Pages

Friday, October 18, 2019

LAUK KAMPUNG @ Tamarind Square | POK MAT SOTONG GIANT @ Cyberjaya

Dua entries dalam satu !

Dua dua adalah berlokasi yang sama iaitu di kota Siber a.k.a Cyberjaya.

Cyberjaya memang cukup synonym dengan makanan Middle Eastern atau Arab nya. Tapi untuk memenuhi selera kekampung warga warga Cyber yang sebenarnya kg.com jugak, ada satu kedai Lauk Kampung yang terletak di Tamarind Square.

Lokasi level untuk orang kampung yang have have.



Kalau dari luar jalan besar boleh nampak signage dia besar besar. Tapi kalau nak pegi kena masuk dalam Tamarind Square tu. Ada banyak parking area tu ( masih FOC )... then pandai pandai lah mencari.



Setting dalaman.





Cozy, luas, selesa dan bersih.

Aku pegi untuk makan tengahari so ada hidangan secara pilih apa nak di makan. Menu nya lauk lauk kampung lah, sesuai dengan nama kedai.



Pilihan lauk dah tak banyak. Maybe sebab kami yang lewat.

Alhamdulillah kenyang. 




Tapi harga agak fatuks !!!! Mahai tak separa dengan portion. Nasib la rasa sedap tu ada pada lauk pauk nya.

Sesuai la kot dengan ambiance kedai dan kawasannya.


LAUK KAMPUNG @ Tamarind Square
Level 3, B-03-03
Cyber 11 Tamarind square,
Persiaran multimedia,
63000 Cyberjaya,
Selangor
fb : Laukkampungofficial

Berbelah bahagi jugak nak cuba lagi ke tidak.............. !

Di Cyberjaya ni jugak ada satu port boleh cuba iaitu di Pok Mat Sotong Giant. Ini kira option lain kalau tak nak makan sotong dan bawal viral di Sport Arena tu. 

Boleh datang sini kalau nak menyotong... eh. makan sotong.










Cubaan kali pertama aku ke sini, berhajat nak makan sotong Giant tu tapi sotong dengan Giant tak de. Dah pegi ke rumah Nobita agaknya.

Tak kesampaian hajat. Sotong kehabisan. Sudahnya settled down dengan ayam dan member aku makan bawal ( tanpa pakai tudung bawal )

Kenyang lah. Boleh la sesapa nak makan sotong Giant try cuba mari sini pulak.

Harga set makanan adalah berpatutan. Lokasinya dekat Cyber area Pelita.

POK MAT SOTONG GIANT @ Cyberjaya
NO 9 BLOK A, Jalan GC1 Glomac
63000 Cyberjaya
Selangor
fb : PMSG

Selamat mencuba !

4 comments:

  1. lauk kampung tu kalau lunch memang sedap jugak, parents saya suka makan situ siap ada bubur la, laksa la

    ReplyDelete
    Replies
    1. abis awal kot.. hari tu pegi hari jumaat.. banyak laut dah kehabisan

      Delete