Pages

Thursday, October 24, 2019

#RoadTripCentralEurope DAY 08 | 04 : VERONA

Semasa meninggalkan Venice menuju ke Milan, kami merentasi laluan highway. Sebab Italy tak de vignette maka perjalanan melalui lebuhraya dikenakan tol.





Masa on the way tu, alang alang aku fikir sampai Milan dah confirm dah malam baik kami singgah kejap di Verona yang terkenal dengan kisah Romeo & Julietnya itu.

Cadangan aku tak mendapat bantahan dari dua lagi ahli bersekutu. Senang dia orang setuju ajer. So kami exit highway menuju ke bandar Verona yang terletak kira kira sejam perjalanan dari kota Venice.








Verona is a city in northern Italy’s Veneto region, with a medieval old town built between the meandering Adige River and one of UNESCO World Heritage Site in Italy. It’s famous for being the setting of Shakespeare’s "Romeo and Juliet." A 14th-century residence with a tiny balcony overlooking a courtyard is said be “Juliet’s House." 

The Verona Arena is a huge 1st-century Roman amphitheater, which currently hosts concerts and large-scale opera performances.








Memang plan nak singgah kejap je pun. Cari parking dan parked kereta lalu kami jalan kaki ke tengah town center.

Kami merentasi landmark gerbang Verona iaitu I portoni della BrĂ , Palazzo della Gran Guardia, Porta Cittadella, Verona City Hall dan Verona Arena.










Suasana petang di kawasan arena memang ramai orang. Kebetulan ada concert time tu. Pastu nampak orang ramai ramai bertali arus di laluan pejalan kaki yang dipenuhi dengan gedung gedung membeli belah dan butik butik ternama.

Kami pun apa lagi, turut serta lah menyibuk.












Langkah kaki kami membawa ke arah Casa di Giulietta atau rumah Juliet yang terkenal dengan balcony kecilnya

So kami gi terjah ke sana juga. 

Sebenarnya kami cari tempat nak solat sebab belum solat lagi time tu tapi tak jumpa.






Ramai jugak orang kat Casa Julietta ni. Statue Juliet pun ada. Khabarnya sapa yang pegang tetek Juliet akan dipercepatkan jodoh. 

Kesian dia, tetek asyik kena ramas je. Boleh kena cancer karang. Beratur lak tu orang ramai nak meramas. Semua pervert dan keje mengharras je termasuk lah aku. Eh. Hahaha

Di keliling kawasan tembok casa tersebut banyak terdapat kata kata melafaz cinta dari pengunjung pengunjung yang datang ke sana.

Nak masuk ke area rumah Juliette tu free je tapi kalau nak naik ke balcony kena bayar. Ya lah karang ramai sangat roboh pulak. 





Di sini lah lokasi kisah cinta tak kesampaian.

Cinta yang penuh kabus dan sirna....



Mengapakah ku rasa
Kedinginannya malam
Sedangkan tubuhku
Dibaluti selimut

Mengapa ku tersa
Sukar pabila bernafas
Sedangku berada
Di pasir tak tersentuh laut

Apakah rahsia yang menirai diriku
Sehingga wajah di cermin terlihat
Bukannya diriku yang sejati
Sebaliknya hanya
Wajah penuh duka

Dalam merawan hiba
Pergi dan hilang sesuatu berharga
Yang belum pun menjadi milik
Peribadiku semalam

Dalam merawan luka
Kabus dan sirna warna dari permata
Yang belum meninggalkan kesan
Sebenarnya dalam hidupku

Apakah rahsia yang menirai diriku
Sehingga wajah di cermin terlihat
Bukannya diriku yang sejati
Sebaliknya hanya
Wajah penuh duka

Dalam merawan hiba
Pergi dan hilang sesuatu berharga
Yang belum pun menjadi milik
Peribadiku semalam

Kami pun tak lama kat situ. Lepas berada di Juleite House kami ke Fontana Madonna Verona dan usha bangunan bangunan sekitar kawasannya sebelum berpatah balik ke kereta.

Tak jauh pun dari Casa Juliette tadi tu. Dan area ni jugak lah rumah si Romeo. Malas kami nak singgah walaupun dia sebenarnya ada ajak.

Malu lah since aku dah lama left group wassap lelaki lelaki kacak perasan Hitaly ni !

* muntah atas riba Juliet. 

Ke Juliet muntah atas aku?













Kami saja elak laluan yang sama kami memula ikut sebelumnya sebab nak elak orang ramai. Ada jumpa kedai kebab halal tapi masa tu tak berapa lapar.

Benarnya nak cari tempat untuk solat tapi sampai sudah tak jumpa. Ermmm.







Kembali ke kawasan parking kereta, ambik kereta terus kami blah dari town center Verona menuju ke Milan. Hari pun dah nak malam.

On the way kami singgah kat hentian rehat kejap.





Plan malam tu nak tidur di kawasan Lake Como tapi kami sampai Milan pun dah jauh malam.  Kami buat host ArBnb kami ternanti nanti.... 

Konon nak sampai sebelum pukul 12 malam kat homestay tu tapi akhirnya jam 2 baru kami tiba.

Hangin tak hangin lah tuan rumah tu menanti. Nak buat cemana. Takkan janji Melayu hilang di dunia. Orang Melayu pegi Italy pun... janji tetap Melayu !

bersambung...................

2 comments: