Pages

Saturday, January 11, 2020

PUTRAJAYA 03 : SHAFTSBURY STELLAR Putrajaya | Hotel & Facilities

Istirehat hujung minggu di Putrajaya bulan Ogos yang lalu.

AUGUST 2019 | XTVT MUSIM CUTI SEKOLAH












Shaftsbury Putrajaya merupakan salah satu pembangunan bersepadu pertama di Putrajaya yang merangkumi bangunan kediaman dan penginapan.




Terletak bertentangan dengan Alamanda Shopping Mall, di Precinct 1, Shaftsbury Putrajaya adalah bangunan kediaman tertinggi di Putrajaya serta penginapan yang dikenali sebagai SHAFTSBURY STELLAR Putrajaya.

Penginapan berkonsepkan pangsapuri ini dilengkapi dengan ruang tamu dan ruang makan yang selesa, dapur serta facilities bertaraf hotel.

Dan kami memilih penginapan terbaru di pusat pentadbiran kerajaan ini untuk melunaskan lelah selain ianya dekat dengan sekolah anak aku. Saja kami nak skodeng anak bujang aku tu tengok dia buat apa kat asrama tu...

Di bahagian bawah pula ditempatkan sebuah pusat beli belah yang bakal menjadi satu lagi lokasi shopping di Putrajaya. Ada Starbucks dan McD !






Siap siap untuk check in....

Parking khusus untuk tetamu yang menginap di sini. FOC..





Usha area lobby....







Check in agak pantas juga.... 

Selesai semua urusan kami diberi kebenaran untuk ke penginapan yang telah di booking.



Shaftsbury Stellar Putrajaya ini menawarkan para tetamu dengan 453 jumlah bilik bilik penginapan yang berkonsepkan Scandinavia yang diilhamkan dengan persekitaran dan suasana gaya Hygge - a mood of coziness and comfortable conviviality with feelings of wellness and contentment. A feeling or moment, whether alone or with friends, at home or out, ordinary or extraordinary as cosy, charming or special.

Sebelum kita usha bilik penginapan yang ada di Shaftsbury Stellar Putrajaya ni mari usha dulu kemudahan yang sedia ada untuk para tetamu.

Shaftsbury Stellar Putrajaya adalah satu-satunya serviced apartment-concept hotel di Putrajaya ini. Ia menempatkan infinity saltwater swimming pool, gym yang lengkap, sauna & SPA center berkeluasan 686 kaki persegi.







Antara facilities yang tersedia di sini termasuk lah.... 

01 GYMNASIUM 

Gym yang di lengkapi dengan peralatan dan keperluan lengkap untuk yang nak menjaga body. Macam ada court tennis tapi tak sure hanya untuk residence atau terbuka untuk tetamu hotel jugak.




02 SWIMMING POOL

Infinity pool berkeluasan 52 m di tingkat 3 untuk santai dan berehat. Terdapat juga kolam renang untuk kanak kanak serta taman permainan.







03 LUXOR SPA

Pusat SPA untuk rawatan dan restore the body, mind, and spirit. Using professional healing techniques and treatments, SPA yang sesuai untuk relaxation and rejuvenation.

 


Time aku menginap SPA masih belum bukak lagi. Dan HAIR SALON juga bakal di buka di sini.

04 LAUNDRY SERVICES

Bagi yang nak cuci cuci baju. Tapi kat apartment dah siap siap ada mesin basuh pun... Sabun je tak der.. Yang ni maybe untuk yang pemalas..


05 MEETING ROOM

Sesuai kalau nak buat buat event kat sini... Ada kemudahan untuk bilik mesyuarat etc...

Asalnya aku tau wujudnya tempat ni sebab aku cari port untuk buat event. Ada member suggest kat sini tapi aku dah booking kat Zenith Hotel dah awal awal lagi. Next time maybe bole try buat kat sini pulak.




06. EXECUTIVE LOUNGE - Thirty6 Lounge 

Kemudahan lounge eksekutif khusus untuk tetamu tingkat eksekutif dan juga untuk acara-acara peribadi. 








Terletak di tingkat 36 iaitu tingkat paling tinggi, Thirty6 Lounge offers pemandangan serta panorama sekitar Putrajaya yang indah.









Sebenarnya aku stay sini sebab dekat dengan sekolah anak aku. Datang menginap sini sebab ada urusan sikit dekat sekolah Hero hari tu.

* teropong 

Alamak. Nampak Menteri Pasola tengah memerut... 


Okeh, nanti skodeng bilik penginapan di SHAFTSBURY STELLAR Putrajaya ni pulak.

bersambung.................

8 comments: