Pages

Friday, January 3, 2020

Central i-City, SHAH ALAM

Dah tau kunjungan ni ke mana?


Central i-City, Shah Alam. Kompleks membeli belah terbaru yang wujud di bandaraya Shah Alam ni.  Tak de lah baru pun tapi ni first time lah aku sampai !

Jadi aku jakun skit.

Sawasdee! 

Welcome to Central i-City! Located in a world-class destination, Central i-City features six floors of uniquely themed atmosphere paired with distinct personality and offerings. Our brand is a reflection of our customers, hence, we go all out to give them a retail experience that is set to delight, ignite and celebrate their desires. We believe that every day is an occasion to celebrate and we thrive to be a social haven for Malaysians to celebrate life. But above everything else, we’re always LIVELY, WARM and BOLD, just like our origins in Thailand!

Eh tapi kenapa Siam?




Central i-City ini merupakan shopping mall yang terletak di kawasan i-City Shah Alam.

Mall ini adalah project JV antara syarikat retail property developer dari Thailand iaitu Central Pattana PCL (CPN) yang memegang 60% saham dengan i-City Properties Sdn Bhd (ICP), an affiliate of i-Berhad sebanyak 40% pegangan.





As of November 2019, Central i-City ini adalah mall terbesar di Shah Alam dari segi keluasan lantainya dan ia turut memiliki the largest Samsung Onyx LED cinema screen in Southeast Asia.

Bangga tak orang Shah Alam?







Pembinaan kompleks membeli belah ini bermula pada Januari 2016. Nama asalnya ialaj CentralPlaza@i-City.

Berkeluasan 1.5 juta Sq ft dengan 350 unit kedai setinggi 6 tingkat dan mampu menjana gross development value (GDV) sebanyak RM 850 million. 

Mall ni telah di kunjungi seramai 800,000 pengunjung dalam masa sebulan ! 

Fuh !!

Aku kira tak termasuk dalam jumlah tu lah kot sebab dah lama bukak baru aku pegi.






Central i-City, Shah Alam ini telah di rasmikan oleh Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 15 June, 2019







Mall ni dibina dengan baik dan teratur. Di tingkat bawah ada banyak restoran/food court dan kedai makan. Ada Village Grocer, Tingkat 1 untuk pakaian, Tingkat 2 adalah kedai kedai gadjet dan yang berasaskan teknologi. Tingkat 3 ada lagi restoran dan panggung TGV.

Penyewa utama adalah SOGO. Dah tak perlu ke KL dah lepas ni.

Expect orang ramai dan parking agak mencabar kesabaran.




Aku pegi pun usha kejap je. Tak abis pusing pun.







Lagi pun aku asyik melarikan diri keluar gi merokok je sementara menunggu dia orang cari barang. Malas nak berjalan ronda ronda kat dalam. Nanti kena paw dengan anak anak aku. Mengaruk nak beli benda benda merapek.

Eh !

Sedar sedar dah siap nak balik.............



Masih ramai orang, jem tengok manusia ntah mana datang. Tapi aku confirm Central i-City, Shah Alam ni memang gempak !

Nah... baca sendiri kat sini... : Central i-City

CENTRAL i-CITY
No. 1, i-City,
Persiaran Multimedia, Seksyen 7,
40000 Shah Alam.
Selangor
Facebook : /centralicity/

4 comments: