Melewati waktu tengahari jugak lah kami tinggalkan Bratislava menuju ke destinasi berikutnya. Budapest.
Excited nak sampai Budapest harap tak berlaku tragedi merapek lagi.
Perjalanan mengambil masa 2 jam perjalanan tapi laluan highway agak padat dengan kenderaan. Dah lah laluan ke Budapest agak tak lawa sebab tanah mendatar dan kontang.
Awal awal memasuki sempadan Hungary dah berlaku benda tak best.
Memang tak de immigration tapi kami kena berhenti untuk beli vignette.
Mamat tu mintak Car Documents. Jenuh la aku bagi semua documents yang ada, tapi bukan tu yang dia nak. DIa kata kalau tak de documents tu kami tak lepas masuk Hungary ni.
Geledah punya geledah jumpa jugak.
Nasib baik. Tapi lama jugak kami tersangkut kat situ. Kita orang dah nak tukar plan dah kalau betul tak leh dapat masuk ke Budapest.
Perjalanan seterusnya menuju Budapest amatlah merengsakan. Dengan banyak lori. Jalan jem. Orang buat jalan. Siap stalled tak bergerak agak lama.
Akhirnya lewat jam 4 petang jugak lah kami tiba di Budapest. Nak masuk town pun sama. Jem macam hanat.
Stress dan panas ponggong jadinya.
Tak tau kami ikut laluan yang ditetapkan terus membawa kami ke tepi Danube River yang memisahkan Buda dan Pest.
Rasanya macam dah sampai kat tourist spot. Jadi kami plan nak parking je kat situ dan explore area tu. Malangnya kami tak de duit Hungarian Forint (HUF) nak bayar parking.
Aku turun cari currency exchange. Penat bertanya katanya ada tapi kena menapak sikit. Bukan sikit.... jauh ! Berpeluh ketiak !
Geram nak marah pun ada. Tapi tak tau nak marah sapa. Salah sendiri tak tukar siap siap masa kat boarder tadi.
Dah ada duit sikit, bayar parking. Kami decided nak minum kopi. Dahaga weh jauh aku menapak tukar duit tu.
Feeling feeling kaya kejap. Abis minum kopi baru kami explore area setempat.
Tak tau mana nak tuju. Nak naik atas bukit atau nak crossed sungai. Orang pun agak ramai kat area ni. Pasrah lah. Nak naik tram orang lak ramai. Tak daya nak menunggu sebab parking keta tak leh lama.
Last sekali kami menapak cross Széchenyi Chain Bridge menuju ke seberang.
Sampai seberang jambatan usha usha kawasan then kami patah balik. Macam nak explore area tu takut lama pulak. Risau pasal parking.
Then patah balik cross jambatan tu semula.
Tak rasa penat sebab orang ramai crossing sama. Angin pulak menderu petang petang ni buat rasa nyaman je.
Lawa Budapest ni sebenarnya. Dalam kelapa otak aku ni macam macam tempat nak pegi walaupun sedr hari dah pun petang.
Konon nak bergerak bawak kereta ke sebelah satu lagi tapi ingat masih belum solat lagi.
Riki riki, katanya ada Islamic Center kira kira 2 KM jarak dari situ.
Elok kami gi solat dulu.....................
"Budapest. Kau tunggu aku.....Tunggu tau..... !!!!! Aku pasti datang kembali"
Teringat lagi tentang engkau
Menggambarkan kenangan kita waktu dahulu
Mana sahaja kau berada
Mengharapkan semoga engkau memikirkanku
Di mata hilang jangan di hati
Meminta akan ada waktu
Untuk bertemu
Semestinya nanti
Engkau kembalikan sentuhan lembutmu lagi
Akan juga nanti
Angin meniupkan rindu padamu
Teringat lagi senyumanmu
Begitulah erti sebenarnya ketenangan
Walau di mana kau berada
Imaginasikan segalanya tentang kita
Di mata hilang jangan di hati
Meminta akan ada waktu
Untuk bertemu
Semestinya nanti
Engkau kembalikan sentuhan lembutmu lagi
Akan juga nanti
Angin meniupkan rindu padamu
Semestinya nanti
Engkau kembalikan sentuhan lembutmu lagi
Akan juga nanti
Angin meniupkan rindu padamu
Semestinya nanti
Engkau kembalikan sentuhan lembutmu lagi
Akan juga nanti
Angin meniupkan rindu padamu
bersambung..........................
menarik gak klu dpt naik cruise tu
ReplyDeletetu kena duduk budapest seminggu...
Delete