Pages

Monday, December 9, 2019

NOV 2019 | Cerita Cuti Sekolah

Cuti sekolah dah bermula.

Aku agak busy sebenarnya dan tak de travel ke mana mana. Aktiviti pun agak berkurangan. Tapi bersempena cuti sekolah kali ni, anak dara aku pegi umrah dengan ibu dan makcik makcik dia. 

Papa kena tinggal sebab busy plus anak bujang aku belum start cuti. Ada camping tahfiz pulak, so aku kenalah teman Hero aku ni abis kem dia tu.

Allahu. Rindunya pada tanah suci Mekah dan Madinah. Kalau ada kesempatan memang aku pun nak ikut tapi jadual sebagai artis antarabangsa ni tak mengizinkan kali ni.

Betul kata orang, 80 negara lain aku dah pegi, tak sama rasanya perasaan semasa ke sana dulu tu !

Insha Allah tahun depan aku pegi bawak si Hero aku pulak.

Si Princess ni memang sungguh sungguh berhajat nak gi Umrah.... semuanya kira plan tak dirancang pun tapi dah sebab dia nak sangat, dengan berat hati jugak la aku terpaksa lepaskan dia pegi.

Sebelum berangkat sempat gi layan Frozen II dulu....


Tapi aku tak ikut sebab rasa macam tak logik aku nak join tengok wayang cerita Frozen nih. Kalau tengok pun bukan layan sangat.



Lepaskan je hajat si Princess aku ni pegi tengok.

Sebelum berangkat, dia punya excited lain macam.... Keperluan dia saja macam bersungguh sungguh benar nak gi buat umrah ni. Aku ada la mintak dia tolong doakan bagi pihak aku nanti di sana, dan aku terjumpa list doa dia tulis sebelum pegi....

Mungkin takut terlupa. Tapi.................






Doa No 13 tak leh blah !

Lembutkan hati aku supaya belikan dia Squisy lagi !!

* Papa Pengsan....

Pegi umrah siap bawak squisy satu beg. Adus... Pening kepala aku nengok dia ni... Macam macam hal..


Hari perlepasan.... risau pulak aku nak biarkan dia nih pegi... Tapi Papa doakan semua urusan mereka lancar dan dipermudahkan untuk beribadah di sana nanti. Amin..

Risau sungguh aku... 



Sekarang ni pun dia orang masih ada di sana lagi. 

Semoga beroleh umrah yang maqbullah.... Amin.



Tuhanku kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

Pagi petang berlumba
Terkejar-kejar masa
Cuba bina istana hidup bersama
Berkelip-kelip mata paksa diri bekerja
Tapi lebih ku rela lihat senyumanmu

Ini sahaja ku
Mampu demi menjaga kamu
Ku tambahkan satu
Doa untuk kamu

Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

Benar ku menyedari kini ku menghadapi
Segala yang ditakdirkan untuk hidupku
Maafkanlah diriku kerna melukakanmu
Terpaksa ku melangkah pergi
Meninggalkan kamu

Ini sahaja waktuku
Di dunia menjagamu
Ku tambahkan satu
Doa untuk kamu

Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

Sampaikanlah rinduku padanya
Agar dia sentiasa sempurna
Bawalah cinta kita
Terbang bersama ke syurga

Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

Alhamdulillah. Dia kata seronok di Madinah. Lagi lagi ada jumpa kawan sebaya kat sana. Takde lah dia dok mengacau urusan ibu dia.


Selamat beribadah dan semoga selamat kembali...... Papa is hari hari risau fikir pasal anak dara yang sorang ni.

Dan turn aku lak kononnya nak jaga Hero time dia dah start cuti.

Budak budak dah nak dewasa ni, time cuti ada plan sendiri.

Nak keluar dengan kawan kawan gi Mid Valley.. Nak spend time dengan kawan kawan nak gi Sunway Lagoon.... Nak pegi umah sepupu dia tido sana....

Rupanya dia lagi banyak plan dari aku !

Eh... Abis Papa ni cemana?????? Ingat aku ni patung cendana ke apa?

* goreng telur ikan tembakul tanda protes

Terus Papa kena rasuk dan buat plan sendiri. Merancang macam nak travel ke destinasi ini. Dah alang alang kena tinggal.. biar aku merayap pulak nanti....

* gelak evil sambil suap minyak panas gorengan telur ikan tembakul dalam tekak sendiri

Sekarang ni aku tengah plan nak gi merayap lah hujung tahun ni.

* gegambar ehsan google... sebab belum pegi lagi. Kasi ambik feel je dulu.











Cuti hujung tahun masih berbaki, biar Papa pegi pulak bawak diri !

Aci je kan orang tua nak merajuk? Ala ala macam merajuk tapi sebenarnya mengambik kesempatan !!!

Doakan trip aku ni berjaya terlaksana nanti !

16 comments:

  1. Besar dah ank dara ko meng. Kemain smpi 2x doa psl squisy. Aku pun xphm pesal ank buah aku pun nk bli benda tu byk2 😂

    Btw, cuti hjg thn tu klo terserempak ngn aku sila tegur eh mtk sign kat dada. Eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah besor la... tanda aku pun dah tua.. ahaks...

      nak gi sana jugak ke? risau lak aku musim musim hujan ni nak merayap...

      Delete
  2. Replies
    1. tu lah.. x faham sungguh... padahal dah satu beg.dari yang kecik sampai yg sebesar2.. masih tak cukup2

      Delete
  3. squisy tu apo??
    besar dah anak meng….
    jap lg dpt menantu dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. squisy tu mainan budak budak... ntah la tak faham benda apa toy tu...
      selagi dok kumpul mainan lambat lagi la nak bermenantu rasanya hehehe

      Delete
  4. Alhamdulillah, semoga jd anak yg solehah..

    jambatan dgn tgn manusia tu mcm tau je kat mana..happy holiday!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. demam dia sepanjang masa kat mekah nuh...

      planning je nak gi travel ni.. fikir lak time budak2 nak masuk sekolah.. pening lak nak tinggal

      Delete
  5. Ala comel je anak dara...moga dimudahkan urusan di tanah suci

    ReplyDelete
    Replies
    1. demam dia kat sana.. alhamdulillah.. dah selamat balik dah..

      Delete
  6. Tersembur air kuminum bila baca doa no. 13...hahahahaha...lawak la anak ko Meng...apapun moga si princess terus membesar menjadi anak kebnggaan keluarga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... alhamdulillah..kdg kdg je buat perangai dia tu..biasa la budak budak

      Delete
  7. part squishy tu kelakar, bagus anak bang meng ni, setiap doa tak lupa kawan2 and guru2 dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. drebar van pun dia sibuk nak belikan hadiah... nasib pak guard ke tukang kebun ke tak masuk dlm list

      Delete
  8. hihi.. squishy pah ceroh. comel. tahniah Meng
    btw vietnam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah biasa la era dia org mainan semua mcm tu.. kita dulu kumpul guli..

      planning je lah.. dok au lagi

      Delete