Pages

Friday, January 17, 2020

CENTRAL VIETNAM : Itinerary & Expenses

Biasanya kalau sebut pasal Vietnam pastinya ramai yang akan berkunjung samaada ke Hanoi atau mungkin ke Ho Chi Minh City untuk shopping tudung Lopah fake or Duck tak ori?

Ke dua dua bandar tumpuan ni terletak di belah utara dan selatan Vietnam. Namun bahagian Central Vietnam juga mempunyai tarikannya yang tersendiri.

Contohnya, Hoi An, sebuah bandar Lama Warisan Dunia UNESCO yang tidak banyak berubah sejak dari abad ke-17 dengan gabungan pengaruh antarabangsa yang eksentrik. Hue bekas ibukota dinasti terakhir di Vietnam yang menyimpan pelbagai sejarah dan khazanah dinastinya. atau mungkin Da Nang yang terkenal dengan keindahan pesisir pantainya malah mendapat jolokan sebagai Hawaii of the East serta Nha Trang yang turut sama popular kerana pantai dan lautnya.


Maka dengan itu, Central Vietnam menjadi destinasi explorasi aku dan kali ni aku share itinerary dan expenses sepanjang perjalanan di bahagian ni !

CENTRAL VIETNAM

Destinasi : Da Nang, Hoi An, Ba Na Hills, Lang Co, Hue, Nha Trang
Durasi : 9 hari 8 mlm



Sengaja aku
Datang ke kotamu
Menemanian tidak bertemu
Ingin diriku mengulang kembali
Berjalan jalan bagai tahun lalu

Walau dirimu
Telah pun berdua
Diriku pun tiada berbeda

Namum kenangan
Sepanjang jalan itu
Tak mungkin
Lepas dari ingatanku

Sepanjang jalan kenangan
Kita selalu bergandingn tangan
Sepanjang jalan kenangan
Kau peluk diriku mesra

Hujan yang rintik rintik
Di awal bulan itu
Menambah nikmatnya malam syahdu

Walau diriku
Telah pun berdua
Dirimu pun tiada berbeda

Namum kenangan
Sepanjang jalan itu
Tak mungkin
Lepas dari ingatanku

01 - ITINERARY






DAY 01 | KUL - DA NANG - HOI AN

MALINDO AIR OD 0502 9:35am - 11:10am
SIM CARD : SIM card Vietnam

From Da Nang Airport to Hoi An. 30 KM. 

HALAL RESTO Hoi An
Babas Kitchen Indian Restaurant
Zeytun Restaurant Hoian
Namaste Omar's

Exploring Hoi An Old Town on foot. It is narrow streets include Japanese Covered Bridge, Fujian Assembly Hall, Chuc Thanh Pagoda and Hoi An Museum of History & Culture. 

Airport transfer aku book kat klook : Shared transfer
Penginapan better ambik dekat oldtown area senang nak bergerak jalan kaki jer.. Malam boleh pegi night market dan lepak lepak tepi sungai tengok perahu perahu dengan tanglung.
Ada kiosk tiket nak masuk Oldtown tu, nanti dia mintak beli tiket 120K Dong. Buat muka ketat dan lari atau lalu ikut laluan lain kalau nak free unless nak tiket masuk ancient houses or Japanese Bridge elok gak la bayar.
Dekat Hoi An aku sempat beli nasi putih dekat Zeytun sebab bawak lauk Sharifah. Sharifah dan Zaitun bergabung meletop kebabo... kenyang perut. Sekali lagi makan nasi beryani dekat Namaste Omar. OK lah.... rasa dia.




















DAY 02 | HOI AN

Hoi An Morning Market (Central Market)
Ronda ronda kawasan perkampungan sekitar Hoi An.
Basket Boat di Cam Thanh - Cua Dai Beach - An Bang Beach - Tra Que Village and back to Hoi An
Enjoy sunset
Hoi An Night Market.

Jangan terpedaya dengan makcik makcik dekat coconut basket tu. Kalau nak try, beli di kaunter tiket yang betul.
Sewa Motosikal sehari 100K Dong. Jangan lupa isi minyak moto. Kalau tak sewa moto boleh gerak pakai GrabBike. Mintak helmet.
Advisable stay kat Hoi An 3 hari 2 malam. Malam malam memang happening area sungai tu.





























DAY 03 | HOI AN - MY SON - DA NANG

8:00am 40 KM from Hoi An to MY SON SANCTUARY.  Salah satu lagi UNESCO world heritage site yang membuktikan kewujudan peradaban lama Hindu di bumi Vietnam ni. Macam Angkor Wat tapi smaller size. Spare half day.
Ent Fees : 160K VND

Balik ke Hoi An pastu dari HOI AN to DA NANG naik bas No 1 warna kuning.

