Pages

Wednesday, August 28, 2019

NATURE ESCAPADE | 08 : Masjid Baru Temerloh

Perut dah kenyang.

Kami singgah solat di Masjid Baru Temerloh.


Masjid baru ini di bina di atas sebuah bukit bagi memenuhi jemaah yang semakin bertambah yang diharap dapat menggantikan Masjid Abu Bakar yang terletak di tengah bandar dengan ruang binaan yang terhad.

Masjid dengan rekabentuk kontemporari bernilai RM18.7 juta dibina oleh Kurnia Ekuiti Sdn. Bhd. itu mampu memuatkan kira-kira 3,000 jemaah dalam satu-satu masa.

Ia mula di bina pada bulan Ogos 2014 dan siap pada bulan Januari tahun 2016.



Memang besar dari segi binaan dan luas kawasan. 

Rasanya masih dalam pembinaan sebab ada kerja kerja constuction masih belum sepenuhnya siap di sekitar kawasan masjid ni.

Usha toilet dan tempat wuduknya dulu.







Masuk ke dewan solat utama.



















Masjid Baru Temerloh lebih cantik dan luas. View pun atas bukit boleh nampak jambatan.

Kemudahan yang lebih selesa kepada umat Islam untuk beribadat dan mampu dijadikan pusat aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan masyarakat Islam.

MASJID BARU TEMERLOH
Bukit Angin
28000 Temerloh
Pahang


Semoga segala kemudahan dapat dijaga dengan baik dan masjid dapat dapat diimarahkan dengan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada umat Islam di daerah Temerloh ini.






Selesai apa yang patut. Masa untuk sambung pemanduan....

Bergerak, Temerloh. Kami tinggalkan...

bersambung.........................





4 comments: