Pages

Monday, January 20, 2020

BaganLalang 02 | Anjung Spotter, KLIA

Sempat singgah di spot terbaru khusus untuk peminat peminat aviation dan suka tengok kapal terbang turun naik samaada berlepas ataupun mendarat di landasan.

Anjung Spotter, KLIA.

Terletak di Jalan Pekeliling bersebelahan dengan Runway 32 Left (32L), lokasi itu adalah hotspot terbaharu untuk tetamu yang berkunjung ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).







Perjalanan berpandukan pada Waze jer kena ikut jalan belakang ke arah LCCT lama dulu tu dan terus lagi sampai ke area hujung landasan.

Anjung Spotter dibina dalam lingkungan 10 kilometer persegi di KLIA itu bagi membolehkan orang ramai merakamkan gambar saat pesawat berlepas dan mendarat dari kawasan yang strategik.





Terdapat sebuah observation deck berbumbung yang boleh memuatkan 40 orang pada satu-satu masa dan pengunjung akan dapat menikmati dan merakamkan panorama pelbagai pesawat dari seluruh dunia yang berlepas dan mendarat di KLIA.

Siap dengan kawasan parking untuk kemudahan parking kereta.








Memang layan la boleh tengok flite take off di situ.

Kalau ada orang jual cendol ke niaga air ke sure laku. At least ada vending machine kat situ sebab area panas boleh tahan dan takde kemudahan berdekatan untuk melunaskan tekak kering ke apa.

Make sure berak kencing siap siap sebelum datang ke sini !













Sebenarnya ada port yang lagi cun nak tengok flite betul betul atas kepala. Ada kawasan corner dekat area kargo sebelum sampai area ni yang rasanya lagi cun dan kapal terbang betul betul atas kepala. Tapi kawasan tu area terbuka dan masalah kalau ramai ramai start parking sesuka hati jer nanti kat situ.

Tapi kalau tak de orang boleh je cuba cuba berhenti kat situ.






Sedikit sebanyak boleh memberi pengalaman berbeza pada pengujung terutamanya kanak kanak. 

Cuma di harap semua orang menjaga kemudahan sebegini sebaik mungkin untuk lebih ramai lagi orang boleh singgah dan menikmati kemudahan yang sama di sini. Jangan nanti cepat je jahanam dengan macam macam karenah manusia ni.







Spent masa lebih kurang di sini, masa untuk bergerak menyambung perjalanan yang tertangguh tadi !

bersambung..............

4 comments:

  1. ni bawak kanak2 ni mesti suka.. yg dewasa pun truja. yang kawasan flight betul2 atas kepala tu kalo p tengah2 hari siap sedia nak sunburn hehe.. tapi puas hati =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. spot tu paling cun tapi tu lah.. kang menganggu lalulintas pulak... kalau petang petang ok la kot, kalau tengahari buta sure rentung

      Delete
  2. Nice !!! Kalau Meng jadi Menteri nanti, saya nak cadangkan Anjung Spotter tuh buat macam taman ... Boleh org rehat rehat sambil anak anak bermain main .... selesa sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. malaysia ni tak leh buat lawa lawa sgt... ada je tangan tangan jahat cepat buat jadi tak lawa

      Delete