"There is a direct bus line between Hoi An and Da Nang. For just VND20,000 (USD $1.00), bus number 1 will commute you between the two cities. Buses depart every 20 minutes, starting from 5:30 a.m. and ending at 6:00 p.m., and the journey will last about an hour-and-a-half. the station about 2 km north west of the centre on Le Hong Phong. A xe om from Hoi An bus station to the old town should be around 10-15,000 Dong."

17:00 PM Arrive DA NANG Dragon Bridge dan check in hotel. Pegi mall beli groceries dan barang untuk masak masak.

HALAL RESTO Da NANG
Simpur Restaurant (Halal Bruneian & Malay )
Mumtaz Indian Restaurant Da Nang
Namaste Omar's Restaurant
NAN n KABAB INDIAN HALAL RESTAURANT

Boleh ambik pakej My Son Sanctuary or kalau rajin pegi sendiri tapi macam jauh jugak dari Hoi An.
Bayar exact change dekat mamat bus tu 20K Dong. Dia sure mintak lebih je. Jangan layan ! Tepi bas ada tulis harga tiket.
Senang ambik penginapan di Danang yang berdekatan dengan area laluan bas. Nanti boleh suruh bas stop or boleh naik grab ke penginapan kalau dah booking kat area mana mana within the city.


















DAY 04 | BA NA HILLS

Ba Na Hills ni ala ala macam Theme Park di Genting. Kena naik cable car dan ada admission fees tapi kalau beli tiket boleh lenjam main semua rides kat atas tu. Admission 650K VND = RM 130

7am from Da Nang. Taxi or Grab USD 25 one way to Ba Na Hills
9am arrive at Ba Na Hills cable car station

Drop by L'Jardin D'Amour and visit Tinh Tam Garden, French Stable, a 100-year-old pomelo tree, and Old Villas
Visit the Golden Bridge
Explore Linh Ung Pagoda, Loc Uyen Garden, and Quan Am Pavilion
Drop by Debay Station and visit Nui Chua Peak
Visit Fantasy Park and Wax Statue Museum (optional)
Visit Linh Chua Linh Tu temple

Depart for Da Nang city center

Aku beli shared transfer bus kat Klook pegi dan balik dari Danang City ke Ba Na Hills.  Tiket pun beli kat Klook gak, ambik yang takde pakej lunch. Dapat QR code terus tak payah tukar tiket or beratur lagi masa nak masuk.
Nak masuk tak leh bawak makanan tapi pepandai la seludup, kalau tak  nak lapar kat atas nuh !
Sediakan jaket or baju hujan sebab atas sejuk/hujan.
Rancang nak turun kat cable car station mana dan nak pegi mana sebab ada banyak station dan beberapa line cable car. Agak confusing.
Spend lah seharian kat sini, better pegi awal pagi dan balik malam pun tak per.




























DAY 05 | HUE

Hue sebagai sebuah kota peninggalan terakhir dinasty beraja di Vietnam. Masih banyak kesan kesan peninggalan istana dan sebagainya. Terletak lebih kurang 93 KM dari Danang.

Boleh pegi by train : Tiket train dalam RM 25, beli di BAOLAU. Dapat tiket melalui email. Print and you good to go
Or
Sewa moto ?

On the way to Hue, stop at Hai Van pass. View lawa nampak Da Nang Bay.
Lang Co Beach. Kawasan lagoon yang terkenal dengan oyster dan view yang lawa.

Visit Khai Dinh Tomb Ent Fee : 150K VND
Thien Mu Pagoda. Ent Fee : Free
Hue Imperial City. Ent Fee : 150K VND

Back to Da Nang city. konon nak celebrate new year tapi hujan pulak last last tido jer kat bilik.

Kalau terror boleh gi Hue naik motosikal je ikut Hai Van Pass tu... tapi since waktu hujan aku opted ambik Hue City Tour From DaNang dengan Klook. Booking sehari sebelum. Makan tu boleh mintak seafood. Ambik pakej day trip je senang sebab macam jauh jugak perjalanan ke Hue tu sebenarnya.
Boleh jugak bermalam di Hue sebab historical sites dia sebenarnya banyak.































DAY 06 | DA NANG

Konon nak pegi Cham Islands tapi terjelepuk hina sebab demam kena hujan masa kat Ba Na Hills.
Lepak je kat bilik. Petang baru gi makan kat Simpur naik grab. Biasa je makanan dia tapi syok la jumpa ayam goreng !
Balik hotel jalan kaki.

Dari Hoi An lagi dekat kalau nak ke Cham Islands. Pegi la kalau nak snorkelling.
Dragon Bridge - Usha dragon bridge show spitting fire and water 9.00 p.m. Gi awal chop tempat. Kalau nak basah duk atas jambatan, kalau tak nak basah turun bawah. Kalau hujan, balik bilik je sambung tido.







