Pages

Saturday, October 12, 2019

HUA HIN 10 : Day 02 - MRIGADAYAVAN Palace

Dengan jarak kira kira 15 KM perjalanan dari Cha Am Beach menuju ke pekan Hua Hin semula terletaknya sebuah istana yang pernah menjadi istana musim panas Raja Siam King Rama VI satu ketika dulu iaitu Mrigadayavan Palace.




Untuk sampai ke lokasi ni agak tricky sikit sebab kena masuk kawasan kem askar siap ada askar jaga kat gate tapi percaya lah pada Sang Waze ia akan bawak laluan ikut kem tu masuk jalan jalan dalam sampai lah ke kawasan binaan istana lama ni.

Nanti jumpa parking area dan ada tempat jual jual cenderamata. Kira sampai lah tu.

Mrigadayavan Palace is a former residence of His Majesty King Vajiravudh or Rama VI who ruled Siam from 1910 to 1925. It is in Cha-am in Phetchaburi Province, Thailand. King Vajiravudh visited the palace twice during his reign. His first visit was during the summer of 1924 when he stayed for three months. His second visit lasted two months in the summer of 1925, after which he died. The palace is now a property of the Crown Property Bureau[citation needed] and is under the management of The Foundation of Mrigadayavan Palace under the patronage of Princess Bejaratana (FMP), the only daughter of Vajiravudh.


Bayaran masuk adalah THB 30.










Dah masuk kena berjalan ke arah pantai dulu.

Kalau datang sini kena pastikan dress code yang proper tak leh seksi seksi. Ada kain sarung di sediakan untuk cover apa yang perlu.

Nanti laluan akan bawa ke area tepi pantai dulu...








Area dia agak tenang dan damai je. Walaupun panas tapi sebab banyak pokok pokok rasa nyaman jalan tepi pantai.

Memasuki kawasan istana ni, akan nampak bangunan istana yang di perbuat daripada kayu dengan laluan verandah dan anjung menghubungkan bangunan utama sampai ke pantai.

Aku suka suasana dan architecture bangunan istana ni. Rasa macam best jer... Cuma menapak pusing kawasan kira jauh jugak lah.


















Some area still under restorations tapi mostly senibina bangunan yang diperbuat dari kayu ni memang menarik dan mengkagumkan. Kawasan pun luas dengan taman dan bangunan bangunan lain di seluruh kawasan.

Kalau malas jalan boleh pinjam wheelchair. Suruh la sesapa tolak. Kalau dah malas sangat tu humban je terus ke laut.

Aku tak berapa nak ambik pot bangunan bangunan ni tempat apa tapi memang boleh rasa lah masuk kawasan istana yang cantik dengan suasana yang royal.

Baru ada rasa feeling feeling jadi raja bersantai di laman istana. 

* mau mengah tapi kalau duduk sini sebab kawasan agak luas.

Bayangkan dayang dayang istana sure fit tak payah gi gym nak menapak ke hulu ke hilir.


















Memang masuk jalan ikut laluan usha kawasan istana ni je dari dekat. Walaupun jauh tapi tak de lah rasa penat. Kalau penat, dekat nak exit tu ada jual jual air. 

Dan aku rasa Mirgadayavan Palace ni adalah salah satu favourite spot aku kat Hua Hin ni.


Sebab aku jalan laju dari orang, pusing pusing tak nampak dia orang. Sempat aku lepak main game tunggu dia orang sampai ke tempat parking.

Bergambar sakan ler tu kot.

Tempat ni memang kena menapak jauh tapi kalau ada masa, aku rasa wajib singgah sebab boleh tengok cemana istana di zaman silam yang aku rasa memang cantik. 

Dengan lokasi tepi pantai, breezy angin pantai jalan slow slow pun rasa santai.

Kalau pekena cucur Adabi pun syok. Baru boleh rasa, sajian istana di zaman silam !

bersambung.......................

2 comments:

  1. Replies
    1. hom...... buat beradong.... mari sekali dua jah.. tapi raja berahi dok sini so dia stay lamo skek kot time time summer

      Delete