.

Satu di Level 2 iaitu Laman Atria.




Dan satu lagi di level atas. Lupa dah tingkat berapa.







Nanti usha penginapan di Ambassador Row Hotel Suites by Lanson Place ni.

bersambung..........

2 comments: