Pages

Saturday, December 14, 2019

TIOMAN 2019 : 05 - TUNAMAYA Beach & SPA Resort | Resort

Dah selamat sampai akhirnya, bersiap sedia untuk check in di Tunamaya Beach & SPA Resort, yang terletak di Kg Mukut di Pulau Tioman ni.







Tunamaya Beach & Spa Resort is an idyllic location for leisurely days under the sun in an absolute secluded beach & resort, regardless if you spend it within the resort or by exploring the island.

There are several villages scattered around the coastline, the larger ones being Salang, Tekek, Genting, Paya and Juara. Or simply take a journey through island hopping for a diving adventure or just enjoying the scenic moments and not forgetting to visit the island’s village township for your duty free shopping at Tekek.

Discover astounding underwater sights such as colourful corals, a spectacular display of ocean species and unique sea creatures from starfish to sea turtles.

Gambar gambar ni adalah random sepanjang 3 hari 2 malam aku di sana sebab ada time cuaca sendu so gambar memang tak cantik untuk dipertontonkan !

Eh mana staff staff penyanyi pemyamar yang berusaha menghiburkan tetamu tadi tu?



Hah ! Ada kat belakang rupanya. Berlenggang kangkung bukan nak angkut beg !

Heheh. Beg dah di angkut oleh pekerja lain sebenarnya. Aku pun kiranya berlenggang kangkung juga ni. Sambil sambil tu snappy sana sini.

Bergerak ke reception area yang terletak berhampiran jetty resort.





Pantai dia nampak bersih dan terjaga tapi banyak batu batu jugak.

Tunamaya ni ada jetty dan beach sendiri dan di sebelahnya adaah Bagus Place Retreat Resort, satu lagi boutique resort yang ada di Pulau Tioman ni. Walaupun bersebelahan masing masing ada jetty tersendiri untuk speed boat mereka menurunkan penumpang dan untuk urusan logistik.




Sebelum sampai ke bangunan besar tu ada satu bangunan kecik iaitu dive center dan aktiviti aktiviti laut di resort ni.











Lobby reception di bangunan utama yang turut menempatkan beberapa facilities lain.

Sesampainya di lobby kena tunggu giliran dulu nak check in. Lagi lagi ada sibuk bertanya pada front desk officer yang sorang tu dan tak menang tangan dia nak melayan.

Nasib ada yang laju hidangkan welcome drink. Aci jugak hilangkan dahaga.

Usha area lobby....










Check in tah lama mana pun sebab semua details dia dah ada. Front desk dia macam orang Pinoy je gayanya.  Macam tak de yang orang tempatan kecuali Manager dia kot.

Aku booking penginapan thru website mereka dan ambik pakej 3 hari 2 malam penginapan di sini. Ambik pakej ada murah skit lah plus ada sikit sikit complimentary itu ini dan cuma termasuk breakfast je. Lunch dan Dinner kena bayar sendiri.

Lagi malang kat area resort ni tak dapat line phone !!! 

Memang tak boleh nak berhubung lah jawabnya dengan dunia luar. Dah la wifi cuma ada kat area lobby ni jer.. Cis !!!

Memang betul betul Jurassic Park nih.

Dah settle semua kami di bawa ke chalet penginapan. Sampai bilik terus tidur keletihan ! Bangkit dah nak malam.

Sebelum tengok bilik penginapan usha saki baki view di sekitar kawasan jetty dan bangunan lobby Tunamaya Beach & SPA Resort ni...


















Keseluruhannya kawasan resort sangat relaxing. Pantai yang bersih dan very private cuma banyak batu batu jugak kalau air surut payah nak mandi. Coral pun tak nampak berapa hidup kat area jetty kena snorkelling kat dalam sikit.

Lokasi memang cantik ! Memang sesuai nak honeymoon atau beromen-romantik !


Tapi kot ya pun, gi la masuk bilik ! 

Tak manis di pandang dek coral coral dan anak anak ikan yang berenang renang di tepian......

bersambung...............

4 comments: