Pages

Friday, November 29, 2019

#RoadTripCentralEurope DAY 09 | 04 : LUCERNE

Akhirnya kami selamat tiba di Lucerne. Salah sebuah bandar di Switzerland ini.


Bandar yang menjadi pintu masuk ke kawasan Central Switzerland terletak di pinggir Lucerne Lake dibatasi panorama pergunungan yang mengagumkan berdekatan dengan pergunungan Rigi, Pilatus dan Stanserhorn.

Salah satu tarikan di Lucerne ini adalah Kapellbrücke ( Chapel Bridge), sebuah jambatan kayu yang pertama kali didirikan pada abad ke-14.

Jadi di situ lah tujuan kami untuk kunjungi di bandar Lucerne ni.



Masuk bandar Lucerne kami cari parking dan jumpa parking dekat area KKL yang terletak berdekatan dengan train station.


Kultur- und Kongresszentrum Luzern ( Lucerne Culture and Congress Centre ). KKL ni adalah pusat Kebudayaan dan Konvensyen futuristik yang direka oleh arkitek terkemuka Perancis, Jean Nouvel dan merupakan salah satu tarikan senibina bandar Lucerne. 

KKL ini turut merupakan mercu tanda Lucerne: Festival City dan tempat untuk pelbagai acara kebudayaan sepanjang tahun di sini.

Dah park tu naik atas keluar keluar dekat mercu tanda gate ni. 

Welcome to Luzen !



Memang port yang cun dekat dengan Lake Lucerne maka kami menapak je lah ikut orang ramai dan cross jambatan Seebrucke.

Dari jambatan ni boleh nampak view sekitar Lucerne yang menarik dan cantik.















Lepas crossed jambatan tu kami terus ke Chapel Bridge.

Kapellbrücke yang menjadi landmark bandar Lucerne ni. Kapelbrucke atau Chapel Bridge ni is 1300s wooden bridge with grand stone water tower & a roof decorated with 17th-century art.

Cantik jambatan ni walaupun kayu dan agak lama tapi di jaga sebaik mungkin dengan di hiasi pokok pokok dan bunga bunga.

Di tepian sungai ada banyak cafe cafe orang melepak lepak.
























Spent masa lebih kurang then kami kembali ke tempat parking.

Boleh pulak BW nak terkencing, dia guna toilet masukkan 5 CHF pastu tak dapat refund balance !

Gila la sekali kencing RM 20 !.... Patut kena tukar dulu duit tu baru bayar nak masuk toilet. Cas cas orang kaya jer.

Parking pun boleh tahan mahal. Nasib lah kami beberapa jam je.


















Beredar dari bandar Lucerne ni menuju ke Zurich sebelum ke airport. 







Ntah cemana GPS tunjuk jalan berpusing pusing sampai pening kami jadinya.

Stress tak jumpa jalan keluar.

Bongok GPS Aiman Tino tu.

Pakai Waze baru dapat keluar....

Kiss goodbye to Lucerne.. ! Panjang umur kita berjumpa lagi.

*muah muah...






Perjalanan menuju ke Zurich sepatutnya memakan masa kurang dari sejam. Boleh je nak singgah kejap sebab on the way ke airport pun tapi memang bukan rezeki kami nak pegi sekali lagi bertandang ke sana lagi...

Kami akur dengan suratan takdir.



Kesukaran melafazkan
Pengucapan perpisahan
Kepada yang tercinta

Tapi terpaksa ku lakukan
Keranaku tidak mahu
Terus berpura-pura

Usahlah ku disalahkan
Terjadinya perpisahan ini
Itu suratan takdir

Tak terlintas di hati ini
Untuk aku jatuh cinta lagi
Tapi takdir yang menentukan

Memang pernah ku berjanji
Kau yang pertama dan terakhir
Tetapi aku memungkiri

Tidak dapat ku terima
Dua cinta di dalam hati
Maafkanlah ku sayang....

Sampai akhirnya kami decided untuk teruskan perjalanan ke airport saja !

bersambung.......................

2 comments: