Pages

Thursday, July 25, 2019

TRAVELGANZA PATATIMO : 06 | Pantai Teluk Bidara, Dungun

Berada di kawasan Dungun, sempat jugak kita orang keluar merayap ke kawasan sekitar Tanjung Jara tersebut.

Keluar sebab nak cari rokok, makanan kudapan dan kopi tarik Wonda !

Kalau tak teguk kopi tu rasa tak tenteram hidup. ( read : kalau kehabisan rokok, gelisah jiwa raga yeop )



Memula kami jalan jalan ke kawasan kampung cari kedai runcit. Susah jugak nak jumpa kedai runcit. Kalau ada pun tak de jual kopi tarik tu.

Jalan punya jalan ( naik kereta sebenarnya ) sampai la kami di kawasan Kuala Sungai Dungun.









Usha usha kawasan je. Jumpa kedai runcit apek tepi jetty tu. Banyak betul barang dia. Dia pun pelik tengok aku borong kopi tarik banyak banyak. 

Dah dapat beli kopi kami terjah kawasan kampung berdekatan. Hajatnya nak ke Pantai Teluk Bidara. Tiba tiba nampak babi !!





Ikut laluan kampung akhirnya membawa kami ke pantai.



Ini lah Pantai Teluk Bidara.....

Pantainya luas dan ada kawasan tepi hujung teluk yang berbatu dan bersambung terus dengan Pantai Tanjung Jara. 

Ada pondok istirehat jugak di kawasan ini dan selalu menjadi tumpuan warga tempatan dan pelawat untuk datang bersantai menghirup angin pantai.



Tidak jauh dari Kuala Dungun terletak satu pantai yang mempunyai jaluran pantai yang panjang serta struktur batuan di tepi pantai yang membentuk gua dan boleh dilalui ketika air surut. 

Pantai Teluk Bidara sudah tidak asing lagi bagi masyarakat setempat. Dengan siapnya jambatan menghubungkan antara Seberang Pintasan dan Kuala Dungun jarak atau perjalanan untuk ke pantai ini menjadi lebih mudah dan singkat. Setiap hujung minggu pantai ini kan di penuhi oleh para pengunjung yang datang berkelah ataupun beriadah bersama teman ataupun keluarga.











Dengan keadaan pantai yang baik menjadikan Teluk Bidara selamat untuk aktiviti mandi manda. Terdapat satu bukit di sini yang menempatkan rumah api.Anda dapat melihat panorama yang lebih luas bila naik ke atas bukit ini di mana kelihatan pulau Tenggol yang menjadi salah satu daya tarikan pelancongan di daerah Dungun ini. 

Seperti di pantai-pantai pelancongan lain di Terengganu, kemudahan seperti tandas, bilik persalinan dan gerai jualan juga terdapat di sini. Kadang kala anda akan dapat melihat aktiviti berkuda oleh penduduk tempatan pada sebelah petang. 

Sumber



Sempat beli keropok dan air tebu. 

Dari area kawasan pantai rekreasi tersebut kami drive semula balik ke Tanjong Jara. Tak de lah jauh mana sebab naik kereta. Hehehe

Tapi sepanjang kawasan pantai ni nampak bersih dan terjaga. Ada jugak pokok rhu sepanjang pantai.

Ada jugak beberapa chalet dan homestay di bina untuk penginapan di kawasan pantai ni.








Singgoh ah slalu patta ni kalu lalu daeroh Dungung dang nikmati keindahang alang ciptaang tuhang di negeri Terengganu Darul Imang..

* mamoh khepok nge nagek ayang

bersambung..............

2 comments: