Pages

Friday, November 1, 2019

OCT 2019 | Buat SANG PUTERI

Bulan Oktober berlalu pergi. November kembali membawa bersama angin monsun dan hujan yang turun membasahi bumi setiap hari.

Hujan hujan memang syok berhibernasi !

Tapi bulan Oktober bukan boleh kaleng kaleng sebab anak dara aku memang dah marking dan sentiasa remind agar aku tak lupa hari jadi dia yang jatuh dalam bulan Oktober.

Seperti biasa ada je list kemahuan dia yang dia nak. Nak tak nak sebulan jugak lah aku pening kepala cemana nak celebrate dan cari hadiah yang dia nak. Anak aku ni diam diam kadang kadang merajuk boleh tahan.

Takde lah celebrate beria, cuma aku pastikan bulan Oktober berlalu dengan sedikit keistimewaan bagi dia.

Bantuin aku Bu Peri !!! * Ting !

Setakat potong kek tu berkali kali jugak lah bulan 10 ni untuk meraikan birthday dia yang ke 9 tahun.







Selain cake Secret Recipe, berkali kali jugak dia mintak nak cake kat Family Mart yang dia suka sangat sangat. Naik pening aku menengok bobba bobba nih semua.

Ni ntah cake ke berapa pun aku dah lupa.

Sempena birthday dia, dia aim hadiah berupa Kamera. Memang dia banyak ikut jejak langkah aku kot suka ambik gambar tapi aku rasa macam tak berbaloi lagi nak beli camera untuk dia. Pakai kamera hp sudah !


Sebagai ganti, aku selalu mintak option lain, dan dia kata nak beg Mirah Filzah ! Aiyooo.. Mana lah bapak kau ni nak cari. Mirah Filzah papa suka tapi beg macam dia, mana Papa tau nak cari kat mana !

Alangkah baik kalau mintak Mira Filzah jadi mak muda.... Ececece..............

Cari punya cari, riki punya riki .. nasib lah jumpa. 

Aku pun tak tau bila masa dia nampak Mira Filzah pakai beg secotet macam ni. Nak isi apa pun tak muat. Ke saja chong aku je ni?

Aku ingat dia dah OK, tapi aku terjumpa surat luahan hati dia.....

Rasa kecewa tak dapat kamera yang dia nak !

Tapi takde nya aku nak beli kan kamera untuk dia.

Aku hadiah kan dia telekung sembahyang sebab telekong dia macam dah lusuh. 

Tidur dah lah agak buas. Kadang tidur dengan telekong telekong sampai terjatuh tilam... Hish...

Specific pulak telekong yang dia nak yang Siti Khadijah. meraban pulak aku kena mencari. Dua tiga butik pegi cari.

Keluar masuk mall.... Jenuh lah mencari yang dia berkenan...  

Nasib ada kat sini...

Masalahnya tak nak yang koleksi budak budak...




Alang alang pegi mall, celebrate lagi birthday ntah kali ke berapa ratus.. 



Sedap pulak benda alah Churros ni, sampai aku ketagih sama...

Pastu dan dan tu dia tetiba berhobby nak bela ikan. Nak ikan pulak !... Kucing for sure aku rejek ! Tak de orang nak layan taik kucing nih.



Tapi aku KIV dulu bab bab ikan ni sebab aku tau nanti dia bukan jaga pun....

Macam budak budak lain jugak, anak aku ni ada koleksi kegemaran dia.

Mainan Squishy ni ntah berapa banyak dah dia beli... 


Pening kepala pulak aku menengok. Asal jumpa !


Dengan beg yang pantang dia jumpa dan dia berkenan.. Mesti nak beli

Dan as usual, salah satu cara aku kalau celebrate birthday anak anak ni, baik Hero mahu pun Princess ni, aku akan bawak dia orang gi bercuti.... 

Just spend masa sama sama bagi dia rasa terhibur skit.

Sebagai arkitek jalanan yang suka merangka part nak gi bercuti ni, aku yang terlebih over merancang.

Teringin nak naik train Business Class ke Penang.... tapi tiket tak dapat nak beli...

KIV dulu bang. Nanti kami naik na ....

Pening pulak tak tau nak ke mana. Kebetulan Hero pun cuti, so kami ke destinasi percutian kami...

Ke KL sajork !!! 

