Pages

Tuesday, December 24, 2019

LAURA MEDINA CAFE, Subang Bestari

Cubaan untuk terjah cafe yang pernah viral....

Namanya Laura Medina Cafe.


Kenapa viral?

Kerana katanya port nak makan ayam korea yang best dengan harga bajet ! Port yang trending selepas masuk JJCM TV3.

Ala2 Kfry & Kyochon tapi local brand! Harga dahla murah xmasuk akal. Rasa dia pulak sumpah sedap! Ayam korea spicy pedas tp sedapppp! Ayam Korea Nami paling SEDAP! Sedap sangat weyhhhh! Pastu order yg ada cheese pulak! Perghhh, layan!

Sedap sangat sangat dengan limpahan cheese melekat di jari. Sekali rasa perghhhhh...... Layan...

Dua kali rasa??? Terus obesity ! ( ni hipotesis aku tambah sendiri )




Lagi lagi spoke person dia agaknya Syafiq Kyle dengan Sissy Iman.....

Memang tergoda iman................. !


Jadi.... kita mencari kebenaran dan kita terjah ke sana............ Ayuh !

(Jangan lupa bekalkan diri dengan bekalan iman )

Lokasinya di area Subang Bestari.... Pakai waze sure jumpa. Kami pegi waktu petang. Tapi area tu macam kawasan jin bertendang. Macam bukan kawasan tumpuan.

Kawasan lot kedai siap ada hotel berdekatan. Kalau kenyang sangat boleh terus check in !



Mungkin sebab hari minggu kot time kami pegi so kurang orang. Nak parking tak de halangan....


Tapi masa kami sampai tu agak ramai juga pelanggan. Sure ramai yang datang disebabkan kesedapan kot....

Jadi, rasa teruja berkali ganda nak mencuba !




Cafe dia terletak di lot kedai tapi sebelah sebelah tu macam kosong. Jadi ada meja di sediakan di belah dalam cafe mahupun di belah luar. Boleh lepak lepak....

Usha cafenya dulu.....







Pelanggan ramai time tu jadi kami memula duduk belah dalam. Cuma meja agak kecik, tak sesuai kalai nak order banyak banyak makanan.

Tunggu clear skit baru dapat meja di belah luar...

Tapi sempat kami order makanannya dulu... Usha menu dulu...





Aku cut and paste je dari laman facebook dia orang.....

Try usha terbaru set Ayam Korea Seoul ! Semua flavour ada ! Sumpah sedap sampai ada yg nangis makan!

Sekarang ada flavour baru Ayam Korea Gangnam & Busan! Salted egg weyh! Sedap namatey taw! Busan dia masin sikit! Kalau suka masin2 order Ayam korea Busan taw!

Nak gabung semua pun boleh! Ayam korea Seoul 5 orang pun makan xhabis! Dlm ni ada kesemua flavour! Ayam 25 piece kitaorg bg. Dengan fries selambak!🍟🍟🍟 Mmg makan puas hati. Silap2 xhabis. Ditambah pula sekarang ada Air tower RM9.90! Harga murah giler. Ada mcm2 pilihan flavor air. Boleh share ramai2. Puas hati!

Apa nak dessert? Kitaorg ada Honeydew Bingsu dah sekarang! RM12.90! Murah namatey! Sedap gila! Ni mmg harga xmasuk akal weyh jual bingsu RM12.90 je! Ala2 Mykori & Hanbing taw!

Pastu ada air margarita pulak! RM9.90 je! Bila minum rasa macam kat club. X caya tgklah gambar2 kitaorg! Tuna rice ball kitaorg dahla murah, sedap pulak tu! Betul sedap gila oii! Try la rasa tgk!

Dah tunggu apa lagi? Jom ajak kawan, family & jiran datang harini !

Teruja je bila baca. Macam nak order semua. Tapi sedar diri yang perut masing masing tak sebesar lori tangki.

Jadi, kami cuba apa yang di recommend je lah.

Air tower dan Ayam Korea Seoul. 

Anak anak aku teruja tengok bekas air tower tu.... 




Macam air anggur jer... Tapi boleh share share. Kami try keropok lekor... Just nak kudap kudap dulu.



Tapi anak bujang aku tu menu dia wajib ada nasi. So dia nak nasi with butter chicken....

Yang ni sampai dulu....



Apparently sedap juga butter chicken ni. Ngecek ngecek sikit..... 

Pastu kami pindah ke luar sebab dah clear port dengan meja yang lebih besar. Tak leh imagine nanti Ayam Korea Seoul 5 datang tak muat meja pulak karang...


Dan selepas tu, datang lah ayam korea Seoul seperti yang dalam menu tu....






Seoul Seoul Seoul....

Memang terkejut tengok portion dia. Macam maulud nabi lak rasa, makan dihidang dalam dulang. Memang penuh meja.

Komposisi ayam ala ala korea dengan pelbagai perisa dan rasa. Kentang dia macam sekilo dia humban dalam dulang tu....

Bantai la kami sekeluarga makan lepas tu dan memang tak habis...... Muak lah cheese banyak sangat.

Tapi jangan risau, aci je packing untuk take away...


Packing secara layan diri.. Semua kelengkapan di sediakan kat tepi.


Alhamdulillah kenyang dan mujur tak obese selepas makan cheese yang banyak tu. Tapi rasanya cheese tu macam cheese timbang kilo je, rasa agak muak sikit...

Nak kata sesedap ayam KFry atau Kyochon tu... rasanya macam jauh lagi kot. Terlebih hype je. Tapi based on portion tu, memang considered agak murah dan berpatutan. Cuma fries tu macam nak marah je sebab bagi banyak sangat...

Boleh lah cuba kalau nak try rasa. Personally bagi aku biasa biasa je orang lain aku tak tau lah. Tapi butter chicken rice tu menarik !

Staff pun maybe kepenatan kot layan pelanggan, senyum macam agak kurang !

Please senyum and say..................................... CHEESE !!!!!

Teringin jugak nak tau, siapa gerangan Laura Medina ni..... Nama meletop !

Gaya Laura Pausini selepas melantak cheese yang banyak kat cafe ni ! 

LAURA MEDINA CAFE
34, Jalan Nova K U5/K,
Subang Bestari,
40150 Shah Alam,
Selangor
HP : 019-9832905

Waktu operasi :
Isnin, Selasa,Khamis, Jumaat : (3pm-11pm)
Sabtu & Ahad : (11am-11pm)
Rabu : Cuti

FB : Lauramedinacafe

Apa apa pun..... not bad. Boleh di cuba !

Balik rumah. Terbongkang dek kekenyangan. Nasib tidur tak meracau sebut ...... SEOUL... SEOUL... SEOUL !

3 comments: