Pages

Monday, March 2, 2020

5 Warung AYAM CINCANG Yang Boleh di Cuba di Area PUCHONG/CYBERJAYA/PUTRAJAYA

Pening kepala dan tercari cari gerai atau warung ayam cincang di sekitar kawasan Puchong/Cyberjaya dan Putrajaya?

Jangan risau !!

* campak uphamol sebakul dalam longkang

Aku kongsikan 5 lokasi pekena nasi ayam cincang yang boleh ditemui di kawasan kawasan ni.

01. NASI BERLAUK AYAM CINCANG AJ, Taman Pinggiran Putera (berdekatan dengan Putrajaya)

Kedai nasi berlauk AJ yang terletak di Taman Pinggiran Putera tidak asing lagi kepada masyarakat dan penduduk sekitarnya. Jika pada hari bekerja, nasi berlauk AJ menjadi pilihan kepada kakitangan Kerajaan di Putrajaya. Walau terpaksa memandu ke arah pinggiran putera, ianya amat berbaloi apabila dapat mengeyangkan perut dengan nasi AJ yang sedap. Selain di pinggiran putera, nasi AJ juga ada cawangan di semenyeh dan menara MBF di KL.  

Tapi aku yakin, AJ bukan stand for Aida Jebat !








PROS  : Ayam garing. Kuah pun sedap. Harga murah.Harganya cuma RM5.00 (biasa) dan RM6.50 (special). Ada gerai jual akok panas kat sebelah.

CONS : Ramai orang. Suasana tempat makan panas !

NASI AJ (Nasi Belauk Ayam Goreng Cincang)
Persiaran Desa Pinggiran Putra,
43000 Kajang, 
Selangor.
Phone: 012-626 1819

Waktu Operasi : 11.00 pagi - 4.00 petang
Hari Ahad Tutup



02. NASI SJ AYAM CINANG, Cyberjaya

Tadik AJ, ni SJ.... tak sure adik beradik ke apa.

Nasi SJ adalah nasi putih berlaukkan ayam goreng kunyit yang dipotong dadu, dilengkapi dengan gulai ayam dan sambal belacan yang semestinya menambat selera sesiapa sahaja.






PROS  : Ayam banyak. Portion nasi pun banyak. Ada gerai jual shawarma (kebab) sedap kat kedai yang sama.

CONS : Parking limited. Rasa so-so.

NASI SJ Cyberjaya
Warung Hanna 
Cyberjaya
11am - 11pm (everyday)

Selain di Cyberjaya mereka ada cawangan lain di Putra Perdana.

03. WARUNG ABE NASI KUKUS, Cyberjaya.

Warung Abe mensajikan masakan selera pantai timur asli. 

Menu utama di Warung Abe ialah Nasi Kukus Kelate dan Nasi Kerabu dengan aneka lauk ; Ayam Goreng Berempah, Ayam Percik, Honey Spicy Korean dan juga Ayam Kampung. 

Nikmati minuman “signature” mereka seperti Coconut Shake Marvelous, Mango Float, Thai Iced Tea dan juga Teh Ais Kaw.









PROS  : Banyak pilihan lauk. Parking senang, boleh order online. Nasi Kerabu Ayam Korea ?

CONS : Rasa just OK. Di buka hari bekerja sahaja.

Warung Abe Nasi Kukus Cyberjaya
F-G-5, Plaza Crystalville, Jalan Vita 1,
Cyber 12,
63000 Cyberjaya, Selangor
+601111864616

Walk in: 1030AM - 3PM
Online Delivery: 10AM-330PM
Close Saturday & Sunday

Warung Abe
fb : warungabecyberjaya/

04. NASI KUKUS MALAYA AYAM CINCANG, Puchong Prima

Nasi Kukus Malaya Ayam Cincang Puchong adalah restoran yang pertama di Malaysia milik Bumiputera yang beroperasi selama 24 JAM, 7 HARI SEMINGGU dan 365 HARI SETAHUN... !!!













PROS  : Di buka 24 jam !! Parking senang. Gerai besar. Ayam dengan gulai sedap. Ayam pun banyak.

CONS : Tepi jalan besar, debu debu di jalanan.

Nasi Kukus Malaya Ayam Cincang
Lot 65089 Persiaran Puchong Prima
Puchong New Village,
Selangor
Call 012-364 8715

fb : NasiKukusMalayaAyamCincangPuchong/

Mereka ada beberapa cawangan lain seperti di Shah Alam, Puchong Prima dan Mutiara Height.

05. NASI KUKUS MALAYA BEST, Puchong Prima

Lokasinya tak jauh dengan Nasi Kukus Malaya Ayam Cincang. Nama pun dekat dekat so agak confusing tapi kat sini ayam dia tak cincang tapi ayam dara !

Lokasinya berdekatan Shell dan McD.









PROS  : Di buka 24 jam dan ayam goreng dia sedap !!! Portion ayam dara pun besar.

CONS : Parking agak payah sebab area lot kedai. Gerai agak kecik dan seating agak limited. 

Nasi Kukus Malaya Best
16, Jalan Puchong Permai 2,
Taman Puchong Permai,
47100 Puchong,
Selangor

012-364 8715


p/s perkataan Malaya takde kena mengena dengan Supermeng Malaya !



Ada gerai apam balik dan jugak yong tau fu sedap !

**** BONUS :

06. WARUNG CIKGU, Bandar Bukit Puchong

Ni aku rasa nasi kukus paling mantul, paling ngetop ! Dan aku selalu je ke sini kalau nak makan nasi kukus ayam cincang ni. 


Di sini di panggil Nasi Manggey. Sekali makan memang memanggil manggil.. Errk. Seram lak rasa.

Rasa sedap. Lauk gulai best, ayam garing. Coconut shake dia to die for ! Cuma selalu lah ramai orang.









Apa apa pun sedap ke tak sedap ke adalah pendapat peribadi. Kalau bagi aku tak sedap pada orang lain mungkin termasyur ! 

Jadi kena pegi dan cuba sendiri.......................... 

Okey?

12 comments:

  1. Baca ni pun dah terasa kesedapannya 🤤

    ReplyDelete
  2. Ok lapar baca entry ni. huhu

    ReplyDelete
  3. Malaya jugak yg win ye. Ko bias meng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak sedap aku saman sebab share nama malaya tu.. memalukan jer. nasib baik okey

      Delete
  4. Meng ...

    Dua tahun saya di Pengerang ! Tak pernah lak dengar Ayam Cincang nih !!! Mmmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayam goreng potong kecik2... mcm nasi kak wok tu..

      kak wok pernah dgr tak? anita sarawak??? hahhaha

      Delete