Pages

Wednesday, February 12, 2020

Trip Royale PEKAN 03 | KOMPLEKS KAMPUNG BUDAYA PULAU KELADI

Salah satu lokasi pelancongan yang terdapat di Pekan. Pahang ini adalah Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi.





Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi ini terletak lebih kurang 4 km dari bandar Pekan.

Terdapat 2 tarikan utama di kompleks ini iaitu rumah kelahiran Allahyarham Tun Abdul Razak, mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-2 serta dan Pusat Tenunan, Pulau Keladi.



Di kompleks ini pengunjung berpeluang untuk melihat rumah kelahiran Tun Abdul Razak dan Galeri Tun Abdul Razak. Rumah ini adalah rumah yang dibina semula mengikut reka bentuk asalnya oleh tukang yang mahir.

Kita akan dapat menyelami dengan lebih mendalam sejarah hidup Allahyarham Tun Abdul Razak serta melihat sendiri tempat kelahiran beliau. Pelbagai koleksi milik Allahyarham Tun Abdul Razak dipamerkan di galeri ini untuk tatapan pengunjung.

Malangnya semasa kehadiran kami, kompleks ini di tutup sebab hari minggu so dapat usha dari luar jer.











Pekan sememangnya terkenal dengan hasil tenun yang bukan saja halus pembuatannya tetapi juga menawarkan pelbagai jenis corak dan fabrik yang menarik.

Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi ini yang turut merangkumi Pusat Tenunan Sutera Pahang adalah destinasi utama bagi pengunjung yang ingin melihat sendiri bagaimana kain tenun dihasilkan dari awal hingga siap.

Hasilnya yang cantik itu boleh dibeli secara terus atau membuat tempahan terlebih dahulu dengan memilih pelbagai jenis corak kain yang disediakan.

Selain itu, di Kompleks Kampung Budaya ni turut menempatkan Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja (IKTPD) yang menawarkan program pengajian Sijil Kraf Tenunan. Juga ditawarkan disini ialah ruang jualan bagi produk tenun Pahang. 

Galeri Tenun Sutera menampilkan Royal Pahang Silk merupakan bukti yang membanggakan kepada keluarga kerajaan Pahang sejak 200 tahun yang lalu yang mana kaedah tenunan tradisional dan rumit telah diturunkan untuk generasi. Sutera berkualiti ini telah dihasilkan selama beratus-ratus tahun oleh pekerja terpilih di Pulau Keladi.   

Dan dengan nasib yang sama. pusat tenunan ni di tutup sewaktu kami berkunjung ke sini. Usha dari belah luar je, dan tempat ni nampak agak scary...... !







Namun kedua dua tempat ni adalah lokasi yang patut di kunjungi sekiranya berada di Pekan, Pahang ni.



Wahai juita ku indah rupawan
Juita ku sayang
Termimpi-mimpi wajah menawan
Ibaratnya sinar nan gemerlapan
Menuju kalbu ke kalbu idaman
Menuju kalbu ke kalbu idaman

Oh kekasih ku teruna satria
Sayang di sayang
Terpaut aku kerana jasa
Kerana budi lahir asmara
Sebagai embun menimpa bunga
Sebagai embun menimpa bunga

Kalau juita telah sedia
Asmara berpadu kasih

Tiada masa menentukannya
Tiada manusia tahu

Oh asmara ku wahai juita ku
Sayang di sayang
Semoga kita kekal abadi
Hidup bahgia untuk keluhuranmu
Ku puja-puja dengannya semadi
Ku puja-puja dengannya semadi





KOMPLEKS KAMPUNG BUDAYA PULAU KELADI
Kampung Pulau Keladi,
26600 Pekan
Pahang
No Telefon : 09-4221612

Waktu Operasi : 8.00 pg – 5.00 ptg (Isnin-Jumaat)
Tutup: Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.
Kemasukan : Percuma

bersambung.....

6 comments:

  1. bangunan tradisional tu menarik tapi sayang kalau pelancong berkunjung ke situ walhal ditutup :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. silap gak pegi time weekend. tapi time weekend lah org nak pegi kan? ntah lah

      Delete
  2. Meng ...

    Rasanya Najib sempat ker duduk situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat kot.. dia lahir pada 23 Julai 1953 di Bukit Bius, Kuala Lipis, Pahang pastu duk KL sebab bapak dia dah jadi org besar. mesti lah duduk rumah agam.

      rasanya lah.. hahaha

      Delete
  3. syok klu bulih buat rumah tradisional gini.. tp mimpi jah la

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena area pun cun jugak la. kalau tgh tgh bando tak syok gak

      Delete