Hahaha. Dia rang tak kisah pun, tapi aku fikir nak gi jauh jauh musim musim hujan ni... malas ler pulak... Jadi bercuti di area KL adalah langkah yang bijak jugak...

Dan lokasi percutian kali ni....








Menginap di Ambassador Row Hotel Suites by Lanson Place, KL... 

Aku pun tak pasti kenapa aku pilih tempat ni walhal macam hotel lama. Nasib baik la facilities masih elok dan terjaga...

View pun boleh tahan.... ( for sure untuk aku yang nak layan view )...






Lepak lepak. makan makan......



Dan layan movie......




Tu je lah yang boleh aku buat untuk celebrate birthday dia. Hopefully anak anak aku tau yang aku selalu ada dan merai-kan hari hari yang penting dalam hidup mereka.

Sebab dia pun selalu appreciate apa yang aku buat untuk dia. 

Anak dara aku ni ada talent jugak menulis... nanti boleh jadi blogger cabuk macam Papa dia.

Bukan hanya setakat beli barang barang atau hadiah yang dia nak, tapi aku percaya time spent sama sama lebih buat dia rasa di sayangi.

Sebelum dia dewasa ni, celebrate every moments.

Hopefully, dia tak fikir aku tak sayang walau aku selalu ada plan berjalan ke lain dan tak ajak dia... !


Buat anak Papa yang Papa sayang...
HAPPY BIRTHDAY
Semoga membesar dengan baik dan sentiasa dalan lindungan Allah S.W.T. 

Papa Loves You !!!



Hilang mentari
Ada yang tinggal
Rembulan kegersangan
Yang meratapi
Cahaya hujung malam di kala sunyi

Hilang kekasih
Ada yang yang tinggal
Pemuja kesepian
Yang melayani
Puisi cinta buat sang puteri

Pedihnya hatiku yang terguris
Kalau bisa terzahir ke nyata sini
Langit nangis Oh.... Oh......

Kerana dirimu dunia ku terlepas
Kerana.. kerana kau ku bernafas
Kerana tanpamu semangat jadi tewas
Kerana.. kerana kau yang teratas...

Segala apa
Biarpun jiwa aku pertaruhkan jua
Asalkan saja
Dikau bersama diriku selalunya

Kerana.. kerana kau ku bernafas
Kerana.. kerana kau yang teratas...
Kerana.. tanpamu semangat jadi tewas
Kerana.. kerana kau yang teratas...

Alhamdulillah,

Oktober berlalu pergi tanpa sebarang tragedi .......................

14 comments:

  1. Rasa sedih baca tulisan uncle ni...teringat masa lalu.

    ReplyDelete
    Replies

    1. kenangan bersama tu la yang di bawa sampai bila bila.

      sabar banyak banyak..

      Delete
  2. bagus papa melayan karenah anak-anak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak 2 boleh la.. kalau ramai ramai tak terlayan...

      Delete
  3. seronok diaa dapat juga beg doughnut tu.. acik ni tengah kumpul nak beli sbijik..
    happy belated birthday. semoga besar sihat dan jadi anak solehah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia memang suka kumpul beg... pakai sekejap pastu nak yang lain pulak dah. pening pala bapak dia ni.

      anyway tq for the wish.. skrg kemaruk dia ajak gi umrah pulak.

      Delete
  4. happy birthday princess..pandai princess demand telekung cap siti khadijah..abg meng sama mcm saya...slalunya birthday anak saya selalu bawak cek in cek out memana..walaupun hotel sekangkang kera je dgn rumah...saya slalu ckp dekat anak...kalau birthday dorg..ibu bawak jenjalan je..kalau kasi mainan..mainan rosak nanti buang...tapi ni ibu bg kenangan...sampai bila2 anak2 ibu akan ingat kenangan niii...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... mainan kejap je dia buang. pastu lupa dan mintak lagi yang lain.
      kalau gi mana mesti ada moment moment dia kenang dan ingat semula.

      tapi sebenarnya bapak dia yang nak merayap

      Delete
  5. happy birthday princess & selamat menjadi bapa yg mithali Meng

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..

      masih cuba menjadi dan memberi yang terbaik walaupun sebenarnya hauk.... hehehe

      Delete
  6. Happy belated birthday, Princess. Semoga menjadi anak yang baik, wanita yang solehah dan taat kepada kedua ibubapa, Ameen..

    ReplyDelete