Pages

Wednesday, September 11, 2019

PutaQ-PutaQ AloQ-StaQ : 04 | MENARA ALOR SETAR

Salah satu mercu tanda dan kebanggaan warga Alor Setar dan penduduk negeri Kedah sendiri adalah Menara Alor Setar !

Bangga ke tak????

* tengok orang Aloq Staq kembangkan hidung masing masing...


Menara Alor Setar yang terletak di Alor Setar ini merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Kedah. 

Menara Alor Setar merupakan salah satu mercu tanda yang terkenal di Alor Setar, yang tersergam di kaki langit bandar setinggi 165.5 meter. Menara perhubungan ini merupakan yang ke-19 tertinggi di dunia, dan bangunan tertinggi di Alor Setar. 

Menara ini dapat dilihat dari banyak sudut manapun di bandaraya Alor Setar ini. Tidak jauh dari Menara Alor Setar terdapat bangunan tumpuan pelancong lain seperti Galeri Sultan Abdul Halim, Balai Nobat, Balai Besar, Masjid Zahir, Balai Seni Negeri, Pekan Rabu, dan Rumah Merdeka.




Aku sendiri belum pernah sampai Menara Alor Setar ni dah memang teringin nak usha dekat dekat. Jadi peluang yang ada, kami terjah kawasan menara yang terletak di tengah tengah bandaraya bersebelahan dengan shopping mall Aman Sentral ini.

Kami park kereta tepi jalan je sekitar kawasan menara. Maybe hari sabtu so rasa macam selamat je tak kena saman. Di bahagian bawah menara ada kawasan macam taman yang agak luas.





Menara Alor Star ialah menara yang berketinggian 165.5 meter di Alor Setar, Kedah, Malaysia. Ia dibina untuk Telekom Malaysia yang menelan kos RM40 juta. 

Senibinanya direka oleh  Hijjas Kasturi Associates yang bertindak sebagai arkitek pembinaan.

Gelaran 'Negeri Jelapang Padi' menjadi inspirasi utama rekabentuk menara apabila imej serumpun padi yang diikat jelas kelihatan pada struktur menara. 

Tiang besar atau dikenali 'tiang seri' yang menyokong struktur menara pula melambangkan keteguhan rakyat Negeri Kedah Darul Aman.



Menara Alor Setar ini berkhidmat sebagai menara telekomunikasi selain bertindak sebagai salah satu destinasi pelancongan di bandar. 

Selain dikelilingi kawasan taman, di bahagian bawah menara terdapat amphitheater dan juga lobby utama serta tempat jualan tiket untuk naik ke atas menara.







Alang alang dah sampai, elok je la naik. Kang orang kata tak sah sampai Alor Setar tak naik ke puncak menara ni.

Harga tiket untuk ke Observation Deck

Menara Alor Setar ini mempunyai 4 tingkat dibahagian atas dan dihubungkan oleh 2 lift berkelajuan sekitar 48 saat sahaja untuk sampai ke paras tinjau di atas menara.









Berdesup layan view dari dalam lif berkaca.

Walaupun mempunyai 4 level, tetapi bukan semunya boleh di akses oleh pemegang tiket. Observation deck terletak di level 1, di ikuti dengan restoran berputas di level 2 selain banquet hall untuk private function di level 3 dan seterusnya open deck di tingkat paling atas iaitu tingkat 4.

Jadi kita berhenti di observation deck di level 1 jer...


Di level observation deck ni ada banyak free binocular untuk melihat pemandangan seluruh Alor Setar dan terdapat kedai cenderamata.

Usha pemandangan di observation deck ni.







Menara ini juga digunakan sebagai balai cerap untuk melihat bentuk bulan ketika permulaan kalendar Islam iaitu pada bulan Ramadhan, Syawal, dan Zulhijjah, untuk menyambut bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Dah sampai atas ni, apa lagi? 

Layan je lah pemandangan di seluruh Alor Setar yang dapat dilihat dari atas menara ini. 


















Kalau cuaca cerah, pandangannya dapat dilihat sampai ke Gunung Keriang nuh selain dapat view 360 darjah bandaraya Alor Setar.

Tak boleh berlama lama so kami turun selepas selesai menikmati pemandangan.












Diiktiraf sebagai menara telekomunikasi ke-2 tertinggi di Malaysia, Menara Alor Setar sememangnya menjadi kebanggan rakyat tempatan.



Memang menarik menara Alor Setar ni dan menjadi salah satu tempat wajib dikunjungi.

MENARA ALOR SETAR
Lot 99 Lebuhraya Darulaman,
05100 Alor Setar, Kedah Darulaman.

Tel : (604) - 720 2906 / 720 2901
Fax : (604) - 720 2073

bersambung...............

No comments:

Post a Comment