DAY 07 | DANANG CITY

10:00 AM DA NANG TOUR.
Motocycle Rental 150K Dong sehari.

Marble Mountains. Thuy Son is the biggest mountain and the most beautiful - marble mountain, naik elevator sampai atas turun guna tangga...spent like 1.5 hrs explore caves dalam tu.. 15K lif + 40K entrance fee.

My Khe Beach - Pantai my khe tapi tak leh mandi pun. Ombak kuat.

Nak pi Lady Buddha - Dinh ban co. Chua tham thai da nang (Hilltop Temple) dengan Son Tra Mountain (Monkey Mountain). Tapi hujan so tak jadi. Last sekali lepak kat Baguette at Hyatt Regency Danang Resort and Spa. Sedap pastry dia.

Pusing pusing Danang dan ambik gambar kat Danang Cathedral. Nak pegi Han Market, Cho Con Market & shopping tapi hujan lat sekali balik bilik jer.

22:36 PM DA NANG - NHA TRANG Reunification Express Train - SE7 - Soft Berth. 10 jam sampai Nha Trang. Boleh je naik sleepers bus tapi aku saja nak naik train kat Vietnam ni. Memula aku plan nak ke Dalat tapi macam jauh sangat, KIV lah Dalat tu dulu !






















DAY 08 | NHA TRANG

8:30 AM Arrive at Nha Thrang

Nha Trang HALAL Resto
Omar's Indian Restaurant
BEST THAI FOOD NHA TRANG (HALAL FOOD)
A&M Cafe & Fast Food Halal
Ali-Baba

Nak jalan jalan Nha Trang tapi sewa moto dia orang nak deposit 1 Juta VND. Takde cash dah. Malas lah. Mintak check in awal kat hotel. Dapat bilik lepak je kat bilik. Gi pasaraya beli makanan jer sebab kedai Best Thai Food tu tutup pastu mereput dalam bilik.
Keluar area area tepi pantai tu jer usha usha orang dan gi minum kopi.
Malam gi Night Market yang agak sendu kat Nha Trang nih.


























DAY 09 | NHA TRANG - KUL

09:00 AM Transport to Airport. Ambik Bas ke airport 60K Dong.
12:05 PM Depart Nha Trang (CXR)
15:25 PM Arrive KLIA2 (KUL)

Apa kena ntah dengan airport Nha Trang ni. Dah lah jauh pastu slow gila immigration dengan kastam dia. Nasib baik flight delayed. Flight balik dari Nha Trang cuma 2 jam 15 minit dan akhirnya selamat mendarat di KLIA2.













Maka begitu lah itinerary perjalanan kembara di Central Vietnam ni.

02 - EXPENSES 

A. Flight - (Beli pun last minit. Tambang inclusive of meals and seating preference but without luggage) : RM 588.35

B. Train - ( ERL + Train from Da Nang to Nha Trang ) : RM 243.37

Train di Vietnam ada 4 jenis, Hard seat, Soft seat, Hard berth & Soft berth. Rate berbeza siang dan malam. Aku ambik soft berth. Boleh opted for Sleepers bus yang lebih murah.

C. Other Transport - ( Grab. Bus, Sewa Motosikal etc ) : RM 73.19

D. Accommodation  - (for 8 nights) : RM 521.47

TROPICAL HOME VILLA, Hoi An 
Q VILLA HOI AN 67, Hoi An
TROPICAL HOTEL APT, Da Nang  
SING Hotel, Da Nang
COMODO Hotel, Nha Trang

E. Pakej Tour - ( My Son + Ba Na Hills with Transfer + Hue all by KLOOK)  : RM 312.99 

F. Entrance Fees - (Entrance fees for Marble Mountains, Others included dalam pakej tour.) : RM 9.90

G. Food / Meals (Sharifah, groceries, kudapan, coffee etc ) : RM 318.02

Stock up Sharifah from KL, cuma 2 kali je aku makan kat luar, the rest beli groceries je masak kat apt (yang ada kitchenette facilities)

H. Misc (Sim Card +  Petrol + Parking ) = RM 70.40

TOTAL EXPENSES : RM 2.137.68

Boleh jimat lagi sebenarnya, ikut preference dan keselesaan masing masing. Yang penting kena rancang awal etc.

Dah. Sekian terima kasih. Semoga bermanfaat. Kalau rajin aku cerita perjalanan dan kisah kisah merapek sepanjang di sana.

2 comments:

  1. selalu Brahim's, baru pertama kali dgr Sharifah..bolehlah try..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru ni.. saja beli nak try. tapi rasanya brahim sedap lagi kot.. portion pun lebih banyak dari seripah

      Delete